Showing posts with label diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label diri sendiri. Show all posts

Thursday, August 21

Simple, mudah dan murah

Assalamualaikum
Tiba-tiba rasa nak review pasal produk ni. Aku ni ada masalah kulit muka. Tona tak sekata, kulit kombinasi (berminyak, kering). Org cakap zaman-zaman remaja je jadi macam tu. Tapi aku makin berumur makin la teruk. Kat bahagian tepi pipi ni dah mcm kena eczema. Tak boleh silap mulalah menggelupas.

Kalau dulu pakai produk biasa-biasa je (yang murah-murah yang ada kat watson's or guardian). Tapi sejak-sejak ada masalah alergik ni kena tukar kpd produk yang 100% natural katanya.

Antara produk yg aku ingat aku pernah pakai ialah Organics. Botol kaler coklat, boleh dapat kat Guardian. Aku pakai cleanser dgn moisturizer. Tapi pe yg aku tak suka moisturizer dia berminyak. Kalau bersiap pagi-pagi kena mengadap kipas nak bagi kering. Pastu harga dia mcm tak berbaloi dengan produk. Cepat habis. Tapi kulit tetap tak elok2 gak. So, aku stop.

Sebelum tu aku pernah pakai aiken. Pun tak jalan. Kulit jadi makin kering adelah. Sebamed pun pernah try, tapi mahal bagi aku. Nak dijadikan  cerita satu hari ni, singgah Guardian cam biasalah nak beli barang-barang peribadi ni. Ternampak la travelling pack brand Simple ni. Dalam dia ada cleanser, toner dgn pelembab. Harga tak silap aku dlm rm20++. Nak beli packaging yang besar takut membazir kalau tak serasi dgn muka.

Alhamdulillah serasi dengan produk ni. Parut2 jerawat pun dah start pudar. Kalau dulu kat dahi ni dah macam peta pe je. Sebab muka aku ni selalu naik jerawat pasir lagi-lagi kat atas dahi. Berlumba2 nak tumbuh. Kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal produk Simple ni. Sebab tadi tgh2 skrol gambar2 dlm phone terjumpa gambar raya tahun lepas. Pastu dok compare-compare dengan gambar tahun ni. Tak banyak, adalah sikit perubahan.


Camera phone sama, angle sama, lighthing pun lebih kurang sama. 2013 tu gambar raya tahun lepas. 2014 tu pulak masa pi bukak puasa ngan geng-geng poli.  Nampak gambar belah kiri, kat dahi dah macam peta pe, padahal dah cover dengan bedak. Belah kanan tu nampaklah dah bersih sikit dahinya.


Jangan terpedaya dengan kulit ala-ala flawless, itu sebab cahaya matahari memancoorr. Fokus kat dahi, dah kurang dot-dot yang menyakitkan hati (gambar tak pakai filter pape)




Baru-baru balik dari kampung, kat kiri kanan bibir aku naik balik gatal-gatal. Tapi aku just buat rutin macam biasa (cleanser, toner, moisturiser). Tak sampai 2 minggu kulit back to normal. Tinggal parut hitam sikit je sebab aku gatal tangan kutil kulit tu..huhu...

Toner ngan moisturizer tu pun aku pakai pagi time nak pi keje je. Kalau kat rumah cukup sekadar cleanser je (sebab aku ni memang pemalas). Dari segi harga, untuk kategori manusia kedekut macam aku ni, harga produk ni memangla berbaloi. Untuk cleanser aku pakai botol paling besar, harga dalam RM25++ boleh tahan 1-3 bulan, itu siap share dengan Shawal. Toner dengan pelembab lagi la lama tahan. Total kalau beli tiga-tiga barang tak sampai RM100 pun. Tapi pe paling penting istiqomah. Kalau pakai hari ni esok nak nampak kesan memang takkan dapat. Aku ni pun dah setahun pakai barula nampak sikit kesan.

Mana nak dapat, cari je kat mana-mana Guardian (Watson's aku tak pasti sebab aku memang selalu beli kat Guardian je) confirm ada. Kalau takde maknanya stok dah habis la tu. 



Wednesday, August 6

Ganti puasa..


Assalamualaikum..

Ramai ke yang puasa 6? Aku puasa jugak, tapi idaklah puasa enam tapi menggantikan puasa yang lepas. Entah apa rajin tahun ni, awal-awal dah ganti. Takpela azam baru katanya.

Hari ni dah masuk hari ketiga, Insyaallah. Yang buat tambah motivasi semalam pijak alat penimbang tengok turun lagi 1 nombor..Wuhuuuu, lompat bintang jap. Tapi itu bukan sebab utama eh, kalau dapat turun sikit, syukur. Lagipun kat sini memang mengganti sorang-sorang je, kawan takde. Baik buat awal-awal, kalau nak ikut macam tahun-tahun sudah ada je halangan bila nak ganti hujung-hujung hari ni. Sementara lapang ni, kita gantilah awal-awal ye.

Doa-doakan lah aku ni istiqamah. Kalau rajin habis ganti kita sambung puasa enam pulak.




Thursday, December 20

20.12.2012


Sudah 26 tahun.
Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa.
Semoga menjadi manusia yang lebih baik dan taat padaNya.
Semoga terus diberikan peluang untuk memperbetulkan apa yang silap, melengkapkan apa yang kurang.
Semoga segala niat yang selama ini dipendam dapat dilaksanakan.

Hajat untuk tahun ke-26.

Ingin menjadi manusia yang benar-benar IKHLAS dalam segala perbuatan

Amin.

Thursday, March 8

bila sirih pulang ke gagang.

Hijrah ke arah kebaikan adalah digalakkan.
Aku pun teringin nak berhijrah. Tapi dalam erti kata sebenar pulang ke tanah asal. Tetap hijrah jugak kan.
Apa guna kalau hati pun bukan lagi di sini, hanya buat orang lain benci dan sakit hati sendiri.
Urusan di sini pun dah hampir selesai.
Teringin nak sedut udara segar di Kuantan pulak.

Semoga tuhan permudahkan segala urusan.


Amin.

Thursday, February 23

pathetic

I'm 26 this year and yet still can't drive a car..

-__-''

Friday, January 27

bad fever

It's been 5 days away after got my first fever for this year..yep, it's quite bad..selalunya kalau demam lite2 saje..on the 2nd day dah boleh bangun pi opis..tp tidak kali ni.terpaksa mc untuk 2 hari, and hari ni dah tak larat nak pi klinik, EL saje..Ahad minggu lepas, attend wedding invitation kawan sekolah Shawal dekat Lembah Keramat. balik rumah petang tu dah terasa kepala berdenyut semacam. i think it was ok, makan panadol terus tido. 
Tapi bangun pagi esoknya, sakit kepala still tak hilang, temperature badan pulak naik..sampailah hari Rabu, badan makin panas. Pi klinik sementara tunggu doc panggil untuk checkup siap sampai tertido. Dapat MC sehari, ingatkan esok dah boleh kerja..Harapan tinggal harapan, dapat lagi satu penyakit, maybe sebab tak makan nasi (memang tak boleh nak masuk tekak) dan hanya bergantung pada vitagen kena cirit-birit pulak. Hari ni badan still lemau lagi. Hopefully tomorrow will be better sebab semester baru dah start and kelas untuk esok sangatlah tought sebab kelas start 8.00 a.m dan habis at 12.00 a.m. Semoga tak timbul apa-apa masalah..Aminn..

p/s: But the best part is, i'm losing 3 kilos of my weight without practising any diet..hewhewhew (gelak mintak kena lempang)..

Thursday, December 29

hujung tahun

*sroootttt* (efek sedut hingus dalam-dalam)

kan dah cakap, makan durian yang mutated batuk makin melampau-lampau.
rasa nak tercabut tekak bila batuk. dahla aku ni kalau batuk macam *orang nak mampus* (laki aku punya istilah).
silap-silap satu opis boleh dengar aku batuk, dahla memang sedia maklum opis aku ni senyap je.
kat KL Sentral pagi tadi lagi la, tengah masing-masing layan feel pagi..

*kohhhkohhhkohhh*

bergema bunyi aku batuk.melantun-lantun kat dinding KL Sentral tu. mintak maaf la ye. saya ni bukan jenis yang boleh tahan-tahan batuk..

alangkah indahnya kalau dapat tido berselimut sepanjang hari ni..

takpelah, sakit itu menghapus dosa-dosa kecil kan??

Thursday, November 10

jom cerita pasal 'hidup baru'

Jam sekarang lagi 10 minit menginjak ke pukul 1. Mata masih lagi segar. (amacam, ayat macam novel tak?!!) kerana lepas Maghrib tadi aku dah membongkang kaw-kaw. sekarang dah terkebil-kebil sorang macam burung hantu sambil dengar Shawal berdengkur.

Cerita ni kalau ikut dah basi, kalau pengantin tu inai kat jari dah hilang merahnya. Ini alkisah kehidupan baru aku dengan Shawal.Sebelum ni, aku pernah cakap yang kitorang dah pindah keluar dari rumah mak pak Shawal. Yela, Shawal kan dah dpt adik ipar baru, maknanya dah bertambah family members kat rumah Hulu Kelang tu.Tidak le ahkak sanggup nak beratur subuh-subuh hari semata-mata nak tunggu turn guna toilet. Lagipun, cukup-cukup lah 3 tahun hidup beramai-ramai ni.

So, dengan drastiknya aku buat keputusan yang keluar dari rumah tu. Awal-awal bagitau nak pindah rumah, bapak Shawal agak menentang keputusan kitorang. Niatnya, tuhan je yang tahu. tapi aku tetap berkeras dengan keputusan aku. takde dah nak tunggu-tunggu. Nak beli rumah sendiri ke, tanah ke tu lain cerita. itu kira nasib baik lah aku ni takde anak lagi, kalau tak celah mana nak sumbat. Bilik aku masa kat rumah mentua mmg dh tak mcm bilik, kat situ lah iron board, kat situlah aku gantung baju-baju kerja kitorang, kat situ pc, mujur tak letak dapur je.

Nak cari rumah sewa ni pun satu ujian jugak. Punyalah susah nak dapatkan rumah sewa. Sedangkan masa kitorang try nak beli rumah dulu, berlambak-lambak rumah sewa kat area kota damansara-sungai buloh ni. tapi kitorang cari, cepat je kena grab. Lepas dah dapat rumah sewa, berlambak pulak org nak sewakan rumah, hangin tau. Dalam tempoh 2 bulan sebelum pindah tu memang keje kitorang tiap-tiap weekend pusing setiawangsa, taman melati, kota  damansara, sungai buloh semata-mata nak cari rumah sewa.

Sampai satu tahap aku memang dah rasa give-up, sebab bila call owner @ agent, mesti rumah tu dah kena booked. sampai aku pernah cakap kat Shawal nak pindah Kuantan je, duduk dengan mak aku lagi senang. Masa tu drama air mata toksah cerita, habis puas aku perah air mata ni nak tagih simpati hahaha...

Sehinggalah pada suatu pagi Ahad, selepas bersarapan nasi lemak, aku browse la mudah.my nak cari kot-kot ada rumah sewa. sepanjang tempoh aku nak cari rumah sewa ni, keje aku memang browse mudah jela, dari rumah bawak la ke opis. sekali nampak 1 advertisment rumah sewa ni, area seksyen 7. aku tak pikir panjang dah terus ajak Shawal tengok rumah tengah hari tu jugak. Sebelum tu prepare duit booking siap-siap.

On the way nak tengok rumah tu berdoalah jugak condition rumah tu ok. sebab pernah terkena dekat setiawangsa, area flat kat situ. mujur masa tu owner kat kampung, so kitorang pusing-pusing survey dulu. sekali kau, agak horror kawasan flat tu. kalau pergi sekali ngan owner susah jugak nak menjawab 'tak jadilah kak!'. sebab aku yang beria-ria kan. Ada sekali dekat gombak, tanah lot belakang sekolah Adi Putra. rumah macam town house. sewa RM600 sebulan, kedai paling dekat pun kedai makan dekat simpang sekolah tu. Rumah memang besar, tapi fasiliti langsung takde. Mula-mula memang nak grab je rumah tu, tapi nak tengok rumah tenant lama tak keluar lagi, by the time kitorang dah confirm dgn rumah yang sekarang baru tuan rumah call ckp boleh tgk rumah.

Agaknya memang jodoh kitorang dengan rumah ni, sebab masa tengok rumah sewa kitorang sekarang ni aku terus bayar booking, dahla takde resit takde apa. kira memang habis tawakal la. contact number owner ni pun berharap pada iklan dia je. kalau kena tipu, memang kena tipu celik-celik la jawabnya.

Sekarang dah nak masuk 4 bulan kitorang tinggal kat sini. Environment kat sini, sangat-sangat alhamdulillah. Walaupun flat, tapi kawasan bersih tak bising. Jiran-jiran pun ok, setakat sorang dua yang menyakitkan hati tu standard la. namapun duduk flat. sedangkan yang duduk rumah teres pun siap boleh saman menyaman sebab rumput jiran sebelah rumah masuk rumah dia, inikan pulak duduk rumah kotak-kotak ni. Lagipun flat ni hakmilik PKNS, jadi ramai lah pekerja-pekerja PKNS yang berbangsa India ni duduk sini. Taula diorang kalau riuh macam mana, padahal tanya dengan rakan sebangsa 'kau makan lauk pe je' tapi kita yang tak paham ni dengar macam orang nak berparang. Bukan diorang je, kita ni yang Melayu pun ada gak perangai macam hantu. Tapi staff2 PKNS ni sangatlah best, tiap-tiap bulan bayar RM50 je sewa pada PKNS. Mana nak cari rumah sewa RM50 sekarang.

Fasiliti semua depan mata, nak keluar ke jalan besar pun takde lah jauh. Naik bas dah boleh sampai ke KL. Kedai jual barang-barang basah, sangatlah banyak. siap boleh pilih nak shopping barang dapur kat mana hari ni. Kalau nak hebat sikit, pi la Carrefour or Giant. Carrefour kat KD tenang gila, nanti ada masa aku cerita. Kalau rasa nak hebat lagi, pi la shopping kat Ikano ke, IKEA ke tapi takdelah nak beli ayam kat situ kan. Nak makan-makan, jalan kaki sikit lalu 2 blok berderet medan selera. Betul-betul depan blok aku ni pun ada kedai makan. Kalau rasa tekak nak makan benda-benda pelik sikit pi la ke Sunway Giza. janji duit kena ado ye. Bab makanan, area rumah aku ni harga nya still murah lagi. Macam masa bulan puasa hari tu, kuih-kuih stil lagi RM1 dapat 3. saiz pun boleh tahan besar. Kat KL, dapat ke 3 ketul seringgit. saiz pun ala-ala tak ikhlas je buat.

Sewa, bulan-bulan RM500. bila cerita dengan orang, mesti keluar ayat ni 
''duduk flat sewa RM500?!!''(dengan nada yg tersangatla sinis)
"kalau 500 bayar bulan-bulan, boleh duduk rumah teres" - a'ah ye, tolong carikanlah rumah tu dah alang-alang kau bercakap kan.
"ada kawan polan si polan sewakan RM300 je flat mcm ni" - spesis ni bila mintak contact number tak nak pula dibaginya.
Tapi, kalau tengok fasiliti sekeliling, kau ado? nak cari santan kelapa pun bukan main susah.

To make it short, (walaupun aku dah tulis berjela) dengan kadar 500 tu aku rasa berbaloi bila fikir segala kemudahan yang ada kat kawasan rumah aku. Kalau ada anak yang sekolah pun takde masalah, pintu masuk sekolah memang betul2 sebelah je dengan flat aku ni. Lagipun duduk dekat dengan opis Shawal ni jimat sikit duit minyak.aku kan isteri yang soleh dan taat, sanggup berkorban untuk suami *tddmka lagi*. Insyaallah, kalau ada rezeki tahun depan jalan kami nak pi kerja dah sehaluan. mudah-mudahan bos aku tak ubah pikiran.

Banyak lagi nak cerita ni tapi mata dah start mengantuk balik. Baju kerja pun tak iron lagi. So long, nite all! 

Monday, August 29

salam perantauan.

Korang semua mesti mood raya dah meluap-luap kan? Almaklumlah, masing-masing dah sampai ke kampung halaman yang tercinta. Ececeh..Well, aku still lagi kat opis. Nak menyiapkan mana-mana kerja yang tertangguh. Kalau simpan sampai cuti raya mau krem tangan ni. Jadi sebelum dapat penyakit baik setelkan mana yang patut. Lagipun tahun ni raya dengan in-laws jadi klimaks nak raya tu tak rasa. Dah in-laws pun duduk KL jugak kan. Celah mana nye aku nak eksejeret?

Pagi tadi naik komuter sangatlah heaven. Tak penah-penah dapat duduk tapi pagi tadi kalau boleh baring memang aku baring dah. Tapi nanti orang cakap aku sakit mental lak. Kalau ikutkan rasa malas je nak masuk opis, pagi tadi hujan bukan main lebat kat area rumah aku. Lagi la nafsu nak tidur tu membuak-buak. Tapi memikirkan hari ni bos dengan baik hati bagi we'olls half day (tinggal 3 orang je) jadi rajin-rajinkanlah masuk opis ye. Kalau aku tak datang, nanti tolak cuti sendiri pulak. Rugi-rugi.

Petang karang nak gerak balik Melaka. Rumah nenek Shawal. Harap-harap plan berjalan seperti yang telah dirancang. Jangan ada yang buat pasal sudah. Janji lepas Zohor dah nak Maghrib baru nampak batang hidung. Memang aku kensel balik Melaka.

Last but not least, SALAM AIDILFITRI kepada semua. Selamat menikmati ketupat, rendang, lemang.

Monday, August 15

cerita puasa di hari minggu

ceh, bunyi macam jauh nau puasa. padahal kat kampung pandan je. cerita macam kat oversea.weekend lepas aku ada kelas. hari sabtu kelas sampai malam lak. dalam erti kata lain kitorang berbuka puasa ramai-ramai dalam dewan kuliah.

alhamdulillah, rezeki hari tu murah betul. mula-mula lecturer belikan kitorang makanan berbuka (korang ada??) read: maaf kalau tiba-tiba ada unsur riak di situ. tapi namapun murah rezeki, lecturer terus belanja je. aku siap tapau belen nasi ayam yg tak berusik. yela bulan puasa tak baik membazir kan. harap-harap lecturer aku tu turut seorang yang pemurah dalam memberi markah assignment dan yg seangkatan dengannya. AMIN!!

zaman belajar kat poli dulu pun tak merasa berbuka nasu bungkus ramai-ramai kat lecturer hall. takat berbuka ramai-ramai dalam bilik pernah la.well, kalau dah tua-tua nanti boleh jadi modal bercerita kat cucu cicit..

"granny dulu2 buka puasa nasi bungkus dalam dewan kuliah je" (apa yang kau merepek ni lahanat).

tapi hari ahad sangatlah tak best. sebabnya lagi setengah jam nak berbuka tiba-tiba diserang penyakit hakiki kaum perempuan ni. sedih tau. kalau setengah hari lagi takpe la jugak. ni lagi setengah jam, dah siap hidang segala macam makanan berbuka. ni dah kali kena situation mcm ni, sebelum ni dah pernah kena. masa tu puasa ganti, pun dah siap standby makanan untuk aku berbuka.sekali masuk toilet hancur musnah harapanku

tu je nak cerita. ayat pun macam sampah..tata

p/s: nak kongsi cerita tentang hidup baru tapi masi belum sampai seru.

Tuesday, March 8

Don't drink and drive.

Dari malam semalam Kuala Lumpur ni hujan. Cuaca pun sejuk je. Alang-alang terkeluar awal dari rumah hari ni, rasa-rasa macam nak minum kopi panas.

Singgah la Esso dekat Jalan Ampang, dapat beli secawan kopi panas. Baru nak feeling-feeling kat oversea minum kopi sambil tengok salji hujan turun, tiba-tiba cawan kopi terbalik terus kena kat peha.

Panasnya tak payah cerita, mujurla ada lapik kain baju kurung ni. Kalau aku ni jenis yang berskirt pendek, rasanya dah menggelupur kat situ. Tapi, walaupun berlapik sakitnya tetap ada.Kat tangan pun terkena sikit-sikit.

Sudahnya tak minum pun, baki kopi dalam cawan aku tinggal dalam kereta. Nasib la Shawal, semalam baru basuh kereta hari ni dah bau kopi. Sorrylah, buat sengaja pun nak main simbah-simbah kopi dalam tu. Sape suruh langgar bonggol (see, still nak salahkan org lain padahal tangan memang dah parkinson)..

Sekarang ni tgh pasang aircond full blast sebab nak keringkan kain. Karang orang cakap aku kencing dalam kain pulak. Dahla sejuk, bertambah-tambah sejuk la pulak.

Friday, February 25

barulah saya bersemangat

tiba-tiba terasa nak tukar layout.edit sini sikit, edit sana sikit..lepas tu syok sendiri.sebabnya aku suka tulisan bulat-bulat ini.sebulat tuan empunya blog ni.

korang suka tak?..(baik cakap suka kalau tak aku sula)..

Friday, January 14

cikgu tadika separuh masa

Sekarang aku dah jadi cikgu tadika secara tak rasmi. tapi student aku hanyalah dua orang sahaja iaitu anak-anak buah Shawal. Mana taknya, balik dari kerja je secara rasminya bilik aku akan jadi playhouse diorang. Habis segala mak nenek mainan dilambak dalam bilik aku.

Yang si kakak nye kalo dtg angin kus-kus, sibuk ajak aku main pondok-pondok sekali. Selagi tak dilayan, selagi tu la asyik,'mak ngah,jomlah main dengan aimi'. sampai aku ke dapur sibuk nak ikut. Tak pun sibuk suruh aku nyanyi lagu barney la, baa baa black sheep dan segala nursery rhymes yang ada. Sampai dah boleh hafal lah.

Yang adiknya pulak walaupun tak pandai bercakap lagi tapi kalo aku bukak youtube pasang lagu baa baa black sheep dia pun sibuk sama bababababa..comel okeh. cuba kalau aku buat mcm tu, mau Shawal cakap aku buang tebiat.hahaha.

Mungkin rezeki budak-budak tu kot dapat tumpang kasih sayang orang lain. Maknya jenis take for granted. Dah isyak baru nak sampai rumah [tiap-tiap hari ye]. Memang kalau kat office boleh dapat employee of the year kot. Mentang-mentang la anak-anak hantar rumah nenek. Pagi-pagi pun hantar anak tak bermandi. Senang kan jadi mak macam tu? Tak payah nak pikir apa-apa. Tapi lepas tu, anak-anak rapat dengan orang lain nak jeles2 sendiri. tah hapa-hapa.

Mujurlah aku ni takde anak sendiri, kalau tak takde masanya aku nak belek anak orang lain.

p/s: entri carca marba.takde klimaks.
p/p/s: masih terngiang-ngiang lagu itsy bitsy spider kat dlm kepala.

Thursday, December 2

bila mata terpercik kuah ...

Tersangatlah pedih. Kalau takat kuah sup sayur ke ok lah lagi, ni kuah lontong beserta sambal tumis yang telah diadun sebati. Bayangkan lah macam mana rasanya.

Ni cerita pagi tadi, masa tengah breakfast bersama office mate. Tengah sedap-sedap feeling makan lontong, tah macam mana kuah dalam sudu terjatuh balik dalam mangkuk lalu menghasilkan momentum yang tinggi dan menghasilkan percikan yang berhalaju 60 km/j (iyo-iyo je) lantas terus menuju masuk ke arah mata kiri aku.

Dengan sekelip mata, deria rasa terus menghantar signal ke neuron ku lalu wujudlah rasa pedih yang teramat sangat. Bukan setakat berair mata, ni memang dah meleleh-leleh air mata macam tengok filem Hindustan. Mesti orang ingat aku makan lontong yang sangat sedap sampai menitiskan air mata.

Terkebil-kebil jugaklah dalam 2-3 minit. Memang tak boleh nak celik langsung masa kena tu. Lepas dah ok, Kak Su cakap mata aku merah macam orang sakit mata. Balik opis aku terus titiskan eye-mo. Mujur bawak, sebab memang dari hari Sabtu mata kiri aku ni tak selesa, siap ada kesan darah lagi dalam mata. So, eye-mo tu memang simpan dalam handbag.

Dan sampai sekarang rasa lagi denyut-denyut lagi. Dan aku pelik macam mana boleh kena, padahal aku ni pakai spek mata. Pandai pulak kuah tu nak belok-belok kan? Tapi tu lah, kalau dah nak kena tu, kena jugak memang tak boleh nak elak dah.

Wednesday, December 1

perlu diasah.

Zaman sekarang kalau nak pi interview mana-mana, macam dah jadi syarat wajib kan kena fluent in English. Dalam syarat-syarat kelayakan pun dah tulis siap-siap.

Frankly speaking, I'm not that good in English. While writing this, i'm sure there must be grammartical error in my sentence.

Sebab tu aku lebih selesa menulis dalam Bahasa Melayu, tu pun selalunya tatabahasa tunggang langgang. Memang diakui kalau Bahasa Inggeris sekarang dah menjadi kewajipan dalam kehidupan bekerjaya.

Sebagai contoh, apply kerja kat mana-mana company. Ada dua resume, satu dalam Bahasa dan satu lagi dalam English. Agak-agak mana yang akan dibaca dulu. Lagi-lagi kalau boss kat situ adalah Cina. Apatah lagi masa interview. Pernah pengalaman yang aku sendiri lalui, temuduga di sebuah bank di ibu kota. Jawatan hanyalah kerani biasa, tetapi dari awal hingga akhir aku ditanya dalam Bahasa Inggeris. Mau tak berpeluh masa tu.

Dan sejujurnya aku sangat dengki dengan mereka-mereka yang fasih berbahasa Inggeris ni. Bak kata orang, cakap berhabuk. Tak perlu nak fikir-fikir nak susun ayat. Dan orang cakap kalau kita mahir berbahasa Inggeris ni, confidence level kita akan lagi tinggi.

Tapi, benda-benda ni semua hanya perlukan latihan. Aku pernah tengok satu rancangan kat TV di mana budak-budak sekolah dari kawasan kampung ataupun yang memang tak tahu langsung berbahasa Inggeris dihantar ke US selama 6 bulan untuk program student exchange. Ada sorang budak ni, dari Kedah. Dengar accent Inggeris dia sedap je bunyi, sekali cakap Melayu memang habis utagha lah. Rupa-rupanya sebelum dia join program tu, memag dia tak tau langsung nak speaking ni. Tapi disebabkan kat US nun takde orang yang boleh cakap Melayu, nak tak nak kena belajar la kan untuk survive.

Nampak tak betapa berkesannya latihan ni kan. Macam pepatah orang Melayu "belakang parang di asah lagikan tajam" dan bak kata orang putih "practice make perfect". Jadi, ada siapa-siapa nak jadi online tutor aku?

Bukan setakat berbahasa Inggeris saje, apa-apa pun kalau selalu berlatih mesti akan bertambah baik kan?

Saturday, November 13

saya tak suka barangan display.

Bunyi macam diva kan. Oh no no no, I bukan diva kelas A. I diva sikit-sikit je. Hihihi.
Entahlah, sejak kerja ni jadi mengada-ngada sikit, kalau beli barang tu mesti nak stok baru. Terutama handbag dan kasut. Kalau groceries or toiletries tu takdela aku nak mintak stok baru. Itu namanya mengada-ngada nak mintak penampar.

Yela kan, kalau dah bayar mahal-mahal (70 ringgit pun dah kira mahal bagi org tak berapa kaya macam aku ni) haruslah nak barang baru yg berbungkus dlm plastik lagi kan. Baru lah ada bau kedai. Barulah boleh nak feeling-feeling beli barang baru.

Lagi satu, kadang-kadang barang display ni dah de defect sana sini. Namapun display, dah tentu banyak tangan yang pegang kan. Tapi...

Aku bukanlah manusia yang cerewet sampai tak boleh tolerate. Katakanlah tu last stok dan takde pape kecacatan pada display tu, aku amik je.

Ataupun kalau dah teruk sangat defection kat display, aku tanya siap-siap kat SA yang jaga. Ada stok lain tak. Kalau takde, cancel je.

Senang kan, tak payah nak bebel-bebel macam org meroyan dan tak payah SA tu nak pening-pening layan aku.

Wednesday, November 10

mengidam cincang kambing.

Malam semalam, selepas puas ronda-ronda kat Low Yatt pada petangnya, aku ajak Shawal makan lamb chop dekat AU2. Puncanya, sebab baca entri peejburhan dia makan lamb chop kat medan selera AU2 tu. Haruslah menitis air liur tengok gambar2 yg dia snap.

Jadi dengan penuh harapan, aku Shawal dan Ayai (kawan Shawal) bergerak ke sana dalam kul 8pm.Sampai terbayang-bayang la gravynye yang melimpah ruah tu.

Elok sampai kat AU2, nampak papan tanda kedai western tu trus teruja-teruja. Dapat parking je laju je jalan ke kedai tu. Tapi apakan daya, tutup rupanya. Tu lah teruja sangat sampai tak tgk dah meja2 kat kedai tu elok je berlipat. Tapi, selera tekak ni kena dipenuhi gak. Kang menetes air liur aku. Tinjau-tinjau la kalau de lagi kedai makan western kat situ. Nampak satu, sebelah Kerisik. Tapi tutup gak. Sampai Ayai cakap,"hari ni hari sewestern tutup". Sengal mamat tuh.

Masuk dlm kereta dok bincang-bincang nak makan kat mane. Kat Haji Tapah taknak sebab regenya tak berbaloi dengan rasa. Kitorang pusing-pusing la dekat area situ mana tau de jumpa kedai makan western lain.

Jalan punya jalan, maka jumpalah kedai ni.

fiskesateria, siap de alamat lagi
Location dia dekat-dekat situ jugak. Selepas traffic light depan kilang PERNEC. Ayai boleh buat lawak,'jangan-jangan diorang serve ikan je sbb nama dia fiske'. pastu dok ulang2 perkataan fiske tu banyak2 kali.

ngah memilih nak makan pe
Aku order grill lamb chop, yang dua orang lagi order lamb chop biasa. food variety kat sini ok la. dan harganya sangat la berbaloi. Dan lagi murah dari rege lamb chop Haji Tapah. Sebab tempat dia cam eksklusif sikit, so takkan terfikir harganya sama macam makan kat medan selera. Air kosong pun free, tapi self service la. Nak minum sampai kembung pun takpe. Side order adalah mushroom soup with garlic bread. Mushroom soup dia sgt pekat dan likat manakala garlic bread dia sedap. Rangup-rangup je.

Ayai yang pemalu. Berlakon jer ni
Encik Gemuk
grill lamb chop

lamb chop. di bawah 2 keping daging itu terselit segala makhluk halus
pineapple pe tah. tapi sgt shedapp
mushroom soup with garlic bread, sebelah dia red bean
Aku tamak, tambah lagi order red bean. Sudahnya tak habis. Rate yang aku boleh bagi kat sini 8/10. Yang kurang sket just kambing dia tak berapa nak lembut, tapi takdela liat sampai takleh telan. Budak dua orang tu la cakap. Sebab aku punya just fine. Maybe sebab grill kot.

burp..alhamdulillah
Jadi,lepas ni kalau tekak rasa dh teringin sgt nak makan western, tak payah pergi jauh-jauh sampai Kg.Baru. Kat sini pun dh ok. Cuma aku tak perasan diorang ade serve t-bone ke tak. Kerana aku juga adalah penggila T-Bone.

p/s: Dulu kalo makan kambing terus nak rasa pening-pening, tapi setelah tiap-tiap malam bantai lamb chop RM7.90 tiba-tiba hilang eh pening tu.

p/p/s: Selain western, diorang ade sediakan masakan melayu. Nasi diorang bentuk petak. 1st time jumpa, kira bab2 food presentation kat sini A+ la.

Tuesday, November 9

Merah inai di jari.

Cerita pasal jari kaki bengkak, terasa nak tulis entri tentang inai.Cehh..ayat harus macam novel. Nak terasa-terasa pulak.


Rupa bentuk daun inai. Ehsan dari Encik Google

Dulu kecik-kecik aku suka pakai inai. Dan of course la inai daun. Sebab kalernya lagi merah menyala, dan zaman aku kecik-kecik dulu agak susah la nak cari inai instant ni. Kalau ada pun kaler hitam yang pakcik makcik guna untuk kaler rambut mereka yg beruban tu.

Lagi satu sebab mak aku ade tanam pokok inai. Gemuk-gemuk daunnya. Mak aku tanam dua pokok. Satu pokok tu untuk kegunaan umum. Jadi kalau jiran-jiran ke sape2 ke nak amik, amikla tanpa sebarang cas dikenakan. Lagi satu pokok mak aku tak bagi amik, kononnya kalau selalu sangat org pakai nanti kalau pengantin nak kawin guna inai tu kaler dia dh tak cantik. Apakah? Nak simpan untuk aku kawin ke, sudahnya tak sempat jugak merasa sebab pokok tu mati dulu.Haha..

Nak pakai inai ni pun ada kaedahnya, tak boleh pakai siang hari sebab nanti takut ayam tegur. Bila ayam tegur, nanti kaler tak cantik. Aku dulu bendul, percaya je la benda-benda tu kan. Padahal kalau ikut secara logiknya, kalau pakai inai siang-siang of course la berjam-jam tak boleh nak buat kerja sebab nak menunggu inai tu kering kan. Ayam tegur?? Memang kelakar bila pikir-pikir balik. Kesian ayam, tak pasal-pasal jadi mangsa.

Disebabkan tak boleh pakai siang, maka gigihlah aku menumbuk inai malam-malam. Lagi satu petua kalau nak pakai inai daun ni, letaklah segala macam benda, nasi la gambir la, perahan limau nipis la. Nasi konon nak bagi inai tu lekat, ala-ala macam gam la. Gambir tu nak bagi kaler inai tu lagi merah. Manakala perahan limau  tu kononnya nak bagi kaler inai tu meresap dalam kulit. Dan ada sesetengah orang letak arang. Yang ni aku tak penah buat.

Kadang-kadang mak aku jahat, boleh dia cakap,"letak la sekali belacan, cili, bawang boleh buat sambal". Elok je perli-perli aku. Dan selalunya mak aku mesti mengamuk sebab aku tak rendam lesung lepas tumbuk inai. Haruslah lesung batu tu berbau inai.

Pernah tangan aku pijar tak hengat sebab guna lesung tak basuh. Mak aku baru lepas tumbuk sambal. Tak sabar dan tak bertanya punya pasal, satu malam berdenyut jari-jemari aku. Seksa weyh. Sampai nangis-nangis la sebab kepanasan .Sejak kejadian tu kalau nak tumbuk inai, aku siap hidu2 lesung tu untuk pastikan takde bau dan kesan sambal.

Bila dah tumbuk dengan bahan-bahan tu, aku kepal-kepalkan kat jari. Aku suka kepal tebal-tebal, konon nak bagi merah menyala. Mak aku panggil kepala gorila. Yela, jari cenonet halus, tiba-tiba kat hujung jari macam kena ketumbuhan. Disebabkan pakai malam, time dh nak tido jadi kenala bungkus jari-jari tu dengan plastik. Kalau tak haruslah bersepah tempat tidur ngn baju aku. Calit inai sana sini. Dhla susah nak tanggal kalau dh melekat kat kain. Part ni pun mak aku selalu hangin gak. Sebabnya, bungkuslah macam mana jari tu, esok bangun pagi dah sememeh sana sini. Dia jugak yg penat nak kena hilangkan kesan inai tu. Kesian mak aku. Lagi satu aku suka buat corak bulat kat tapak tangan. Lepas tu kembanglah tangan tu tak kuncup-kuncup. Sebab kalau gerak-gerak nanti inai tu merekah. Last aku pakai inai daun dua tahun lepas masa kenduri kawin aku.

Sekarang kalau tiba-tiba ketagih nak pakai inai, aku beli yang dalam sachet je. Senang, tak payah nak tumbuk segala. Tenyeh je, biar lam 15 minit pastu dah basuh. Tapi tentulah kaler dia tak secantik inai daun kan. Dhla cepat luntur, pakai tak sampai sebulan kaler dh pudar.

Monday, November 8

kakiku cagu

tak sebenarnya. tapi sakitnya macam kena cagu la. berdenyut-denyut. tak tau puncanya dari mana, semalam sampai je kat KL dari kampung terus membongkang tido (macamla aku yang drive).

bangun-bangun je terasa ibu jari kaki berdenyut. tengok, makk aihh..kembung macam belon. siap merah-merah lagi. sampai jalan pun terhencut-hencut. tapi, walaupun hencut masih boleh lepaking kat mamak sampai pukul doblas. dapat teh tarik tiba-tiba ilang sakit. boleh eh macam tu.

dan sekarang denyutnya datang balik, sebab pagi tadi dengan selambanya shawal pijak jari aku. haruslah meraung kan. mak aku cakap kalau luka-luka kat area jari ni pakai inai kasi ilang rasa denyut tu. pokok inai dh ada, tapi penyakit MALAS nak menumbuk tu buat niat terbantut.

agak-agak kalau pakai inai instant tu sama tak effectnya dengan inai tumbuk?

Friday, November 5

susah la nak jadi rajin ni

sekarang tengah beronline dari kampung..

Kedah kan banjir, dan sepatutnya mggu depan aku kena amik final exam.
Sekali, dapat call dari class mate kata exam tunda kemungkinan sampai hujung bulan ni.
Hoh, terus nak tarik napas panjang-panjang.
Sebabnya, aku memang aku takde study langsung.
Dan terus berazam konon nak cover yg mana2 patut. Konon jela kan, padahal dengar je tunda terus dalam kepala pikir na joli-joli lagi..
*panggg*...

Agak-agak kalo carry mark tu dh boleh buat lulus dengan cemerlang takpela jugak. Ni tengok carry mark pun sesak napas..

Tapi still risau sebab tak dapat pape memo dari pihak universiti. Dibuatnya kawan aku pedajal matiklah wei..