Monday, July 14

Ber'iftar' di Denai Alam Recreation and Riding Club, DARC


Assalamualaikum

Apa barang guna perkataan berbuka puasa? Haruslah guna perkataan trending sekarang ni #iftar haha. 

Sabtu lepas, 12 Julai 2014 ex-classmate masa poli ajak buat gathering. Mula-mula plan dekat laman kayangan, tapi macam tak dapat sambutan sebab agak mahal la RM56++ per head tak silap, pastu ada sorang lagi ni suggest buat kat Denai Alam Recreation and Riding Club.

Untuk dewasa, RM29.90 dan kanak-kanak hingga 12 tahun RM14.00. Komen, puas hati. Sebab buffet spread dia sangatla banyak. Kira terlebih berbaloi dengan harga. Dan untuk peminat-peminat kambing, korang boleh dapat kambing bbq yang sangat lembut dagingnya kat sini. Mula-mula ingat takde kambing, yela selalunya buffet Ramadhan ni kalau harga 50++ baru dapat kambing. Tak jangka la buffet spread dia ada kambing sekali. Ikan bakar pun ada.

Konsep dia kat kat sini western + local cuisine. Lauk-lauk melayu pun ada. Kalau yang goreng-goreng dia akan akan goreng on the spot. Bila habis baru top-up, maknanya korang akan dapat makanan yang panas-panas lagi. 

Dan yang unik kat sini, lepas buka puasa korang boleh join aktiviti memanah or menunggang kuda. Semua all in dalam harga tu. Mula-mula teringin jugak nak join aktiviti memanah tapi tengok macam ramai je yang beratur, takpela abaikan jela.

Dahla nak cerita panjang-panjang pun tak reti. Tengok jela gambar ni.













Boleh request group photo kat official photographer DARC. Kalau tak silap ada 2 -3 orang photographer diorang






Gerai yang non-stop orang beratur. Kambing....









kredit to : official photog DARC Shah Alam.

Sape-sape yang tiba-tiba nak tukar environment buka puasa boleh contact nombor kat bawah ni. Last buffet diorang kalau tak silap 25 Julai 2014.

No.1, Jalan Elektron U16/100, 
Seksyen 16 Denai Alam Shah Alam, Malaysia, 40160 Shah Alam, Malaysia

Nak ke sini, tak susah. Kalau ikut Guthrie, korang amik exit Bukit Subang/Denai Alam. Masuk kawasan denai alam signboard ke DARC ni mmg dah ada. Follow je signboard. Sesiapa dari KL pulak, boleh guna jalan alternatif Federal Highway keluar kat Batu 3 Shah Alam, atau ikut PLUS menghala selatan keluar kat Kota Damansara atau Subang. Apa susah waze kan ada..




3 comments:

nurulhuda husin said...

Assalam.nk tye surau dia besar tk?

Huda Ramlee said...

Wassalam. Tak pasti sebab masa tu tengah cuti..

hazrul azrul said...

Mmg best tempah ni,klw ada masa lapanh nak pegi lagi.surau dia besar juga.