Wednesday, September 2

Syok sendiri la pulak

Assalamualaikum

Dalam instagram sebelum ni ada post pasal beli set promo Ephyra kat blogger Diana Ishak. Masa tu dia tengah buat promo beli 1 box dapat free 20 sachet. Tak ke gila promo macam tu. Dah macam kau beli 1 box + 2 set trial tapi ngan harga untuk 1 box. Berbaloi-baloi sangat okeh.

Menggunakan kuasa pujuk rayu seorang isteri, maka dapatlah sang suami dimanipulasi. Nak tengok aku cantik kan keluar la modal. Beli set promo tu minggu kedua puasa. Siap berangan raya ni confirm acik gebu gebas. Hahaha.. tengok belum pape berangan setinggi langit. Tapi nak dijadikan drama, masa isi form online aku boleh tertinggal satu huruf kat alamat postage. Kerana satu huruf tu la parcel aku asyik keluar masuk pusat Poslaju Shah Alam. Hari-hari bukak tracking number tengok parcel dah keluar  tapi tak sampai-sampai gak. Sampaikan PPL Shah Alam call aku balik nak confirmkan balik alamat.

Lepas PPL Shah Alam call untuk confirmation, pun jadi drama lagi. Tunggu parcel tak sampai-sampai lagi. Nak nangis oii time tu, bukan sikit bayar. Aku sampaikan emel Kak Di (tapi tak dapat pun kat dia sebab aku salah send emel..hahaha) kalau parcel tu return balik kat dia aku sanggup bayar kos postage. Janji dapat ephyra tu. Hampa nak gebu gebas masa raya.

Sampaikan satu petang tu, nampak van poslaju collect consignment kat opis lawyer sebelah. Laju-laju tahan budak tu tanya tak parcel sekian-sekian nombor. Check dlm van ada, rasa nak melompat hoi akhirnya barang-barang yang ditunggu tiba. Dia punya debaran kalah tunggu pinangan orang. Dahla dalam bulan puasa memanjang ada je parcel sampai kat opis. Berlumba-lumba budak-budak ni shopping online padahal semua jantan kot (siapa cakap lelaki tak gila shopping?)

Dah habis drama tunggu barang dapat kat tangan, drama nak tunggu effect pulak. Minggu pertama consume ephyra hari-hari tengok cermin. Hari-hari tanya Shawal ada perubahan pape tak kat muka. Memang fokus muka semata-mata. Puncanya nak hilangkan parut-parut jerawat aku yang berlumba-lumba naik masa aku makan Ovamit. Tangan pulak jenis tak sekolah, pantang nampak jerawat mulalah nak kutil-kutil. Pastu berparut. Pastu yang buruk muka sendiri. 2 minggu consume, still tak nampak sgt kesan kat muka. Yang aku perasan tone kulit muka tu dah start sekata, parut-parut tebal tetap ada lagi. Lagi satu terasa segar je walaupun puasa. Mengantuk di siang hari tu dah takde sangat tak macam puasa sebelum-sebelum ni.

Tapi bak kata Diana Ishak la, kesan kau amik ephyra tu bergantung pada individu. Ada yang cepat, ada yang lambat. Aku dah sebulan lebih consume ephyra ni barulah nak nampak kesan sikit-sikit

Patutnya letak picture 10 Julai tu dulu. Takpelah, janji info sampai


Ni hari ni punya selfie. Mintak maaf lah muka memang mintak kena lempang

Sekarang ni manjang syok sendiri, dok pegang-pegang kulit pipi sendiri. 29 tahun hidup baru ni lah nak merasa kulit flawless. Orang taknak puji, biar aku puji diri sendiri..Cuma terpikir, agak-agak dpt sponsorship lagi tak dari laki untuk next purchase..Untuk kesan-kesan lain pengambilan ephyra ni, boleh google. Tapi kalau perempuan pakai, of coursela nak kulit cantik, gebu kann..

Siapa-siapa yang teringin nak guna kolagen ephyra ni tapi nak harga kaw2 promosi boleh google fleurbymrshim.








No comments: