Friday, April 5

Pukul 3 pagi

Ye, aku tak tido lagi. Puncanya siang tadi overslept kerana kedemaman (memang aku suka rosakkan bahasa). Lepas maghrib tadi pun layan seround lagi tido. Jadi terkebil-kebil la saya sendirian.
Disebabkan mata ni tanak pejam, maka marilah kita buat kerja.
Siap sapu rumah (walaupun org ckp tak elok) sekali pakej ngan mop. Jerang air byk2. Doing laundry (untung duduk apartment, ampaian dlm umah jadi tak perlu rasa takut). Kemas pinggan mangkuk kat drainer. Iron baju nak keje sok.
Sejak2 tukar tempat keje ni, rumah agak kapal karam sikit. Workload kat opis mmg tak menang tangan. Balik rumah dah letih. Weekdays mmg makan bungkus jela. Weekend pun masak lauk habis simple. Mujurlah husband I understanding huhu. Takpe, harap-harap end of this month opis baru siap renovate. Nanti dah dekat dgn rumah, so dah boleh main masak-masak semula.

Rasanya memang tak tido sampai subuh ni. Badan pulak dah start segar. Mana taknya, buat keje tadi berpeluh 1 badan.

Tanak tido takpe,jgn esok kat opis mata rabak.

P/s: punyalah pikir pasal keje,sampai terbawak dlm mimpi.haish.

No comments: