Thursday, November 28

Yeayyy..dah balik

Finally, masuk opis jugak akhirnya. Setelah 8 hari kutinggalkan ia. Dalam sejarah, tempoh paling lama aku tak masuk opis. Dan dalam sejarah jugak tgh berkursus masih reply emel pasal kerja. Wah bunyi mcm efisien sgt.

Last week ke Primula Beach Resort sebab attend Kursus Perolehan kat sana. 5 hari 4 malam sampai naik lebam. Dahla 2 hari pertama kursus hujan non stop. Nak buat apa pun tak boleh. Lagipun partner sekepala takde, pergerakan terbatas la sikit.

Kat sini, aku dpt bilik kat tingkat 11. View half laut half town. Ok la. Tp scenery tak berapa nak cantik mungkin sebab cuaca hujan so air laut pun nampak keruh je. Keadaan bilik sangat ok dan luas. Cuma pintu bilik tak berapa nak sound proof. Jadi boleh dengar orang berjalan kat hallway. Bilik yang kitorang dapat adalah joint room bila pintu tak berapa nak tebal maka boleh dengar apa orang sebelah cakap. 

Food kat sini, antara 1 - 10 aku bagi 8. Banyak variety. Nampak sangat kuat makan review pun terus cerita pasal makan.

Bilik pulak, aku bagi 7 markah. Kemudahan semua ada. Hair dryer, mini bar dan yang sewaktu dengannya. Tapi yang best iron dgn iron board mmg dah sedia ada dalam bilik. Tak perlulah nak call housekeeping. Sebab kebanyakan hotel iron dgn iron board ni upon request kan.

Lepas kursus, petang Jumaat pi berjalan ke Pasar Payang. Betulla Kak Sue cakap orang Terengganu kalau berniaga kedekut sikit nak tawar menawar ni. Walaupun beli dalam kuantiti yang banyak.

Lagi satu kalau makan kat gerai-gerai bersedialah nak membayar. Harga agak mencekik. Walaupun hanya makan nasi kosong ayam goreng air sirap anda akan dikenakan cas RM 7.00.

Tapi ada something yang menarik aku jumpa kat Terengganu. Kalau masuk public toilet kita kena tukar kasut dan gunakan selipar yang diorang sediakan. Bagus jugak macam tu paling takdela lantai tandas tu kepam je. Mungkin sebab tahun ni tahun melawat Terengganu so kebersihan tandas jadi priority. Aku pernah masuk tandas awam berbayar yang condition lagi teruk dari rumah tinggal.
Ok habis pasal Terengganu. Nak cerita pasal Primula pun tak berapa semangat sebab biasa-biasa je. Haha keji..

Next, Isnin sampai Rabu (semalam la tu) aku jadi urus yang tak berapa setia untuk kursus unit aku. Kitorang buat kat Legend Cherating Resort. Alhamdulillah sepanjang 3 hari elok je cuaca cerah.

Peserta pulak majoriti opis mate jadi istilah kekok memang takdelah jawabnya. Sampai Cherating pukul 2. Kena tunggu jap sebab housekeeping tak siap kemas bilik. Pukul 3 baru dapat check in. Menitik-nitik jugak peluh sementara nak dapat kunci. Cuaca boleh tahan. Kat sini konsep lebih kepada open air. Lobby pun diorang pasang kipas je. Tu yang laju-laju cari kipas kat lobby.

Bilik aku no. 250. Agak-agak kalau rasa nak view best sila la booking bilik ni. Dan verandah dia sangat luas. Siap boleh main teng-teng. Bilik kitorang dekat corner jadi ruang kosong kat tepi terus dia jadikan verandah. Aku nak cerita pun tak reti. Kat sini cuaca punya panas aku sempat basuh dan keringkan baju. View pulak memang best. Bukak sliding terus nampak pantai. Jarak antara resort dengan pantai kalau tak silap dalam 100 meter je kot.
Panas-panas pun kat sini bila pukul 3 dah start redup pastu berangin je. Bila dah kena macam tu mmg layu la mata. Kelmarin masa tunggu peserta siapkan aktiviti explorace aku mata dah kecik2 kat tepi swimming pool sorang-sorang. Kena pulak angin sepoi-sepoi bahasa.

Kat sini makanan janganlah expect lebih. Food dia biasa-biasa je. Tak banyak variety. Tapi takdela tak sedap melampau. Aku suka kari ayam dia. Very thick tapi terlalu berlemak. Cicah ngan roti memang layan.

Kat sini fokus diorang mungkin lebih kepada nak rehat-rehat tenangkan fikiran. Kalau pasangan baru
kahwin nak honeymoon I totally recommend this place.

Kalau nak buat aktiviti luar pun pihak resort ada sediakan. Antaranya ATV ride. Paintball pun ada. Budak-budak ni merasa la main 3 game. Dengan pakcik-pakcik pun join sekali. Aku kalau tak nak join jugak tapi apakan daya I kan urus setia. Terpaksa la duduk tepi jaga bag. Sobs..

Overall view aku dah jatuh cinta dengan Legend. Hahaha..ayat poyoss. Cuma...ada cuma..toilet kat sini takde paip. Tolak satu markah..yang lain-lain sangat puas hati. Dari front counter sampailah room service mmg tip top. Staf pun senyum je.
Gambar ada tapi malas nak upload. Boleh macam tu..upload sikit je la, buat syarat

No comments: