Tuesday, June 22

.: dah tak sama :.

tak lama lagi dh nak raya.puasa pun aku dah selamat ganti. kalau tak memang berganda la jawabnya. aku ni dahla jenis liat bab-bab nak mengganti ni.

baju raya pun dah selamat tempah dekat mak ielah. siap-siap design bagai ( 2 pasang oke) baru je RM50++. kalau kat KL ni takde maknenya nak dapat harga macam tu. cina kat kedai depan tu pun jahit kosong (xde tikam leher) pun dah RM80. alang-alang aku balik kampung bulan lepas aku tempah siap-siap. lagipun dah lama tak rasa air tangan mak ielah heh..

tapi, raya tahun ni memang takkan sama macam dulu-dulu.aku dah tak dapat nak salam cium tangan bapak. kalau dulu aku beraya ngan mak ayah aku dulu, makan borak sama-sama. tapi tahun ni destinasi pertama adalah pergi ke kubur dulu (insyaallah).

dulu, kalau bulan puasa anak-anak buah aku mula menggila main bunga api dan segala mercun kat depan rumah. arwah bapak la terjerit-jerit marahkan cucu-cucunya. tapi tahun ni dah takde. petang-petang sebelum berbuka mak aku akan sibuk kejar ayam halau ke dalam reban. masa tu, walau dah tak larat bangun, arwah tetap membebel marahkan mak aku sebab takut malam karang mak aku kena semput.

arwah  mula terlantar selepas kenduri kahwin aku. dua bulan lepas kenduri, mak bagitau arwah terjatuh dalam bilik air.dan sejak hari tu, arwah terlantar terbaring sampailah akhir hayat dia.pernah semasa hayat arwah aku janji ngan arwah aku nak belikan kerusi roda. petang-petang boleh la dia duduk-duduk depan pintu ambil angin. tapi janji aku tak tertunai. dan sampai sekarang aku rasa ralat sangat-sangat. sampaikan kalau nampak kerusi roda kat farmasi, aku rasa sebak gila.

dan raya tahun ni takkan sama macam dulu.

2 comments:

lavidalabelle said...

ada jugak aku rasa ralat dgn arwah nenek.

tp takpelah, kita doa untuk arwah. itu adalah hadiah yg paling berharga sekali dunia dan akhirat :)

Huda Ramlee said...

belle,
amin..mudah2an roh nya dipermudahkan kat sana..