Friday, January 14

cikgu tadika separuh masa

Sekarang aku dah jadi cikgu tadika secara tak rasmi. tapi student aku hanyalah dua orang sahaja iaitu anak-anak buah Shawal. Mana taknya, balik dari kerja je secara rasminya bilik aku akan jadi playhouse diorang. Habis segala mak nenek mainan dilambak dalam bilik aku.

Yang si kakak nye kalo dtg angin kus-kus, sibuk ajak aku main pondok-pondok sekali. Selagi tak dilayan, selagi tu la asyik,'mak ngah,jomlah main dengan aimi'. sampai aku ke dapur sibuk nak ikut. Tak pun sibuk suruh aku nyanyi lagu barney la, baa baa black sheep dan segala nursery rhymes yang ada. Sampai dah boleh hafal lah.

Yang adiknya pulak walaupun tak pandai bercakap lagi tapi kalo aku bukak youtube pasang lagu baa baa black sheep dia pun sibuk sama bababababa..comel okeh. cuba kalau aku buat mcm tu, mau Shawal cakap aku buang tebiat.hahaha.

Mungkin rezeki budak-budak tu kot dapat tumpang kasih sayang orang lain. Maknya jenis take for granted. Dah isyak baru nak sampai rumah [tiap-tiap hari ye]. Memang kalau kat office boleh dapat employee of the year kot. Mentang-mentang la anak-anak hantar rumah nenek. Pagi-pagi pun hantar anak tak bermandi. Senang kan jadi mak macam tu? Tak payah nak pikir apa-apa. Tapi lepas tu, anak-anak rapat dengan orang lain nak jeles2 sendiri. tah hapa-hapa.

Mujurlah aku ni takde anak sendiri, kalau tak takde masanya aku nak belek anak orang lain.

p/s: entri carca marba.takde klimaks.
p/p/s: masih terngiang-ngiang lagu itsy bitsy spider kat dlm kepala.

2 comments:

lavidalabelle said...

suka kan jadi guru tadika. haha comel.

ish ramai parents kat keyhell mcm tu suka sgt susahkan org tua dan abaikan anak tak hingat.

aku ni insyaallah. dah set minda bahawa anak adalah yg utama. lagipun tak gemar anak rapat dgn org lain.

Huda Ramlee said...

belle,
sebab tu kdg2 anak-anak buat perangai/rebel sbb kurangnya perhatian. budak-budak ni macam mana pun diorang nak mak diorang gak..

aku pun insyaallah, family comes first. sebab aku aku sokong kalo company providekan nursery untuk mak-mak yg de anak kecik ni.