Sunday, October 2

ni bukan sleeping lagi dah, siap berdengkur lagi..

Bila kena buat kerja dalam satu group yang besar, of course akan ada yang jadi passenger. Tapi sorang budak dalam group assignment aku ni, bukan takat sleeping partner dah, tapi siap berdengkur-dengkur lagi. Harap muka je lawa (lawa ke?!!)

Macam last class, ada presentation. Tapi aku tak attend sebab pi klinik. Muka kena infection (macam harom je). Course mate aku cerita minah ni bergaduh-gaduh dengan sorang lagi grup member. Dia tak nak present dengan alasan dia dah carikan laptop. Eh, hallo laptop tu pun kau pinjam. Bukan suruh kau beli. Habis tu kau setakat pinjam laptop ngan budak meja sebelah dah tak nak present, kau nak suruh kitorang yang bersengkang mata cari bahan nak present. Banyak cantik muka kau makcik.

Ni 2nd assignment pun dia wat dek je. Aku dah remind kat emel pun buat tak tau. Yang paling best kelmarin dia online kat fb, aku remind la. terus offline kau. Bagus la perangai. Takpe aku nak tengok sampai jumaat ni, kalau dia senyap je jangan marah kalau aku tak letak nama dia dalam assignment.

No comments: