Monday, November 8

kakiku cagu

tak sebenarnya. tapi sakitnya macam kena cagu la. berdenyut-denyut. tak tau puncanya dari mana, semalam sampai je kat KL dari kampung terus membongkang tido (macamla aku yang drive).

bangun-bangun je terasa ibu jari kaki berdenyut. tengok, makk aihh..kembung macam belon. siap merah-merah lagi. sampai jalan pun terhencut-hencut. tapi, walaupun hencut masih boleh lepaking kat mamak sampai pukul doblas. dapat teh tarik tiba-tiba ilang sakit. boleh eh macam tu.

dan sekarang denyutnya datang balik, sebab pagi tadi dengan selambanya shawal pijak jari aku. haruslah meraung kan. mak aku cakap kalau luka-luka kat area jari ni pakai inai kasi ilang rasa denyut tu. pokok inai dh ada, tapi penyakit MALAS nak menumbuk tu buat niat terbantut.

agak-agak kalau pakai inai instant tu sama tak effectnya dengan inai tumbuk?

2 comments:

i.am.belle said...

huh lama tak pakai inai. masa ni lah nak pakai balik you xD

Huda Ramlee said...

belle,
kalo pakai inai daun segala ramuan ada.nasi la,gambir la.tak tahan siap perah limau nipis konon nak enhanced kaler.