Tuesday, February 12

Bukit Panorama, Sungai Lembing



















06 Februari 2019
Start mendaki jam 6.30 pagi. Sampai puncak 7.40 pagi. 
Itupun dah nak surrender awalnya,padahal tinggal berapa meter je lagi.
Tapi orang lain yang lalu lalang bagi semangat kaw-kaw.
"sikit lagi kak, dah nak sampai tu".. (walaupun tak nampak-nampak puncaknya)

Anak buah dah sampai atas dulu. Dia nak turun aku habiskan mendaki..
Terpaksalah naik atas balik. Sampai je kat puncak, view dia MasyaAllah memang cantik sangat-sangat. Walaupun konon-konon asalnya nak kejarkan sunrise. 

Lepak-lepak kat atas kejap, ambik gambar jomlah turun bawah. Kalau rasa naik atas macam nak tercabut nyawa, cuba pulak turun tangga nak sampai ke bawah. Hilang kepala lutut..Hahahah. Lagi-lagi untuk orang bersaiz 'lori muatan berat macam aku ni'. Turun pun takleh laju-laju, silap sikit terus jahanam lutut. Turun la macam nenek-nenek satu step satu step sambil pegang railing.

Sebelum balik rumah, singgah breakfast jap. Sampai rumah, mandi-mandi sambung tido sampai zohor.

Sekian lah cerita aktiviti saya semasa cuti CNY.

PSA: Kalau nak hiking, standby air banyak-banyak jangan makan heavy2 sebelum mendaki, makan pisang seketul dah cukup. Kalau tak  nanti sesia membelahak. For first timer macam aku yang mendaki dalam keadaan gelap, korang akan rasa sedikit pening sebab pandangan adalah limited. 

No comments: