Wednesday, April 21

.: selamat tapi tak selamat :.

tengah hari tadi, lepas lunch baca paper...

"Perkosa rakan dalam kelas"
2010/04/21 RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah.
Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.
Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas.
Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.
“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu hanya dibuat mangsa enam hari selepas kejadian dengan ditemani kakitangan rumah kebajikan berkenaan di Balai Polis Rawang.
“Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum ke sekolah mangsa kira-kira jam 2 petang, kelmarin.
“Polis menahan pelajar lelaki terbabit yang berada dalam kelas. Pelajar terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, mangsa turut dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan dia diperkosa.
“Kes terbabit kini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah memperkosa,’ katanya.

sumber dari sini

memang aku rasa nak tercekik baca artikel ni.meletakkan diri aku ketika usia 14 tahun, aku rasa memang tak tahu apa-apa lagi..nak bercakap pasal seks memang geli tekak..tapi budak-budak sekarang, tersangat la ADVANCED..mungkin sebab sumber-sumber yang tak sepatutnya terlalu mudah diperoleh.

tengok la masing-masing handphone canggih manggih.kat rumah aku rasa majoriti ada komputer, dalam bilik sendiri pulak tuh.kawalan pun takde..aku rasa membesarkan anak-anak zaman hi-tech lagi berganda-ganda cabarannya.
 
and sometimes technology only bring disaster..

#kat sekolah pun dah tak selamat# (menung panjang.....)

No comments: