Thursday, February 4

Avillion Admiral Cove, Port Dickson


Assalamualaikum

Selamat datang ke blog sendu hamba ini (kalau masih ada yang sudi baca). Last update Oktober 2015. Konon nak buat by part, feeling-feeling nak travelog. Takde maknanya, terbabas-babas dah ni.

Okey, sementara rajin dan sementara masih ingat jalan cerita. Marilah kita bercerita ye. Ni kisah hujung minggu yang lepas. Al-kisahnya macam ni, adik ipar abang Shawal (biras la kan) is getting married dengan orang PD. Dan family mertua abang Shawal memerlukan tempat untuk stay kat sana. Mungkin pernah cerita kot pasal lodge agensi tempat aku kerja. Agak-agak kalau nak cuti-cuti tepi pantai nak yang murah, mcm kitorang ni dapatlah rate murah. Satu malam, RM25.00 ikut gaji kakitangan. (orang luar pun boleh booking tapi mahal lagi lah). Itupun ada cas gst.

So, family belah sana pun gunakanlah privilege  yang kitorang dapat ni. Mula-mula nak book satu blok terus, tapi kalau dah jenis semua nak decide last minit tak dapat la booking satu blok. Dapat book few bilik je. Dan nak dijadikan cerita, orang yang buat tempahan (aku ngan Shawal la tu) kononnya perlu ada untuk confirmkan booking masa check-in. Yang ni dari dulu aku tak paham, padahal masa check in bukan ada bg IC ke, just sign nama je.

Bilik yang ada cukup-cukup untuk family belah sana katanya, sampaikan family Shawal sendiri kena tidur tempat lain. Abang Shawal book kat Primaland (sebelum ni namanya Tiara Beach Resort). Ni bukan nak jatuhkan mana-mana pihak, tapi seelok-eloknya elakkan la daripada stay kat sini kalau korang berholiday kat PD. Primaland ni konsep dia apartment yang dibeli oleh individu untuk disewakan. Pihak pengurusan yang akan uruskan. Kalau nasib baik dapatla korang apartment yang proper. Tapi abang ipar aku ni nasib dia jaranglah bernasib baik. Sewa apartment dua bilik dua bilik, tapi memang dapat apartment jela. Aircond pun dalam bilik je, yang dapat tido dalam bilik ok la. Yang kena tido luar, mau tak berdenting kepanasan. Dahla memang tengah musim panas sekarang. Kat PD lagi la berbahang. Lepas tu nak masuk waterpark dia, kena bayar lain plak. Semata-mata nak mandi kolam.

Bilik pun saiz cukup-cukup untuk letak katil je. 1st bedroom attached dengan bilik air. 2nd bedroom alahai, letak katil saiz queen bed pun dah penuh. Bilik air kat luar. Itu kalau sumbat aku Shawal kat mana kitorang nak bersiap (sebab selalunya memang aku yang akan mengalah).

Mula-mula memang nak duduk sekali je. Taknak la nak membuang duit macam tu je kan, pergi pun sebabkan untuk check in tu je semata-mata. Tapi bila google pasal Primaland ni banyak sangat komen negative dari yang positif, dan sebelum aku yang bad mood marilah kita cari tempat lain untuk stay. Keluar modal sikit pun takpela.

Seminggu sebelum tarikh kejadian, asyik la menggoogle hotel-hotel area Port Dickson yang dekat dengan rumah pengantin. Tiba-tiba hati berkenan kat Avillion Admiral Cove ni.

Kat PD, Avillion ni ada dua tempat. Satu Avillion je, yang ada waterchalet. Yang kitorang tido ni admiral cove, tempat orang-orang kaya parking bot ngan yatch.

Nak bagi tips sikit, kalau nak booking online jangan terus book melalui trivago ke, agoda ke,expedia ke. Sebab kadang-kadang kalau book terus melalui website hotel, korang boleh dapat harga yang sama murah atau lagi murah. Macam bilik yang aku tido ni, dapat rate RM266.00 nett (nett
sebab takde nak kena topup tax ke gst dan apa-apa cukai yang berkaitan). Harga asal bilik ni RM360, mmg jimat sangat-sangat la. (termasuk breakfast untuk 2 orang)

Mulanya nak book bilik yang paling murah, tapi kan minggu lepas  KL Isnin tu cuti Hari Wilayah memang tak dapat la. Semuanya sold out. Dah puas pikir puas google review guest yang penah datang situ, amik jela.

Hari Sabtu, check-in pukul 3 petang. Lobi mengadap laut,konsep open air tapi bila time cuaca macam sekarang ni memang berkuap la. Mujurlah staf kat kaunter reservation tu sangat-sangat efisien. Sebab apa aku cakap efisien, sebab masa kitorang nak check-in ada satu group dari company mana tah pun nak check in jugak. Huru-hara jugakla, tapi tak tunggu lama pun. Dalam 10 minit je kot pastu dah boleh masuk bilik.

Bilik premium. Ada 2 single bed/ king bed (upon request) dan 1 daybed. Bilik sangat spacious. Nak sumbat lagi 2-3 orang pun lepas.

Toilet pun luas, nak tido dalam toilet pun boleh. Tapi yang paling suka pintu nak masuk toilet ni ada cermin besar. satu badan boleh belek. Bilik ada pintu kaca tu tempat shower. Mana-mana hotel air memang sendu jela (tapi Harbour View Kuching puas hati, air shower macam mandi kat rumah)

Kesukaan kedua,tempat tea coffe maker ada sinki siap-siap. Tak payah nak masuk toilet nak jerang air. Bawah tu ada mini fridge.


View dari bilik kitorang, dapat tingkat atas sekali. No bilik 2809. Tapi panas sikit sebab mengadap matahari petang

Wardrobe. Iron dengan ironing board dah ada siap-siap dalam lemari tu. Dah tak payah request dengan housekeeping.

Toiletries. Semua ada , syampu, body wash, lotion, berus gigi, ubat gigi, cotton bud. Senang crite tak payah bawak dari rumah.

TV tu standard size hotel 32inci, tapi sebab bilik luas Nampak kecik je. Kesukaan ke-3, plug point merata-rata. Kat kepala katil pun ada, nak charge hp senang. Pastu takde nak berebut. Kalau tak silap nak dekat 10 kot plug point.

View kat dock lepas maghrib, nak feeling-feeling honeymoon. 




Tiga gambar last tu, hari esoknya lepas breakfast. Food spread dia biasa-biasa jela tapi banyak. (kalau bab food spread aku rasa Primula Beach Resort, Kuala Terengganu menang - untuk hotel yang aku pernah pegi la).Setakat nak repeat tiga empat kali makan tu takde masalah. Kitorang makan pun bertenang-tenang je sebab meja banyak. Guest pun tak stay lama sebab banyaknya yang datang dalam group, diorang je yang kena makan laju-laju.

Overall, puas hati stay kat sini. Kalau untuk honeymoon, nak release tension ke memang recommended sangat-sangat. Cuma bila balik tu je stress balik sebab jalan jam.



No comments: