Tuesday, May 24

gelak khas

Rasanya sape-sape subcriber awal pakej Astro Mustika mungkin tau kot pebenda 'gelak khas' ni. Aku terjumpa ni pun kat youtube. Sumpah, memang tahap boleh terkencing dalam seluar kalau tengok. Mostly lawak-lawak yang diorang buat kebanyakannya spontan. Lagi-lagi si Jepp, ada je point dia nak kenakan Man Belon. Tak caya tengok ni.


Macam si Man Belon ni, masa kat dalam Raja Lawak macam menyampah2 sikit ngan dia. Sebab kayu (eleh, pandai kau mengata orang). Tapi bila tengok dalam sitkom ni dah improve la. Sama gak macam Sepah, masa dalam Raja Lawak dulu kan lawak diorang banyak kasar ngan double meaning. Tapi lepas kena sound dengan Fauziah Nawi kan dah kurang sikit.

So, kalau korang tengah-tengah tension boleh la nak layan sitkom ni kasi tenang sikit hati. Tapi pastikan dah buang air siap-siap...

1 comment:

i.am.belle said...

baca tajuk pun dah tergelak.

GELAK GELAK KHAS xD