Thursday, November 20

Nasi goreng atas nama cinta


Assalamualaikum..

Haha (belum pape gelak dulu).. nama resipi haruslah gempak walhal hakikatnya hanyalah nasi goreng kampung sahaja. Tapi ni version aku. Why atas nama cinta?? Sebab nasi goreng ni sekarang menjadi favourite Shawal. Jadi sementara dia tak muak dengan nasi goreng ni, so lets cook. (pakcik ni kegilaan makan dia bermusim, kalau time tengah suka ikan tongkol masak singgang memanjang la mintak lauk sama).

Bahan-bahan (portion untuk 2-3 orang makan, nasi 1 pot setengah)
* 6 ulas bawang merah
* 6 ulas bawang putih
* 15 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yang korang nak)
* segenggam ikan bilis, rendam dan bilas dulu (ni pun ikut selera tekak korang)

*Tumbuk semua bahan sampai lumat, kalau nak blend pun boleh tapi nanti rasa tak cukup kick.
*Panaskan minyak
*Tumis bahan-bahan sampai naik bau
*Masukkan nasi, gaul sebati
*Tabur garam secukup rasa
*Sebelum tutup api, pecahkan 2 biji telur dan gaul lagi sampai betul-betul mesra telur dengan nasi.

Taraaa..dah pun siap. Tak sampai setengah jam pun masak. Tapi nak menumbuk bahan-bahan tu memang makan masa. Takpe bagus untuk kesihatan, exercise skit.

Selamat menjamu selera.


No comments: