Showing posts with label naluri perempuan. Show all posts
Showing posts with label naluri perempuan. Show all posts

Wednesday, September 2

Syok sendiri la pulak

Assalamualaikum

Dalam instagram sebelum ni ada post pasal beli set promo Ephyra kat blogger Diana Ishak. Masa tu dia tengah buat promo beli 1 box dapat free 20 sachet. Tak ke gila promo macam tu. Dah macam kau beli 1 box + 2 set trial tapi ngan harga untuk 1 box. Berbaloi-baloi sangat okeh.

Menggunakan kuasa pujuk rayu seorang isteri, maka dapatlah sang suami dimanipulasi. Nak tengok aku cantik kan keluar la modal. Beli set promo tu minggu kedua puasa. Siap berangan raya ni confirm acik gebu gebas. Hahaha.. tengok belum pape berangan setinggi langit. Tapi nak dijadikan drama, masa isi form online aku boleh tertinggal satu huruf kat alamat postage. Kerana satu huruf tu la parcel aku asyik keluar masuk pusat Poslaju Shah Alam. Hari-hari bukak tracking number tengok parcel dah keluar  tapi tak sampai-sampai gak. Sampaikan PPL Shah Alam call aku balik nak confirmkan balik alamat.

Lepas PPL Shah Alam call untuk confirmation, pun jadi drama lagi. Tunggu parcel tak sampai-sampai lagi. Nak nangis oii time tu, bukan sikit bayar. Aku sampaikan emel Kak Di (tapi tak dapat pun kat dia sebab aku salah send emel..hahaha) kalau parcel tu return balik kat dia aku sanggup bayar kos postage. Janji dapat ephyra tu. Hampa nak gebu gebas masa raya.

Sampaikan satu petang tu, nampak van poslaju collect consignment kat opis lawyer sebelah. Laju-laju tahan budak tu tanya tak parcel sekian-sekian nombor. Check dlm van ada, rasa nak melompat hoi akhirnya barang-barang yang ditunggu tiba. Dia punya debaran kalah tunggu pinangan orang. Dahla dalam bulan puasa memanjang ada je parcel sampai kat opis. Berlumba-lumba budak-budak ni shopping online padahal semua jantan kot (siapa cakap lelaki tak gila shopping?)

Dah habis drama tunggu barang dapat kat tangan, drama nak tunggu effect pulak. Minggu pertama consume ephyra hari-hari tengok cermin. Hari-hari tanya Shawal ada perubahan pape tak kat muka. Memang fokus muka semata-mata. Puncanya nak hilangkan parut-parut jerawat aku yang berlumba-lumba naik masa aku makan Ovamit. Tangan pulak jenis tak sekolah, pantang nampak jerawat mulalah nak kutil-kutil. Pastu berparut. Pastu yang buruk muka sendiri. 2 minggu consume, still tak nampak sgt kesan kat muka. Yang aku perasan tone kulit muka tu dah start sekata, parut-parut tebal tetap ada lagi. Lagi satu terasa segar je walaupun puasa. Mengantuk di siang hari tu dah takde sangat tak macam puasa sebelum-sebelum ni.

Tapi bak kata Diana Ishak la, kesan kau amik ephyra tu bergantung pada individu. Ada yang cepat, ada yang lambat. Aku dah sebulan lebih consume ephyra ni barulah nak nampak kesan sikit-sikit

Patutnya letak picture 10 Julai tu dulu. Takpelah, janji info sampai


Ni hari ni punya selfie. Mintak maaf lah muka memang mintak kena lempang

Sekarang ni manjang syok sendiri, dok pegang-pegang kulit pipi sendiri. 29 tahun hidup baru ni lah nak merasa kulit flawless. Orang taknak puji, biar aku puji diri sendiri..Cuma terpikir, agak-agak dpt sponsorship lagi tak dari laki untuk next purchase..Untuk kesan-kesan lain pengambilan ephyra ni, boleh google. Tapi kalau perempuan pakai, of coursela nak kulit cantik, gebu kann..

Siapa-siapa yang teringin nak guna kolagen ephyra ni tapi nak harga kaw2 promosi boleh google fleurbymrshim.








Thursday, November 10

jom cerita pasal 'hidup baru'

Jam sekarang lagi 10 minit menginjak ke pukul 1. Mata masih lagi segar. (amacam, ayat macam novel tak?!!) kerana lepas Maghrib tadi aku dah membongkang kaw-kaw. sekarang dah terkebil-kebil sorang macam burung hantu sambil dengar Shawal berdengkur.

Cerita ni kalau ikut dah basi, kalau pengantin tu inai kat jari dah hilang merahnya. Ini alkisah kehidupan baru aku dengan Shawal.Sebelum ni, aku pernah cakap yang kitorang dah pindah keluar dari rumah mak pak Shawal. Yela, Shawal kan dah dpt adik ipar baru, maknanya dah bertambah family members kat rumah Hulu Kelang tu.Tidak le ahkak sanggup nak beratur subuh-subuh hari semata-mata nak tunggu turn guna toilet. Lagipun, cukup-cukup lah 3 tahun hidup beramai-ramai ni.

So, dengan drastiknya aku buat keputusan yang keluar dari rumah tu. Awal-awal bagitau nak pindah rumah, bapak Shawal agak menentang keputusan kitorang. Niatnya, tuhan je yang tahu. tapi aku tetap berkeras dengan keputusan aku. takde dah nak tunggu-tunggu. Nak beli rumah sendiri ke, tanah ke tu lain cerita. itu kira nasib baik lah aku ni takde anak lagi, kalau tak celah mana nak sumbat. Bilik aku masa kat rumah mentua mmg dh tak mcm bilik, kat situ lah iron board, kat situlah aku gantung baju-baju kerja kitorang, kat situ pc, mujur tak letak dapur je.

Nak cari rumah sewa ni pun satu ujian jugak. Punyalah susah nak dapatkan rumah sewa. Sedangkan masa kitorang try nak beli rumah dulu, berlambak-lambak rumah sewa kat area kota damansara-sungai buloh ni. tapi kitorang cari, cepat je kena grab. Lepas dah dapat rumah sewa, berlambak pulak org nak sewakan rumah, hangin tau. Dalam tempoh 2 bulan sebelum pindah tu memang keje kitorang tiap-tiap weekend pusing setiawangsa, taman melati, kota  damansara, sungai buloh semata-mata nak cari rumah sewa.

Sampai satu tahap aku memang dah rasa give-up, sebab bila call owner @ agent, mesti rumah tu dah kena booked. sampai aku pernah cakap kat Shawal nak pindah Kuantan je, duduk dengan mak aku lagi senang. Masa tu drama air mata toksah cerita, habis puas aku perah air mata ni nak tagih simpati hahaha...

Sehinggalah pada suatu pagi Ahad, selepas bersarapan nasi lemak, aku browse la mudah.my nak cari kot-kot ada rumah sewa. sepanjang tempoh aku nak cari rumah sewa ni, keje aku memang browse mudah jela, dari rumah bawak la ke opis. sekali nampak 1 advertisment rumah sewa ni, area seksyen 7. aku tak pikir panjang dah terus ajak Shawal tengok rumah tengah hari tu jugak. Sebelum tu prepare duit booking siap-siap.

On the way nak tengok rumah tu berdoalah jugak condition rumah tu ok. sebab pernah terkena dekat setiawangsa, area flat kat situ. mujur masa tu owner kat kampung, so kitorang pusing-pusing survey dulu. sekali kau, agak horror kawasan flat tu. kalau pergi sekali ngan owner susah jugak nak menjawab 'tak jadilah kak!'. sebab aku yang beria-ria kan. Ada sekali dekat gombak, tanah lot belakang sekolah Adi Putra. rumah macam town house. sewa RM600 sebulan, kedai paling dekat pun kedai makan dekat simpang sekolah tu. Rumah memang besar, tapi fasiliti langsung takde. Mula-mula memang nak grab je rumah tu, tapi nak tengok rumah tenant lama tak keluar lagi, by the time kitorang dah confirm dgn rumah yang sekarang baru tuan rumah call ckp boleh tgk rumah.

Agaknya memang jodoh kitorang dengan rumah ni, sebab masa tengok rumah sewa kitorang sekarang ni aku terus bayar booking, dahla takde resit takde apa. kira memang habis tawakal la. contact number owner ni pun berharap pada iklan dia je. kalau kena tipu, memang kena tipu celik-celik la jawabnya.

Sekarang dah nak masuk 4 bulan kitorang tinggal kat sini. Environment kat sini, sangat-sangat alhamdulillah. Walaupun flat, tapi kawasan bersih tak bising. Jiran-jiran pun ok, setakat sorang dua yang menyakitkan hati tu standard la. namapun duduk flat. sedangkan yang duduk rumah teres pun siap boleh saman menyaman sebab rumput jiran sebelah rumah masuk rumah dia, inikan pulak duduk rumah kotak-kotak ni. Lagipun flat ni hakmilik PKNS, jadi ramai lah pekerja-pekerja PKNS yang berbangsa India ni duduk sini. Taula diorang kalau riuh macam mana, padahal tanya dengan rakan sebangsa 'kau makan lauk pe je' tapi kita yang tak paham ni dengar macam orang nak berparang. Bukan diorang je, kita ni yang Melayu pun ada gak perangai macam hantu. Tapi staff2 PKNS ni sangatlah best, tiap-tiap bulan bayar RM50 je sewa pada PKNS. Mana nak cari rumah sewa RM50 sekarang.

Fasiliti semua depan mata, nak keluar ke jalan besar pun takde lah jauh. Naik bas dah boleh sampai ke KL. Kedai jual barang-barang basah, sangatlah banyak. siap boleh pilih nak shopping barang dapur kat mana hari ni. Kalau nak hebat sikit, pi la Carrefour or Giant. Carrefour kat KD tenang gila, nanti ada masa aku cerita. Kalau rasa nak hebat lagi, pi la shopping kat Ikano ke, IKEA ke tapi takdelah nak beli ayam kat situ kan. Nak makan-makan, jalan kaki sikit lalu 2 blok berderet medan selera. Betul-betul depan blok aku ni pun ada kedai makan. Kalau rasa tekak nak makan benda-benda pelik sikit pi la ke Sunway Giza. janji duit kena ado ye. Bab makanan, area rumah aku ni harga nya still murah lagi. Macam masa bulan puasa hari tu, kuih-kuih stil lagi RM1 dapat 3. saiz pun boleh tahan besar. Kat KL, dapat ke 3 ketul seringgit. saiz pun ala-ala tak ikhlas je buat.

Sewa, bulan-bulan RM500. bila cerita dengan orang, mesti keluar ayat ni 
''duduk flat sewa RM500?!!''(dengan nada yg tersangatla sinis)
"kalau 500 bayar bulan-bulan, boleh duduk rumah teres" - a'ah ye, tolong carikanlah rumah tu dah alang-alang kau bercakap kan.
"ada kawan polan si polan sewakan RM300 je flat mcm ni" - spesis ni bila mintak contact number tak nak pula dibaginya.
Tapi, kalau tengok fasiliti sekeliling, kau ado? nak cari santan kelapa pun bukan main susah.

To make it short, (walaupun aku dah tulis berjela) dengan kadar 500 tu aku rasa berbaloi bila fikir segala kemudahan yang ada kat kawasan rumah aku. Kalau ada anak yang sekolah pun takde masalah, pintu masuk sekolah memang betul2 sebelah je dengan flat aku ni. Lagipun duduk dekat dengan opis Shawal ni jimat sikit duit minyak.aku kan isteri yang soleh dan taat, sanggup berkorban untuk suami *tddmka lagi*. Insyaallah, kalau ada rezeki tahun depan jalan kami nak pi kerja dah sehaluan. mudah-mudahan bos aku tak ubah pikiran.

Banyak lagi nak cerita ni tapi mata dah start mengantuk balik. Baju kerja pun tak iron lagi. So long, nite all! 

Monday, August 15

cerita puasa di hari minggu

ceh, bunyi macam jauh nau puasa. padahal kat kampung pandan je. cerita macam kat oversea.weekend lepas aku ada kelas. hari sabtu kelas sampai malam lak. dalam erti kata lain kitorang berbuka puasa ramai-ramai dalam dewan kuliah.

alhamdulillah, rezeki hari tu murah betul. mula-mula lecturer belikan kitorang makanan berbuka (korang ada??) read: maaf kalau tiba-tiba ada unsur riak di situ. tapi namapun murah rezeki, lecturer terus belanja je. aku siap tapau belen nasi ayam yg tak berusik. yela bulan puasa tak baik membazir kan. harap-harap lecturer aku tu turut seorang yang pemurah dalam memberi markah assignment dan yg seangkatan dengannya. AMIN!!

zaman belajar kat poli dulu pun tak merasa berbuka nasu bungkus ramai-ramai kat lecturer hall. takat berbuka ramai-ramai dalam bilik pernah la.well, kalau dah tua-tua nanti boleh jadi modal bercerita kat cucu cicit..

"granny dulu2 buka puasa nasi bungkus dalam dewan kuliah je" (apa yang kau merepek ni lahanat).

tapi hari ahad sangatlah tak best. sebabnya lagi setengah jam nak berbuka tiba-tiba diserang penyakit hakiki kaum perempuan ni. sedih tau. kalau setengah hari lagi takpe la jugak. ni lagi setengah jam, dah siap hidang segala macam makanan berbuka. ni dah kali kena situation mcm ni, sebelum ni dah pernah kena. masa tu puasa ganti, pun dah siap standby makanan untuk aku berbuka.sekali masuk toilet hancur musnah harapanku

tu je nak cerita. ayat pun macam sampah..tata

p/s: nak kongsi cerita tentang hidup baru tapi masi belum sampai seru.

Thursday, May 19

another reason why i'm loosing my respect on you

Sangat geli tekak aku bila kau cakap aku dengkikan anak perempuan kau. Tolonglah pakcik jgn buat lawak spastik. Masalahnya siapa yang imitate siapa, cuba kau cakap. Aku beli legging, esok lusa anak kau beli jugak. Aku beli kasut, tiba-tiba esok anak kau beli jugak. Dahla brand sama, mujur design je lain. Sebab nanti obvious sangat kau imitate aku. Sampaikan aku tersilap beli maternity panties pun nak beli jugak ke sebab kau tengok benda tu kat ampaian. Sangatlah psiko anak kau itu wahai pakcik.

Cuba bagitahu sikit apa yang hebat sangat anak kau tu sampai aku nak dengki. Bab education, mintak mahap la ye, jauh sangat aku tinggal anak kau tu. Bab kerja, anak kau tu kuli jugak macam aku. Cuma anak kau tu berangan lebih sikit feeling-feeling officer besar. Bab pasangan, mintak mahap la aku nak mendengki kalau setakat bakal menantu kamu setakat SPM pun 7 dengan 8 je yang ada. See, aku taknak jadi shallow tapi kau yang tekan 'butang merah' itu.

So, sekarang ni siapa yang sebenarnya mendengki siapa? Aku atau anak kamu?Sudah-sudahlah hidup nak banding-bandingkan dengan org lain. Sebab kau sibuk nak banding-banding sgt diri kau dengan org lain la sampai sudah kau tak kemana. Kawan-kawan semua dah kemana-mana tapi kau kat situ jugak. Mungkin kau dulu sekolah dengan budak-budak pandai, tapi itu semua sejarah. Kalau nak cerita pasal dulu-dulu, aku pun boleh cerita UPSR aku 4A.

Orang tak tanya "kau dulu sekolah mana?", orang akan tanya "kau sekarang buat apa?".

p/s: Jangan nak salahkan sesiapa kalau sampai satu masa aku dah tak ada rasa hormat kat kau.

Thursday, April 21

tangan tak boleh nak diam

Hujung-hujung bulan ni mula lah muka macam jalan tar. berbatu sana sini. Biasalah, rutin orang perempuan kan. Muka berjerawat aku tak kisah. Mak bukan la jenis yang nampak jerawat sebijik kat muka terus nak jerit-jerit macam orang kena histeria lepas tu taknak keluar jumpa sape-sape sebab self esteem rendah gila sebab muka dah tak cantik (bacaan dalam satu napas, boleh?)

Tapi bila naik jerawat kat muka, tangan ni mula la tak diam. Sibuk nak mengutil memanjang. Tak tahan la tengok jerawat ni masak ranum, memanggil-manggil suruh aku picit. Memang selamat la riwayat jerawat tu. Takdenya aku nak biar-biar hilang sendiri. Beli OXY pun tak guna.

Sudahnya muka berparut sana sini. Bukan takat jerawat je, apa-apa jela benda alah kat muka ni confirm aku kutil. Pernah sekali, masa zaman sekolah menengah kulit kt hidung aku kering, jadi macam berkerak kat situ. Orang bijak pandai, pergi kopek. Kulit kalau awal-awal kena kopek kan tak nampak apa-apa. Sekali kau bangun esok pagi, jadi macam beruang panda. Satu hidung ye, pi sekolah kena gelak ngan kawan-kawan. Lahanat tul. Sejak dari itu, aku tak brani dah nak kopek sembarangan ni. Cuma tang jerawat je saya tidak tahan.

p/s: Motif cerita pasal ni, sebenarnya nak bagitau aku dah berjaya meletupkan sebijik jerawat kat dahi. Ni betul-betul meletup tau (ada orang lain kisah ke?)
p/p/s: dulu segan gila nak sebut kopek ni, aku kan orang pantai timur. kopek tu kan maksudnya tetek. sekarang sebut tetek pun aku dh tak heran.

Wednesday, February 23

kekasih lama..kalau tak jumpa dia mesti aku tak kawin lagi..

Malam tadi boleh pulak termimpikan boypreng lama. aku mimpi dia nak rujuk ngan aku balik. hahaha..mendapatla kau penampar sebijik dari Shawal kalau benda tu berlaku dalam real life. Sekarang cintaku hanya untuk Shawal ececeh.. Padahal masa zaman mabuk kepayang, si bantut tu jugaklah yang aku gila-gilakan walaupun aku tau dia buat taik dengan adik angkat dia yang sekarang dah jadi official gelfren dia.

Bila kenang-kenang balik rasa macam bodoh je zaman bercinta dulu. Mana taknya, dah tau terang-terang dia buat pasal ngan aku tapi masih nak second chance (second chance yang berkali-kali kot aku bagi). Sampai aku hampir bergaduh dengan budak kelas aku sebab dia. Puncanya, konon-konon kawan aku tu merayu-rayu nak bercinta dengan dia semula (ceh, macamlah kau tu ada telo emas). Padahal yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Dia yang merayu-rayu kat kawan aku tu nak couple balik, padahal tengah couple dengan aku time tu.

Sebenarnya dia tu ex-boyfie classmate aku masa zaman sekolah. Tapi aku bukan perampas okeh, diorang dah clash berbulan-bulan, baru mamat ni approach aku. Bukan aku eh, kenal pun tak masa tu. Sekadar tau dia boyfren kawan aku sebab kawan aku ni asikla tunjuk gambar dia dalam kelas.

Aku rasa dia just try and error masa tu. Yang aku pulak ni bongok, yela orang huduh tiba-tiba kena ngorat haruslah mak rasa teruja.  Maka berkawanlah kami. Tak lama lepas tu aku dapat politek Shah Alam. Dia masuk politek Kuantan. Kira masa tu status tergantung jela, tapi memang aku dah tangkap cinta la dengan mamat tuh. First, sebab dia panggil aku baby (hahaha, macam babi je) lepas tu konon-konon dia sharing is caring la ngan aku. Asik-asik nak amik tau pe aku buat, ok ke tak dah makan ke belum (ayat2 standard org nak mengorat ni) pastu bila aku cerita pasal Shawal nak approach2 aku dia macam jeles, lagi la aku rasa dia memang sayang aku...ptuihhh..

Masuk semester kedua baru la aku ngn dia officially declared as a loving couple. Yang kelakarnya masa nak declared ni Shawal pun ajak declare sekali (aku de cerita kat entri sebelum ni). Tu yang aku cakap Shawal terlambat. Gila tamak kan, sana kau nak sini pun kau nak sapu. Tak padan huduh.

So, kitorang meneruskanlah percintaan kitorang dalam jarak jauh. Dalam masa yang sama aku tetap berskandal ngan Shawal (taklah sangat sebab dia kan aku anggap macam abang). Konon masa tu habis sayanglah dia kat aku. Siap bawak jumpa mak dia masa hari raya, pastu siap cakap akulah wanita pertama jumpa mak dia (yela sangatt kan). Tapi cinta punya pasal, mulut bau longkang pun jadi bau taman bunga.

Bila dah start praktikal, mula lah dia buat hal. Padahal dia yang suruh aku praktikal kat Kuantan, konon senang nak lunch date sama-sama lah. Tapi dalam masa yang dia dok berskandal dengan adik angkat dia, sebab aku terjumpa mesej dalam phone dia bersayang-sayang berindu-rindu segala. Lepas tu jumpa pulak dalam emel dia satu folder khas untuk adik angkat dia tu, penuh ngan ayat bunga-bunga rindu. Masa tu lah aku rasa dekat tapi sebenarnya makin jauh. Tiap-tiap hari bergaduh. Paling aku meletup bila dapat tau dia keluar dengan adik angkat dia tapi dia bagitau aku dia kuar dengan kawan lelaki dia. Tu pun mujur kawan aku nampak (alah, Kuantan kecik je kot). Kalau tak sampai mati aku kena tipu. Padahal sebelum tu dah janji nak kuar ngan aku..Macam syiall je kan. Alasan dia, sekadar teman adik angkat tu amik gambar passport. Eh, hallo budak tu takde bapak ke sampai kau yang nak bertanggungjawab pulak.

Asyik gaduh sampai aku naik bosan. Yelah, aku punyalah merajuk mintak kena pujuk tapi sudahnya aku yang pujuk diri sendiri. Masa tu kurus toksah cerita lah, dahla masih slim makan hati punya pasal terus bertambah-tambah kerempeng. Sudahnya aku break ngan dia. Nampak macam senang tapi aku meraung tiap-tiap malam toksah cerita la. Haaa, masa ni la Shawal masuk jarum hehehe..

Dah elok-elok aku bercinta-cinta dengan Shawal tiba-tiba mamat ni nak rujuk balik ngan aku. Dengan alasan konon adik angkat dia taknak rosakkan kebahagian kitorang. Taikla. Habis masa aku tanya elok-elok pe hubungan kau dengan 'abang angkat' kau tu , sikit punya poyo ayat kau bagi kat aku. Kalau dua-dua mangkuk tu ada depan aku rasa nak sagat-sagat je bontot masing-masing atas jalan. Tapi, konon nak balas dendam kat mangkuk dua ekor ni aku layankan balik mamat ni. Kiranya rujuk balik la. Masa ni bukan main nak amik hati aku, sampai sanggup lari dari opis semata-mata nak bagi kad birthday kat aku. Ah, kau, dulu konon busy tapi ni tak busy pulak. Macam la aku tak tau, aku ni salah satu sumber kewangan kau sebab tu nak rujuk balik.Aku buat memang macam aku still sayangkan dia, padahal dalam hati penuh dendam kesumat.

Tapi orang tak pandai buat jahat kan, confirm la kau kantoi. Shawal dapat tau (sebab aku bagi tau, bodoh kan). Apa lagi,kena tazkirah jap aku dengan Shawal. Tak guna berdendam la, pe la (eleh, tapi time kawin aku nak jemput tak bagi pulak).

Sudahnya drama aku tak lama pun. Sampai hujung tahun 2006 je, sebab aku dah habis praktikal. Lepas tu malas dah nak serabut-serabut kepala. Dengan rasminya, aku clash betul-betul. Barang-barang aku kat dia semua aku mintak. Boleh pulak kan kau taknak bagi, motip nak buat kenangan. Ah, takde2. A-Z aku mintak balik. Kang dia bomohkan aku tak memasal je. Dahla masa mintak pulangkan barang-barang aku punyalah susah. Macam-macam alasan bagi, tapi dapat jugak akhirnya. Masa jumpa buat kali terakhir tu, sempat lagi nak buat drama, menangis2 tanya kenapa aku buat dia macam ni. Konon cakap dia akan jadi gila lepas ni (sampai sekarang aku tengok sihat walafiat je). Habis kau buat aku tak pikir pulak.

Maka tamatlah kisah aku dengan drama king tu. Baru-baru ni (tahun lepas) aku terjumpa facebook dia, aku add dia approve. Lepas tu aku bahasakan sikit je, takde la cakap pe cuma cakap thanks sebab pernah sakitkan aku, kalau dia tak buat takdelah aku nampak sape yang sayangkan aku selama ni (lebih kurang macam tu la). Tapi aku CAPS LOCK sume huruf. Ha kau terus dia remove aku dari fren list dan terus dia block aku. Hahaha, nampak sangatla kau tak matang. Patutlah sampai sekarang kau tak kawin-kawin dengan girlfren a.k.a adik angkat kau tu.

Begitulah kisah cinta aku zaman hingusan dulu. Moral of the story, jangan tengok luaran je. Kadang-kadang muka habis naif tu la dalam segala puaka ada. Dan seelok-eloknya biar kawan korang kenal sapa pasangan korang, paling tak kalau dia buat taik ada kaki report hahaha...

p/s: aku risik-risik dari ex dia (nasib la, ex kau semua kawan-kawan aku jugak), satu perangai mamat ni kalau dapat kekasih baru dia akan buruk2 kan yang lama konon-konon sang perempuan yang salah dalam semua hal. bodoh, memang jantan takde telur. dan sekarang semua ex dia dah selamat jadi bini orang, mangkuk tingkat dengan girlfren dia tu je tak kemana-mana pun. bercinta jer la korang sampai tua.

p/p/s: dalam mimpi aku siap bahasakan diorang, "korang bercinta berkepit kehulu kehilir tapi tak kemana-mana gak"..dalam mimpi pun boleh nak berdendam jugak..hihihi

UPDATE

patutlah masa aku datang raya rumah dia dulu, Paklong dia buleh bergurau senda, "tahun ni dengan orang lain, kang tahun depan dengan orang lain pulak"..betul-betul masin mulut Paklong kau kan..

Sunday, January 9

sama tak..

agak-agak kalau pierre andre tu digemukkan sikit ada rupa macam ni tak?

:: yang original ::

:: klon versi plus size ::
ni gara-gara terbaca komen junior sekolah aku kt fb la tadi..she said they have the same eyes and smiles..hahaha.ingatkan arwah anak buah aku je yang perasan. teringat masa first time shawal datang ke rumah aku [masa tu dia takdelah selebar sekarang]. arwah anak buah aku siap interview, 'abang ni pierre andre ke?''. yang tak tahan siap mintak autograf ko..hahaha..haruslah aku gelak guling-guling. kan masa tu tgh meletup siri 'dunia baru'..

actually, aku sebenarnya memang minat pun tgk muka pierre andre. sebab mata dia cam redup je. pastu hitam manis. sekali terdapat pierre andre klon version plus size. oklah tu, nak dpt pierre andre cam jauh sgt..

p/s: tapi sebab sekarang shawal dah bertambah-tambah saiz, dh macam  rupa angah Raja Lawak plak..hahahaha, tak dapat nak vangga melebih. Ni bukan aku yang bilang, ni kawan-kawannya yang bilang.

Thursday, December 30

dah agak dah..

aku fail satu paper. nak salahkan sape? salahkan diri sendiri la, sape soh belajar last minute.[agak-agak kalau paper yang berteraskan teori satu malam boleh hafal ke].lam kelas tak fokus. sekarang tanggung akibatnya. tapi, saya tiada rasa mahu berguling-guling frust menonggeng sebab tak letak target tinggi pun. dari mula aku jawab paper tu dh dapat rasa aura ke'fail'an yang sangat kuat. tapi yang tak best, org len tolong tengokkan result sebab interenet sistem UMIS macam haram. Kau nak broadband je yer? Streamyx kau tanak. pangg kang..

So,esok cuti. nak tido puas-puas. Yeahhh, Malaysia sila lah jadi juara lagi. Nanti weol dapat cuti lagi.

p/s: Kena simpan duit nak bayar duit paper..2011 adalah tahun untuk berdiet.
p/p/s: walaupun fail, aku rasa bersemangat gila nak masuk sem depan...jadah.

Wednesday, December 29

lelaki taf dan baju fit..

Secara jujurnya, naluri keperempuanan aku akan terus teransang bila melihat lelaki-lelaki taf lalu di depan mata..nyum-nyum [apa,ingat lelaki je boleh nak cuci mata]. taf di sini bukanlah bermaksud terlalu gagah perkasa sampai berketul-ketul keluar urat macam malek nor di zaman kegemilangan nya dulu. oh tidak. kalau macam itu rupanya, aku sendiri tak sanggup tengok

Taf di sini biarlah yang sedang-sedang. Macam Rain dalam cerita "Full House"..Waaaaa.haruslah mak pitam sekejap. Ditambah pula bila memakai pakaian kasual seperti seluar jeans beserta t-shirt polo.waaaa..extra pitam..Tak pun pakai 2 pieces beserta khakis.kat dlm t-shirt biasa, kat luar kemeja kotak-kotak..waahhh,pitam lagik.

Tapi bila si jejaka taf ni memakai baju yang terlalu fit sampai nampak bonjolan tetek terus dh tak teruja dah. Terus geli tiba-tiba. Rasa macam gay nya kamu nak pakai baju ketat-ketat. Seriously, aku tak boleh terima. Hahaha..mcmlah laki aku taf sangat [taf pe, kat perut hahaha...] nak cerita pasal lelaki-lelaki taf yang ada.

Motif aku cerita pasal ni, sebab malam tadi tengok Supernatural. Dean ngan Sam yang awww tetap nampak gagah perkasa walaupun bersalut tanah..