Friday, April 22

Malam jumaat

Malam semalam lepaking dengan classmate aku masa kat poli kt food court belakang jj AU2. Mula-mula borak-borak kosong, story pasal opis masing-masing, gosip-gosip pasal budak-budak kelas. Ntah macam mana termasuk tajuk mistik-mistik ni. Boleh eh borak pasal benda tu je sampai pukul 12 tgh malam. Pakcik tu dah kemas-kemas meja lain kitorang tak gerak lagi.

Tapi kawan aku ni memang ada ability untuk nampak benda-benda luar biasa ni. So, dia cerita la zaman-zaman dia kat Terendak. Cerita dia memang terbaik dari ladang la. Standard la kalau duduk asrama kan. Even aku dulu masa sekolah kat Muadzam masuk-masuk je terus kena kacau. Siap nak buat kawan pulak tu. Tu ok la kat Muadzam, kat ceruk hutan. Masa aku masuk poli Shah Alam sama jugak kena. Tu punca mulut roomate aku macam lahanat, habis kitorang satu bilik kena.

Berbalik pada kawan aku ni, semua story-story dia mmg tahap meremang bulu roma. Dia cerita masa kat Terendak (kalau dia kelentong aku tak tau la), dia ngan kawan dia curi2 smoke kat hujung blok. Sekali tengah sedap layan, tiba-tiba nampak Mr.P melintas. Dah agak-agak benda tu macam jauh je, masing2 bukak la mulut 'ko nampak apa yang aku nampak'. Dan yg paling best, benda tu dah kuar pagar boleh patah balik. Kawan aku boleh lak ckp agaknya dia perasan budak-budak ni tengah cakap pasal dia. Perh, boleh eh nak patah balik macam tu. Tapi diorang cool lagi, habiskan rokok dulu (sayang woo rokok kalau nak buang, susah kot nak dapat). Cool tak cool, menggigil jugakla tangan nak ngabiskan rokok tu. Diorang bangun slow-slow, mcm takde pape.
Tips dari kawan aku : kalau terserempak dengan makhluk ni, cuba setenang yang mungkin. Situation macam kena kejar anjing, kalau cabut confirm kena kejar kaw2.
Jalan balik ke bilik pun macam takde pape je. Tapi masa tu, dia cakap bau toksah cerita la, macam-macam bau ada. Sudahnya dah dekat-dekat bilik pakat bersepah sekor-sekor lari. Kalau aku, mau terkencing terberak kat situ jugak kan.

Lagi satu kes, pun pasal curi-curi smoke gak (tu la, buat salah kan dah kena). Dia ngan kawan-kawan hisap rokok kat lereng bukit dekat sekolah dia. Dia duduk paling atas dan paling last. So, dia dah kira siap-siap la brape orang ada. Pastu boleh pulak ada sorang kawan ni terlebih rajin nak kira balik. Budak-budak lain dah bising tak bagi kira. Tapi budak tu kira jugak. Katakan la masa tu diorang ada sepuluh orang, sekali yang tukang kira ni kira terlebih sorang, maknanya belakang kawan aku ada satu lagi. Apa lagi, kawan aku dah terdiam. Pelan2 dia tepuk member kt depan dia ajak blah dari situ. On the way balik ke bilik, yg tukang kira tadi boleh pulak nak konfius apsal tiba-tiba nak balik. Apa lagi, kawan aku cepuk kepala dia. Mujur kawan aku tu tak kena tepuk, kalau tak mau bergolek-golek dia sampai ke bawah (ni dia la yang cakap).


Sebab dia cakap kat sekolah dia ada history nya sendiri. Kononnya masa zaman super senior dia dulu ada kes ragging sampai budak yang kena ragging tu meninggal. Tapi diorang tak report dan tindakan bijak sorok mayat bawah katil. Sampailah cleaner yg jumpa sebab dah naik bau. Since that, ada beberapa bilik yang mmg tak dibukak langsung. Sahih atau tak cerita ni, wallahualam.

Teringat ustazah aku pernah cakap, "benda ni makhluk tuhan jugak, kalau awak takut dengan dia, silap-silap dia pun takut dengan awak sebab kita datang dari dunia yang berbeza".Janganlah terlalu takut dan jangan lah terlalu berani. Paling penting, yakin Allah itu ada dan Dialah yang Maha Berkuasa. Insyaallah takde pape.

No comments: