Sunday, October 4

My weekend at Kota Kinabalu part 1.

Assalamualaikum
Sekarang ni ada kat airport KK. Tengah tunggu gate bukak..
Macam mana boleh tiba-tiba sampai ke KK ni? Ini semua bos aku punya angkara. Pagi jumaat lepas attend ceramah kat akademi, tiba2 dalam pukul 11.00 bos aku call. Miscall la sebenarnya. Sampai 3 4 kali. Yela jarang org tua tu nak call aku byk2 kali. Kalau aku text dia pg pun petang baru nak reply.
Habis ceramah tu aku call la dia balik. Nak apa?? Ceh macam garang sangat dengan bos. Takdela cakap macam tu kan. Dia tanya aku boleh tak pegi sabah petang ni? Blur jap lat situ. Kena hantar barang kat pejabat sabah. Dia punya kelam kabut sampai berjangkit kat aku.
Aku lagi la kelam kabut. Ngan keje banyak tak setel lagi. Nak book flight hotel bagai. Ngan nak deal dengan staf sabah lg. Patutla sebelum tu ad sorang opismate ni tibe2 text aku nama ngan ic dia.
Ok, tarik napas slow2..kalau aku pun sama naik kelam kabut memang satu apa tak jadi. Lepas ceramah, balik opis setelkan mana keje yang patut. Book flight,hotel bagai. Dahla masa nak booking flight bergaduh dulu ngan staff admin. Main marah-marah lambat buat confirmation, padahal travel agent emel kat dia je itinerary. Memang meminta la..
Pagi-pagi smlm sebelum berlepas pun buat drama gak. Ngan sakit perut tiba-tiba datang. Sepanjang jalan dari rumah nak ke KLIA 2 3 kali berhenti memerut. Pastu kereta buat hal. Mujur selamat sampai.
Kat airport drama lagi. Aku takleh print boarding pas kat kiosk. Pegi kaunter staf MAS yang jaga kaunter kecoh-kecoh cakap ni pintu nak tutup dah. Mau tak menggelupur.
Memang amazing race la kat situ...
To be continued...

No comments: