Monday, October 22

Barbie Fun Run 2018

Semalam ada running event kat Shah Alam

Barbie Fun Run 2018..

Recap jap. Terlibat dengan event running ni dari hujung tahun lepas lagi. Masa tu join Skechers Friendship Walk (tu ultimate la jalan sampai tercabut tapak kasut, melecet kaki puncanya salah route, salah pakai kasut dan salah pakai stokin. Hasilnya separuh kaki kulit melecet).

Tahun ni adalah masuk event running ni dua tiga kali. Tapi takat 5 kilometer jela pun. Itu pun jalan yang lebih.

Berbalik kepada cerita semalam, macam biasa sesudah subuh gerak ke Stadium Shah Alam. Shawal drop aku kat main gate. Selalunya memang aku sorang-sorang la join. Nak ajak dia, macam-macam la alasan bagi. Awal tahun hari tu jela dia follow aku event kat Sunway. Itupun aku register nama dia dalam diam.

Partner dah sampai kat starting point, sebelum event start adalah warm up session zumba sikit-sikit bagi panas badan.

Race kit dah ambil sehari sebelum event. Goodies lepas habis run baru boleh claim


Usual partner sis, kali ni menggedik sikit nak pakai prop bagai

Event kali tengok ramai je yang pakai extra accesorries. Mula-mula tu macam segan gak nak pakai headband ni, tapi tengok orang lain siap pakai tutu skirt dan sayap pari-pari lagi. Level-level makcik pun hado. Ramai jugak la parents bawak anak-anak. Dah kata fun run, pastu barbie pulak tu kan. So ala-ala family oriented event la ni. Tapi tunggu bila dah start event...





Bila dah start running, 90 percent dari route adalah kawasan berbukit. Hampir nak muntah jugaklah. Start dari stadium naik ke Bulatan Kayangan. Masa naik kat Bulatan Kayangan tu fikir owh oklah kot nanti dia turun menghala ke Aeon Mall tu.

Takde maknanya, sekali pusing ke kanan naik kat jalan berbukit nak ke Seksyen 9. Naik kereta cc kecik pun kau rasa memerah enjin tu, inikan pulak jalan kaki. Aku berapa kali berhenti nak hilangkan mengah. Padahal baru 2 kilo tu, rasa macam dah sepuluh kilo.

Most of the time, memang aku jalan je. Teruk sangat terasa berat badan ni, ngan nak mendaki bukit lagi. Masa Shah Alam Breakfast Run bulan 8 hari boleh la lagi lari dalam 2 km. Ni nak habiskan satu km pun semput.



Walaupun laluan agak mencabar, berjaya habiskan 5 km dengan bergaya.Hahaha..Alhamdulillah sepanjang terjebak dengan program lari-lari takdelah lagi collapsed ke muntah ke tengah-tengah jalan. Ada je yang badan saiz lagi kecik dari aku muntah pengsan semua tu. Yang penting air kena cukup, bagi aku lah. Sebab kali ni pun hampir-hampir la nak collapse sebenarnya, tapi sempat sampai check point minum air.

Dalam semua event yang join sebelum ni, medal ni paling lawa.

Goodies yang di claim selepas tamat larian

Kenapa join running event ni? Sebab suka nak kumpul medal, t shirt tu optional la. Yela, kalau dah bayar fees sah-sah la dapat tshirt kan. Lagi satu, mana tau dapat menang lucky draw. Tengok pada event organiser gak, macam SABR 2018 sebelum ni first lucky draw prize dapat kereta. Mau tak meloncat yang menang tu.

Lagi satu, kalau rajin join event-event macam ni memang akan jumpa muka-muka yang sama jela. Macam aku takdelah nak jadikan benda ni sebagai passion, cuma kadang-kadang bila dah stress dengan rutin harian benda-benda macam ni boleh buat release jap tension tu.

Time ni jugaklah baru nak merasa explore tempat-tempat baru. Kalau nak buat sorang-sorang tak terbuatnya.



No comments: