Thursday, August 21

Simple, mudah dan murah

Assalamualaikum
Tiba-tiba rasa nak review pasal produk ni. Aku ni ada masalah kulit muka. Tona tak sekata, kulit kombinasi (berminyak, kering). Org cakap zaman-zaman remaja je jadi macam tu. Tapi aku makin berumur makin la teruk. Kat bahagian tepi pipi ni dah mcm kena eczema. Tak boleh silap mulalah menggelupas.

Kalau dulu pakai produk biasa-biasa je (yang murah-murah yang ada kat watson's or guardian). Tapi sejak-sejak ada masalah alergik ni kena tukar kpd produk yang 100% natural katanya.

Antara produk yg aku ingat aku pernah pakai ialah Organics. Botol kaler coklat, boleh dapat kat Guardian. Aku pakai cleanser dgn moisturizer. Tapi pe yg aku tak suka moisturizer dia berminyak. Kalau bersiap pagi-pagi kena mengadap kipas nak bagi kering. Pastu harga dia mcm tak berbaloi dengan produk. Cepat habis. Tapi kulit tetap tak elok2 gak. So, aku stop.

Sebelum tu aku pernah pakai aiken. Pun tak jalan. Kulit jadi makin kering adelah. Sebamed pun pernah try, tapi mahal bagi aku. Nak dijadikan  cerita satu hari ni, singgah Guardian cam biasalah nak beli barang-barang peribadi ni. Ternampak la travelling pack brand Simple ni. Dalam dia ada cleanser, toner dgn pelembab. Harga tak silap aku dlm rm20++. Nak beli packaging yang besar takut membazir kalau tak serasi dgn muka.

Alhamdulillah serasi dengan produk ni. Parut2 jerawat pun dah start pudar. Kalau dulu kat dahi ni dah macam peta pe je. Sebab muka aku ni selalu naik jerawat pasir lagi-lagi kat atas dahi. Berlumba2 nak tumbuh. Kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal produk Simple ni. Sebab tadi tgh2 skrol gambar2 dlm phone terjumpa gambar raya tahun lepas. Pastu dok compare-compare dengan gambar tahun ni. Tak banyak, adalah sikit perubahan.


Camera phone sama, angle sama, lighthing pun lebih kurang sama. 2013 tu gambar raya tahun lepas. 2014 tu pulak masa pi bukak puasa ngan geng-geng poli.  Nampak gambar belah kiri, kat dahi dah macam peta pe, padahal dah cover dengan bedak. Belah kanan tu nampaklah dah bersih sikit dahinya.


Jangan terpedaya dengan kulit ala-ala flawless, itu sebab cahaya matahari memancoorr. Fokus kat dahi, dah kurang dot-dot yang menyakitkan hati (gambar tak pakai filter pape)




Baru-baru balik dari kampung, kat kiri kanan bibir aku naik balik gatal-gatal. Tapi aku just buat rutin macam biasa (cleanser, toner, moisturiser). Tak sampai 2 minggu kulit back to normal. Tinggal parut hitam sikit je sebab aku gatal tangan kutil kulit tu..huhu...

Toner ngan moisturizer tu pun aku pakai pagi time nak pi keje je. Kalau kat rumah cukup sekadar cleanser je (sebab aku ni memang pemalas). Dari segi harga, untuk kategori manusia kedekut macam aku ni, harga produk ni memangla berbaloi. Untuk cleanser aku pakai botol paling besar, harga dalam RM25++ boleh tahan 1-3 bulan, itu siap share dengan Shawal. Toner dengan pelembab lagi la lama tahan. Total kalau beli tiga-tiga barang tak sampai RM100 pun. Tapi pe paling penting istiqomah. Kalau pakai hari ni esok nak nampak kesan memang takkan dapat. Aku ni pun dah setahun pakai barula nampak sikit kesan.

Mana nak dapat, cari je kat mana-mana Guardian (Watson's aku tak pasti sebab aku memang selalu beli kat Guardian je) confirm ada. Kalau takde maknanya stok dah habis la tu. 



9 comments:

SueGinola said...

Serius kulit berubahlah nurul...I i JELES!!
Akak pernah try trial kit brand Simple jugak dulu...tapi biasalah pakai tak sampai seminggu malas nak sambung...so terbengkalai bendaalah tu taktau ke mana...tapiiii..kalau elok nak try baliklah..mudah-mudahan serasi...wiiiiii!!

Huda Ramlee said...

Sebab benda ni murah tu yg boleh konsisten pakai. Tahan lama plak tu. Lagi 1 suka sebab cleanser dia tak mengeringkan kulit kalau tak pakai pelembab

tiga lalat said...

Salam. Hee sungguh manis.

Umie Khairi said...

salam sis.. klu bedak sis pkai bedak ape klu kluar rumah?

Huda Ramlee said...

Pakai compact powder btand maybelline je.

Huda Ramlee said...

Pakai compact powder btand maybelline je.

precious said...

Nak tny, sis pki toner /moisturisee sblm pki bedak or slepas eh

Huda Ramlee said...

Pakai sebelum pakai compact powder..pakai nipis2 je

Huda Ramlee said...

Pakai sebelum pakai compact powder..pakai nipis2 je