Saturday, April 17

.: owhhh...PTPTPu... :.

Saya merupakan salah seorang daripada ratusan ribu pelajar yang menggunakan khidmat PTPTN untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan pengajian saya. Tapi sebagai pelajar separuh masa, saya terpaksa menguruskan proses permohonan sendiri tanpa dibantu oleh pegawai atau wakil daripada PTPTN yang selalunya akan mengutip dan membantu membuat semakan dokumen bagi pelajar sepenuh masa.


Permohonan saya telah dihantar pada 28 Januari 2010 dan telah diluluskan. Saya dikehendaki melengkapkan dokumen perjanjian bagi membolehkan bayaran dibuat. Namun, dokumen saya tersebut dipulangkan semula kerana setem hasil dalam dokumen tersebut telah dimatikan oleh pesuruhjaya sumpah. Kali ini, pihak PTPTN menyatakan setem hasil tersebut hanya pihak PTPTN yang boleh matikan. Apa yang menghairankan saya, mengikut panduan pengisian dokumen yang saya muat turun daripada laman web PTPTN mengatakan saya perlu matikan sendiri setem hasil tersebut. Mana satu arahan yang betul?

Selesai masalah setem, masalah lain pula yang timbul. Dokumen saya dipulangkan semula. Mereka menyatakan salinan dokumen sokongan saya tidak boleh disahkan oleh Guru Penolong Kanan dan hanya Guru Besar atau Pengetua sahaja yang boleh mengesahkannya. Semakin saya tidak faham, kenapa semasa kali pertama dokumen saya dipulangkan tidak dinyatakan pula saya perlu mendapatkan pengesahan yang baru. Kenapa perlu melakukan dua kali kerja?

Sudahlah begitu, dokumen yang perlu diperbetulkan dipos ke alamat tetap saya di Kuantan sedangkan sudah terang alamat surat menyurat (Kuala Lumpur) dan alamat tetap saya berbeza di dalam borang permohonan yang sememangnya disertakan sekali bersama dokumen perjanjian pinjaman. Alasan pihak yang menjawab panggilan saya, saya tidak menyatakan alamat surat menyurat dalam borang itu sedangkan bukti yang ada memang jelas. Ataupun kakitangan PTPTN yang menjalankan tugas tidak tahu membezakan antara alamat tetap dan alamat surat menyurat.


~klik imej untuk lebih jelas~
#kalau suruh budak darjah satu baca pun diorang pandai bezakan#

Membuat panggilan ke PTPTN seperti menunggu buah tidak jatuh. Dari pagi sampai ke petang belum tentu panggilan dapat disambungkan. Silap-silap esok hari baru dapat bercakap dengan orang yang dikehendaki.

Janganlah ketika mengutip bayaran balik sahaja pihak PTPTN begitu konsisten dan efisyen melaksanakan tanggungjawab. Belum sempat mendapatkan apa-apa pekerjaan, surat tuntutan bayaran sudah sampai ke tangan. Lambat sedikit bayaran dijelaskan, surat peguam pula menyusul . Kalau bernasib baik, dapat pula surat peringatan senarai hitam ke luar negara.

#aku copy paste trus dari aduan online yang aku forward kat PTPTN..tgkla kalau aku rajin, aku forward kan plak ke mane-mane surat kabor yang ada kat mesia nih#

#yang aku geram pmpuan yang handle agreement aku nih, ble betau die takde inform seblum ni dia jwb ''eh, kita dh inform dh tulis dlm memo yng hantar seblum ni''..agak-agak kalau aku sumbat memo yg dia bg tuh dlm mulut dia ok tak..#

4 comments:

Tijah said...

kannn? kalu akak tu kat private sector dah lama kena buang tu..

Huda Ramlee said...

kak jah,
sbb tuh die x mrase msuk private sector..
Xpn die tuh ske sgt wat keje 2 3 kali.nmpk bz sket..

i.am.belle said...

nampak sgt dia tu kerja malas, sambil lewa dan tak amanah. yg panggilan tak berjawab tu selalu je kena bila call badan2 kerajaan atau semi-govt :(

Huda Ramlee said...

belle,
setuju sgt walaupun aku keje govt..
kdg2 malu seh nak ngaku keje govt..sbb org dh cop GOVT SERVANT=PEMALAS+LMBT WAT KEJE.

p/s; kerna hansuang cmnila yg lain-lain pun kna cop sme..