Monday, August 1

Ramadhan 2011

Ramadhan menjelma lagi. Semoga aku diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menempuhi Ramadhan ini.

*Amin*

Ramadhan kali ni agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebabnya kitorang dah pindah rumah, dah tak duduk dengan in laws lagi. Maknanya kali ini semua tugas-tugas di dapur 100% goes to me. tapi alhamdulillah, takde la rasa kekok sebab pernah pengalaman duduk rumah sewa dulu masakkan sahur untuk sepuluh mulut. Pukul 4 pagi dah bangun bersilat kat dapur.

Lepas tu sekarang kena travel dari Kota Damansara. Time pergi takde masalah sangat. Tapi bila balik tu, nauzubillah dengan lautan manusia dalam komuter yang bermacam-macam bau. Harap-harap aku tak muntah dalam komuter. Laluan aku sekarang Sungai Buloh-KL Sentral-Ampang Park-Opis. Tapi kali ni tak sakit hati sangat. Yela, dah duduk jauh kenalah keluar awal kan. Berbanding 3 tahun sebelum ni, rumah dengan opis orang dulu-dulu cakap sepelaung tapi keluar macam aku duduk Seremban.

Noted : Berharap sangat KTM dapat improvise servis diorang.

Itu je nak cerita, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA

3 comments:

Siti Syawal said...

salam ramadhan.. =)

http://semanisbertudung.blogspot.com

lavidalabelle said...

hari jumaat boleh jumpa di KL Sentral okay ;D

Huda Ramlee said...

belle,
jeritlah namaku..kehkehkeh