Thursday, November 10

jom cerita pasal 'hidup baru'

Jam sekarang lagi 10 minit menginjak ke pukul 1. Mata masih lagi segar. (amacam, ayat macam novel tak?!!) kerana lepas Maghrib tadi aku dah membongkang kaw-kaw. sekarang dah terkebil-kebil sorang macam burung hantu sambil dengar Shawal berdengkur.

Cerita ni kalau ikut dah basi, kalau pengantin tu inai kat jari dah hilang merahnya. Ini alkisah kehidupan baru aku dengan Shawal.Sebelum ni, aku pernah cakap yang kitorang dah pindah keluar dari rumah mak pak Shawal. Yela, Shawal kan dah dpt adik ipar baru, maknanya dah bertambah family members kat rumah Hulu Kelang tu.Tidak le ahkak sanggup nak beratur subuh-subuh hari semata-mata nak tunggu turn guna toilet. Lagipun, cukup-cukup lah 3 tahun hidup beramai-ramai ni.

So, dengan drastiknya aku buat keputusan yang keluar dari rumah tu. Awal-awal bagitau nak pindah rumah, bapak Shawal agak menentang keputusan kitorang. Niatnya, tuhan je yang tahu. tapi aku tetap berkeras dengan keputusan aku. takde dah nak tunggu-tunggu. Nak beli rumah sendiri ke, tanah ke tu lain cerita. itu kira nasib baik lah aku ni takde anak lagi, kalau tak celah mana nak sumbat. Bilik aku masa kat rumah mentua mmg dh tak mcm bilik, kat situ lah iron board, kat situlah aku gantung baju-baju kerja kitorang, kat situ pc, mujur tak letak dapur je.

Nak cari rumah sewa ni pun satu ujian jugak. Punyalah susah nak dapatkan rumah sewa. Sedangkan masa kitorang try nak beli rumah dulu, berlambak-lambak rumah sewa kat area kota damansara-sungai buloh ni. tapi kitorang cari, cepat je kena grab. Lepas dah dapat rumah sewa, berlambak pulak org nak sewakan rumah, hangin tau. Dalam tempoh 2 bulan sebelum pindah tu memang keje kitorang tiap-tiap weekend pusing setiawangsa, taman melati, kota  damansara, sungai buloh semata-mata nak cari rumah sewa.

Sampai satu tahap aku memang dah rasa give-up, sebab bila call owner @ agent, mesti rumah tu dah kena booked. sampai aku pernah cakap kat Shawal nak pindah Kuantan je, duduk dengan mak aku lagi senang. Masa tu drama air mata toksah cerita, habis puas aku perah air mata ni nak tagih simpati hahaha...

Sehinggalah pada suatu pagi Ahad, selepas bersarapan nasi lemak, aku browse la mudah.my nak cari kot-kot ada rumah sewa. sepanjang tempoh aku nak cari rumah sewa ni, keje aku memang browse mudah jela, dari rumah bawak la ke opis. sekali nampak 1 advertisment rumah sewa ni, area seksyen 7. aku tak pikir panjang dah terus ajak Shawal tengok rumah tengah hari tu jugak. Sebelum tu prepare duit booking siap-siap.

On the way nak tengok rumah tu berdoalah jugak condition rumah tu ok. sebab pernah terkena dekat setiawangsa, area flat kat situ. mujur masa tu owner kat kampung, so kitorang pusing-pusing survey dulu. sekali kau, agak horror kawasan flat tu. kalau pergi sekali ngan owner susah jugak nak menjawab 'tak jadilah kak!'. sebab aku yang beria-ria kan. Ada sekali dekat gombak, tanah lot belakang sekolah Adi Putra. rumah macam town house. sewa RM600 sebulan, kedai paling dekat pun kedai makan dekat simpang sekolah tu. Rumah memang besar, tapi fasiliti langsung takde. Mula-mula memang nak grab je rumah tu, tapi nak tengok rumah tenant lama tak keluar lagi, by the time kitorang dah confirm dgn rumah yang sekarang baru tuan rumah call ckp boleh tgk rumah.

Agaknya memang jodoh kitorang dengan rumah ni, sebab masa tengok rumah sewa kitorang sekarang ni aku terus bayar booking, dahla takde resit takde apa. kira memang habis tawakal la. contact number owner ni pun berharap pada iklan dia je. kalau kena tipu, memang kena tipu celik-celik la jawabnya.

Sekarang dah nak masuk 4 bulan kitorang tinggal kat sini. Environment kat sini, sangat-sangat alhamdulillah. Walaupun flat, tapi kawasan bersih tak bising. Jiran-jiran pun ok, setakat sorang dua yang menyakitkan hati tu standard la. namapun duduk flat. sedangkan yang duduk rumah teres pun siap boleh saman menyaman sebab rumput jiran sebelah rumah masuk rumah dia, inikan pulak duduk rumah kotak-kotak ni. Lagipun flat ni hakmilik PKNS, jadi ramai lah pekerja-pekerja PKNS yang berbangsa India ni duduk sini. Taula diorang kalau riuh macam mana, padahal tanya dengan rakan sebangsa 'kau makan lauk pe je' tapi kita yang tak paham ni dengar macam orang nak berparang. Bukan diorang je, kita ni yang Melayu pun ada gak perangai macam hantu. Tapi staff2 PKNS ni sangatlah best, tiap-tiap bulan bayar RM50 je sewa pada PKNS. Mana nak cari rumah sewa RM50 sekarang.

Fasiliti semua depan mata, nak keluar ke jalan besar pun takde lah jauh. Naik bas dah boleh sampai ke KL. Kedai jual barang-barang basah, sangatlah banyak. siap boleh pilih nak shopping barang dapur kat mana hari ni. Kalau nak hebat sikit, pi la Carrefour or Giant. Carrefour kat KD tenang gila, nanti ada masa aku cerita. Kalau rasa nak hebat lagi, pi la shopping kat Ikano ke, IKEA ke tapi takdelah nak beli ayam kat situ kan. Nak makan-makan, jalan kaki sikit lalu 2 blok berderet medan selera. Betul-betul depan blok aku ni pun ada kedai makan. Kalau rasa tekak nak makan benda-benda pelik sikit pi la ke Sunway Giza. janji duit kena ado ye. Bab makanan, area rumah aku ni harga nya still murah lagi. Macam masa bulan puasa hari tu, kuih-kuih stil lagi RM1 dapat 3. saiz pun boleh tahan besar. Kat KL, dapat ke 3 ketul seringgit. saiz pun ala-ala tak ikhlas je buat.

Sewa, bulan-bulan RM500. bila cerita dengan orang, mesti keluar ayat ni 
''duduk flat sewa RM500?!!''(dengan nada yg tersangatla sinis)
"kalau 500 bayar bulan-bulan, boleh duduk rumah teres" - a'ah ye, tolong carikanlah rumah tu dah alang-alang kau bercakap kan.
"ada kawan polan si polan sewakan RM300 je flat mcm ni" - spesis ni bila mintak contact number tak nak pula dibaginya.
Tapi, kalau tengok fasiliti sekeliling, kau ado? nak cari santan kelapa pun bukan main susah.

To make it short, (walaupun aku dah tulis berjela) dengan kadar 500 tu aku rasa berbaloi bila fikir segala kemudahan yang ada kat kawasan rumah aku. Kalau ada anak yang sekolah pun takde masalah, pintu masuk sekolah memang betul2 sebelah je dengan flat aku ni. Lagipun duduk dekat dengan opis Shawal ni jimat sikit duit minyak.aku kan isteri yang soleh dan taat, sanggup berkorban untuk suami *tddmka lagi*. Insyaallah, kalau ada rezeki tahun depan jalan kami nak pi kerja dah sehaluan. mudah-mudahan bos aku tak ubah pikiran.

Banyak lagi nak cerita ni tapi mata dah start mengantuk balik. Baju kerja pun tak iron lagi. So long, nite all! 

No comments: