Wednesday, July 20

entri 3 tahun

Semalam adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke 3. See how the the time fly? Dan tiba-tiba terus terasa diri ini sangat tua. Dulu rasa tua sikit sebab umur 22 dah kahwin sedangkan masa tu kawan-kawan lain tengah beronggeng rokiah lagi. Kali ini lagi terasa bertambah-tambah tua sebab kawan-kawan yang beronggeng rokiah dulu pun semua dah nak kahwin (aku memang, sikit-sikit rasa tua).

Bukan nak cerita pasal dinner apa dapat hadiah apa semalam. A card is just enough, itupun Shawal curi trick aku, sorok bawah bantal. Cubalah sorok kat tempat lain, kat celah lipatan spender ke at least by the time nak pakai spender terus rasa teruja sebab dapat card kan? hahaha...

Macam anak kecil yang baru belajar mengenal huruf, same thing goes to marriage. Tempoh 3 tahun belum cukup untuk aku cakap aku dah kenal dan faham sepenuhnya Sahwal. Sebab tu orang cakap bercinta bertahun-tahun pun belum tentu dah kenal A-Z siapa pasangan kita.

Tentang anak, bukan urusan aku. Usaha ada rezeki je belum tiba. Semoga usia 3 ni tak ada lagi soalan-mintak-penampar-dari-aku.

Semoga rasa cinta antara aku dengan dia semakin mekar dan terus kekal walaupun masing-masing sudah kedut kulitnya.


2 comments:

SueGinola said...

Nurul&Shawal...Happy Anniversary....
Semoga korang sentiasa muahx muahxsss selalu....^_^

i.am.belle said...

wish you all the best all the way all your life. love love love