Thursday, July 3

Rutin puasa tahun ni.

Assalamualaikum.

Diam tak diam dah masuk hari ke-5 puasa. Alhamdulillah masih boleh berpuasa secara konsisten. Sebenarnya mmg tengah menunggu bendera merah yang belum kunjung tiba ni.

Masuk hari ke-5 ni jugak aku masih tak masak-masak. Masak pun sekadar masak nasi hihi.Semua main beli kat bazar je. Bazar pulak depan rumah je, senang cerita. Sebelum naik rumah, singgah beli kuih dulu. Kalau nak masak pun, buat penat je. Makan berdua je pun, balik beli. Shawal beli apa dia nak, aku beli apa aku nak. Nafsu membeli pun takdela macam tahun-tahun sudah. Membeli kalau boleh ngan payung meja kat bazar pun nak angkut sekali. Setakat ni, masih berjaya mengawal nafsu. Nak makan beria sangat pun tak larat. Dapat air makan kuih 2 3 ketul pun dah rasa penuh perut. Lepas tu kitorang beli la pape yang berat sikit.

Sahur pun setakat ni tak penah miss nasi. Tu yang pelik, sebab sebelum2 ni aku tak heran pun nak makan nasi, tapi kali ni memang nak cari nasi. Makan pulak ngan sambal hitam yang tengah famous kat mana-mana sekarang ni, terus buntang mata pagi2. Goreng ikan gelama masin subuh-subuh hari memang 1 blok bau. Selalunya nasi aku masak siap2 malam. Esok bangun tinggal panaskan balik lepas tu goreng la ikan ke telur ke.

Semalam je tak sempat sahur, dah bangun pukul 4.30 tapi rasa macam awal sangat. Konon nak tido la 10 minit lagi. Takde maknanye, sedar-sedar dah dekat masuk imsak. Dapat minum air je. Hari ni pulak pagi-pagi dah jadi buaya. Semalam pukul 1 bari tido. 4.30 dah bangun, ni memang rabak la mata.

Semoga dapat bertahan sampai pukul kang.

No comments: