Saturday, June 26

.: Kuala Lumpur bukan duniaku :.

tajuk entri tak menahan, macam nak buat buat filem lak kan? tapi itulah hakikat, Kuala Lumpur dan jiwa aku memang tak serasi. biarlah org lain berbangga-bangga dpt duduk Kuala Lumpur, tapi tidak buat saya oke..

bagi aku Kuala Lumpur hanya lah sebuah kota yang sakit.pagi-pagi jalan dah jem.nak pergi tempat kerja aku yang sekangkang kera tu pun nak kena keluar awal-awal untuk elak daripada mengalami tekanan di atas jalan raya [makluman: aku keluar dari rumah pukul 6.45 dan punch card pukul 7.00]. kalau bulan puasa lagi sakit jiwa bila time balik. padahal dah keluar 4.30 tapi atas dan berduyun-duyun kereta [korang bulan puasa balik pukul berapa ni?]. dan condition jalan sangat la macam haram, jalan kat kampung aku lagi cantik. lubang sana sini, itupun kalau yang bertampal kalau tak sebesar-besar alam la kau kat situ. kalau tampal pun macam simen tumpah. sakit la tulang aku hari-hari lalu jalan macam tu.

bab sewa rumah, kalau setakat bajet 3-4 ratus sila jangan bermimpi untuk menyewa sebuah rumah. dapat bilik je la jawabnya. rumah flat yang design ala kotak mancis dekat wangsa maju tu pun sewa sahaja dah cecah 6-7 ratus. lebih-lebih lagi kalau kawasan rumah dekat dengan kemudahan awam. confirm makin melambung.

kat Kuala Lumpur ni memang banyak public transport. tapi cuba korang tengok sape yang memonopoli semua tu? foreigner weyh, kalau metrobus tu lagi la, sampai ke driver ngan konduktur dia pun indon yang conquer.dan sekarang dah berjangkit ke RapidKL plak. kalau aku naik tren penuhla dengan makcik-makcik cleaner yang dressup macam nak pi kenduri. dah la takde adab sopan. aku nak lalu pun tanak bagi laluan. aku rempuh jela, padan muka kau!

*tiba-tiba takde idea nak sambung tulis*

sebab tu aku rasa memang jiwa aku tak boleh serasi dengan Kuala Lumpur ni. lepas habis degree ni memang kena wajib pindah Kuantan. kalau suami aku tak nak ikut pun aku tak kesah [anak jati Kuala Lumpur, mana betah duduk kampung lama-lama ni.] lagipun kesian mak aku duduk sorang-sorang. kalau tak kerana komitmen aku pada belajar, memang aku dah pindah lepas arwah ayah aku meninggal.sekarang ni kena sabar-sabarkan jela.

p/s: kenapa la budak-budak kampung teruja sangat bila dapat kerja kat KL ni. aku pun asal kampung gak.

2 comments:

Tijah said...

kolumpo ni best datang sekali skala je kan? mak aku dah ajak cr baju/tudung raya kat jln TAR dah tu. adoi. becinta la nak masok situ.

Huda Ramlee said...

tijah,
u're right bebeh..hahaha, jauh sazah nak shopping.ni lagi2 dah nak time2 nak dekat puasa raya..men laga2 buntut r jawabnya hihihi