Friday, April 10

Baru ingat nak cool down

Menjelang umur 30an ingat nak cool down lah. Malas nak merempan emosi tak tentu hala. Tapi ada je manusia-manusia sekeliling yang suka buat jantung ni macam nak meletup.

Nak ditegur diajar, dah tua bangka. Dah berbini, anak dah berderet. Karang kalau nak nasihat lebih-lebih sentap tujuh keturunan. Tapi takdela jugak usaha nak berubah tu. Berubah tu pun untuk diri sendiri jugak, org lain tak untung apa-apa pun kalau kau jadi lebih baik dari sekarang.

Kalau dibiarkan, macam tu jugaklah rupanya. Bab merungut pasal orang lain, semua nampak tak elok kat mata dia. Tapi yg bercakap tu lebih kurang sama je.

Taktau la sampai bila boleh bertahan. Orang lain hari jumaat hepi-hepi sebab esok cuti. Aku pagi-pagi dah panas hati.

Haihh laaa...

No comments: