Wednesday, October 5

bertegur sapa ada 'sesuatu' rupanya

Minggu lepas, tiba-tiba ada sorang rakan lama (ex-school mate) menegur aku di facebook. Siap mintak phone number lagi. Aku ni pun dengan prasangka baik pun bagi la. Kata pun kawan-kawan lama. Lagipun memang aku kenal la dia, sebab zaman sekolah dulu pernah sekelas ngan aku. Masa form 4 ngan form 5 pun kelas dia sebelah je kelas aku.

Consider sebagai kawan yang dah lama tak jumpa, malam tu gak aku sms dia. Kitorang ber'sms' sampai pukul 1 malam. Standard la ayat kalau dah lama tak borak, "kau apa khabar?", "kerja kat mana?", "anak dah brape?" dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya.

Tang cerita pasal anak tu aku dah start rasa sesuatu. Mula-mula si member ni cerita la pasal kawan dia yang ada macam-macam penyakit (aku tak taula la pulak penyakit apa kan) yang kawin lagi lambat dari dia dah dapat anak. Aku cakaplah dah rezeki dia, pastu terus dia bukak cerita pasal kawan dia ni ada pakai something sebab tu boleh dapat anak. Terus aku dapat tangkap, minah ni mesti nak jual barang. Terus aku diam seribu bahasa sampailah pagi ni. Anggaplah aku tertido ye masa bersms dengan kau.

Pagi ni, sampai opis macam biasa online facebook dulu. Alah, korang pun buat kan? Tengah syok stalk page orang sana sini, tiba-tiba minah ni tegur aku...

Cik 'E' : Huda, ingat tak barang yang 'E' cakap?
Aku : (buat-buat tak paham) barang pe?
Cik 'E' : Premium beautiful
Aku : Owh, tau. kat sini pun ada member yang jual. (Time ni serious aku nak gelak)...
Cik 'E' : Pakai tak?
Aku : Tak pun, sebab tau takkan konsisten nak pakai..

Terus aku bagi ayat pematah seri. Malas nak sembang panjang-panjang. Kalau setakat pakai barang-barang ni tak payahlah. Dari zaman poli lagi kot aku pernah cuba macam-macam. Masa sem 5, akak housemate aku jual korset (tapi takla semahal PB ni). Zaman tu baru nak start naik produk-produk infrared ni. Kalau tak silap aku harga dalam RM200.

Siap mintak Shawal topupkan sikt sebab terpengaruh punya pasal. Sekali pakainya tahan sebulan je la kot. Lepas tu aku bagi almari pakai. Sebab aku rasa menyusahkan gila pakai benda tu. Lagi-lagi kalau time kritikal. Azab nak bukak.

Mintak maaf la ye, aku bukan orang yang konsisten nak pakai benda-benda yang menyusahkan hidup ni. Lagi satu kalau betul-betul aku nak aku sendiri akan cari. Tak payah nak tunggu orang offer. Kalau setakat PB, kat opis aku sendiri bersepah yang join Hai-O. Bukan takat PB, cakap je kau nak barang apa brand Hai-O.  Dan lagi satu, aku tak berkenan betul kalau kawan-kawan lama tegur tapi semata-mata nak jual barang, bukannya nak mengeratkan silaturrahim. Sangatlah hampeh perangai itu.

Notakaki : Cik kak yang mempromote PB kat aku ni, badan dia sama saiz je ngan aku. So, kalau ikut strategi pemasaran, memang customer takkan confident la nak beli produk kau. Kau jual produk pelansingan, tapi badan macam dipam-pam, apa celop?!!

1 comment:

SueGinola said...

La..badan se'batch' rupanya...hehehehhe