Thursday, May 19

another reason why i'm loosing my respect on you

Sangat geli tekak aku bila kau cakap aku dengkikan anak perempuan kau. Tolonglah pakcik jgn buat lawak spastik. Masalahnya siapa yang imitate siapa, cuba kau cakap. Aku beli legging, esok lusa anak kau beli jugak. Aku beli kasut, tiba-tiba esok anak kau beli jugak. Dahla brand sama, mujur design je lain. Sebab nanti obvious sangat kau imitate aku. Sampaikan aku tersilap beli maternity panties pun nak beli jugak ke sebab kau tengok benda tu kat ampaian. Sangatlah psiko anak kau itu wahai pakcik.

Cuba bagitahu sikit apa yang hebat sangat anak kau tu sampai aku nak dengki. Bab education, mintak mahap la ye, jauh sangat aku tinggal anak kau tu. Bab kerja, anak kau tu kuli jugak macam aku. Cuma anak kau tu berangan lebih sikit feeling-feeling officer besar. Bab pasangan, mintak mahap la aku nak mendengki kalau setakat bakal menantu kamu setakat SPM pun 7 dengan 8 je yang ada. See, aku taknak jadi shallow tapi kau yang tekan 'butang merah' itu.

So, sekarang ni siapa yang sebenarnya mendengki siapa? Aku atau anak kamu?Sudah-sudahlah hidup nak banding-bandingkan dengan org lain. Sebab kau sibuk nak banding-banding sgt diri kau dengan org lain la sampai sudah kau tak kemana. Kawan-kawan semua dah kemana-mana tapi kau kat situ jugak. Mungkin kau dulu sekolah dengan budak-budak pandai, tapi itu semua sejarah. Kalau nak cerita pasal dulu-dulu, aku pun boleh cerita UPSR aku 4A.

Orang tak tanya "kau dulu sekolah mana?", orang akan tanya "kau sekarang buat apa?".

p/s: Jangan nak salahkan sesiapa kalau sampai satu masa aku dah tak ada rasa hormat kat kau.

3 comments:

aliaaroslan said...

watak2 camtu la buatkan kita rasa bertambah2 menyampah kan..

Huda Ramlee said...

alia,
tahu takpe. tapi sebab kita ni Melayu penuh adab sopan terpaksala diamkan je

i.am.belle said...

huda!
kalau ada org suka tiru kita maknanya kita mmg best of the best :D yeah.