Thursday, November 28

Yeayyy..dah balik

Finally, masuk opis jugak akhirnya. Setelah 8 hari kutinggalkan ia. Dalam sejarah, tempoh paling lama aku tak masuk opis. Dan dalam sejarah jugak tgh berkursus masih reply emel pasal kerja. Wah bunyi mcm efisien sgt.

Last week ke Primula Beach Resort sebab attend Kursus Perolehan kat sana. 5 hari 4 malam sampai naik lebam. Dahla 2 hari pertama kursus hujan non stop. Nak buat apa pun tak boleh. Lagipun partner sekepala takde, pergerakan terbatas la sikit.

Kat sini, aku dpt bilik kat tingkat 11. View half laut half town. Ok la. Tp scenery tak berapa nak cantik mungkin sebab cuaca hujan so air laut pun nampak keruh je. Keadaan bilik sangat ok dan luas. Cuma pintu bilik tak berapa nak sound proof. Jadi boleh dengar orang berjalan kat hallway. Bilik yang kitorang dapat adalah joint room bila pintu tak berapa nak tebal maka boleh dengar apa orang sebelah cakap. 

Food kat sini, antara 1 - 10 aku bagi 8. Banyak variety. Nampak sangat kuat makan review pun terus cerita pasal makan.

Bilik pulak, aku bagi 7 markah. Kemudahan semua ada. Hair dryer, mini bar dan yang sewaktu dengannya. Tapi yang best iron dgn iron board mmg dah sedia ada dalam bilik. Tak perlulah nak call housekeeping. Sebab kebanyakan hotel iron dgn iron board ni upon request kan.

Lepas kursus, petang Jumaat pi berjalan ke Pasar Payang. Betulla Kak Sue cakap orang Terengganu kalau berniaga kedekut sikit nak tawar menawar ni. Walaupun beli dalam kuantiti yang banyak.

Lagi satu kalau makan kat gerai-gerai bersedialah nak membayar. Harga agak mencekik. Walaupun hanya makan nasi kosong ayam goreng air sirap anda akan dikenakan cas RM 7.00.

Tapi ada something yang menarik aku jumpa kat Terengganu. Kalau masuk public toilet kita kena tukar kasut dan gunakan selipar yang diorang sediakan. Bagus jugak macam tu paling takdela lantai tandas tu kepam je. Mungkin sebab tahun ni tahun melawat Terengganu so kebersihan tandas jadi priority. Aku pernah masuk tandas awam berbayar yang condition lagi teruk dari rumah tinggal.
Ok habis pasal Terengganu. Nak cerita pasal Primula pun tak berapa semangat sebab biasa-biasa je. Haha keji..

Next, Isnin sampai Rabu (semalam la tu) aku jadi urus yang tak berapa setia untuk kursus unit aku. Kitorang buat kat Legend Cherating Resort. Alhamdulillah sepanjang 3 hari elok je cuaca cerah.

Peserta pulak majoriti opis mate jadi istilah kekok memang takdelah jawabnya. Sampai Cherating pukul 2. Kena tunggu jap sebab housekeeping tak siap kemas bilik. Pukul 3 baru dapat check in. Menitik-nitik jugak peluh sementara nak dapat kunci. Cuaca boleh tahan. Kat sini konsep lebih kepada open air. Lobby pun diorang pasang kipas je. Tu yang laju-laju cari kipas kat lobby.

Bilik aku no. 250. Agak-agak kalau rasa nak view best sila la booking bilik ni. Dan verandah dia sangat luas. Siap boleh main teng-teng. Bilik kitorang dekat corner jadi ruang kosong kat tepi terus dia jadikan verandah. Aku nak cerita pun tak reti. Kat sini cuaca punya panas aku sempat basuh dan keringkan baju. View pulak memang best. Bukak sliding terus nampak pantai. Jarak antara resort dengan pantai kalau tak silap dalam 100 meter je kot.
Panas-panas pun kat sini bila pukul 3 dah start redup pastu berangin je. Bila dah kena macam tu mmg layu la mata. Kelmarin masa tunggu peserta siapkan aktiviti explorace aku mata dah kecik2 kat tepi swimming pool sorang-sorang. Kena pulak angin sepoi-sepoi bahasa.

Kat sini makanan janganlah expect lebih. Food dia biasa-biasa je. Tak banyak variety. Tapi takdela tak sedap melampau. Aku suka kari ayam dia. Very thick tapi terlalu berlemak. Cicah ngan roti memang layan.

Kat sini fokus diorang mungkin lebih kepada nak rehat-rehat tenangkan fikiran. Kalau pasangan baru
kahwin nak honeymoon I totally recommend this place.

Kalau nak buat aktiviti luar pun pihak resort ada sediakan. Antaranya ATV ride. Paintball pun ada. Budak-budak ni merasa la main 3 game. Dengan pakcik-pakcik pun join sekali. Aku kalau tak nak join jugak tapi apakan daya I kan urus setia. Terpaksa la duduk tepi jaga bag. Sobs..

Overall view aku dah jatuh cinta dengan Legend. Hahaha..ayat poyoss. Cuma...ada cuma..toilet kat sini takde paip. Tolak satu markah..yang lain-lain sangat puas hati. Dari front counter sampailah room service mmg tip top. Staf pun senyum je.
Gambar ada tapi malas nak upload. Boleh macam tu..upload sikit je la, buat syarat

Thursday, November 14

Holiday free

Siapkan mana-mana keje adhoc yang ada kat opis. Sampaikan apa-apa pesanan yg patut kat office mate. Bilik takmo bersepah.

Next week 18 - 27 saya holiday (free pulak tu).  Hurray!!! Taklah, sebenarnya aku kena attend kursus. Berturut-turut. Tapi memandangkan venue kursus kali ni semua kat tepi pantai so kita anggap lah pi bercuti ye dak..

18hb sampai 23hb ada kat Primula Beach Resort. HR hantar kursus kat sana. Sabtu balik Ahad rehat-rehat pack baju lain esoknya bertolak ke Cherating pulak. Yang ni kursus anjuran unit aku. Tak berkaitan dgn bidang tugas pun, tapi bos dah ajak. Kita ikut jela. Rezeki tak baik tolak kan.

Merasa jugaklah pi kursus kat luar ni. Kalau tak dulu kursus ke seminar memanjanglah kat akademi kitorang ni. Bajet HR banyak lagi agaknya. Tu buat kursus hujung tahun ni semua nak kat resort-resort je.

Friday, November 1

Bila dah tak sama macam dulu.

Assalamualaikum.

Hari ni dah masuk 1 November 2013. Kejap je. Nanti pejam celik dah masuk 2014. Umur pun dah makin bertambah. Diam tak diam dah masuk tujuh bulan aku kat unit baru. Alhamdulillah makin boleh adapt dengan persekitaran dengan perangai rakan-rakan sekerja yang majoritinya memang lelaki.

Dalam dua minggu ni memangla sangat sibuk. Lagi lagi lepas Bajet 2014 dibentangkan. Nak kena kira berapa balance peruntukan yang ada lah, nak mintak bajet baru lah. Nak habiskan bajet tahun ni lah.Dengan audit masuk lagi. Huh, pening-pening. Dahla semua first time buat. Tiba-tiba datang sedebuk kat kepala. Mau tak huru hara hidup aku ni.

Tapi mesti pelik, aku kan kerani je. Kenapa kerja kalah pegawai. Tapi itulah hakikatnya. Dari bancuh air sampailah kena fikir pasal perbelanjaan unit, tu semua masuk dalam skop bidang kerja. Sebabnya pegawai kat tempat aku seorang je. Pekerja pentadbiran ada 3 orang, 2 kat opis kat KL. Tinggal lah aku sorang-sorang kat Subang Bestari ni.

Time makan pun dah tak tentu, beli sarapan awal-awal pagi pun sudahnya pukul 11 baru makan. Pukul 1 org keluar makan aku sibuk tekan-tekan keyboard komputer lagi. Budak-budak penguatkuasa pun sama. Diorang lagi la, outstation tiga empat hari. Bila balik menimbun-nimbun report nak kena buat. Sudahnya keluar makan time orang dah masuk pejabat. Punch out pukul 5 adalah perkara ajaib sejak aku pindah ke Subang Bestari ni. Pendek kata, kami kat sini tak macam pegawai kerajaan biasa. Kami pegawai kerajaan luar biasa. Kat tempat aku jugaklah dapat tengok staf gomen buat kerja sampai malam buta. Jarang-jarang nak jumpa.

Dulu masa kat library hadaplah kerja yang sama sampai naik lemau. Tak sabar nak pukul 5. Kat sini nak cakap boring kerja pun tak sempat. Kalau boleh nak freeze jam jangan oukul 5. Ada je benda baru nak kena buat. Paling latest nak kena arrange kursus budak-budak penguatkuasa. Tapi merasa pi holiday free sekali hihi..

Buat kawan-kawan lama, janganlah merajuk kalau saya jarang tegur. Bukan lupa tapi masa dah tak macam dulu. Tunggu lepas audit setel, kita keluar makan sama-sama.