Friday, July 1

mujur tak meletup perut


Aku ni boleh lah dikategorikan sebagai penggemar durian. dulu zaman kecik-kecik kalau setakat 3-4 biji sorang telan memang takde hal lah. arwah bapak aku dulu selalu gak beli sebakul buat makan. yela, dulu kan murah. sekarang kalau nak cari isi yang cantik, rasa sedap paling tak RM50 jugak melayang. itupun nasib nasib jugak. kadang-kadang dapat yang tak elok.

Kalau ikutkan memang dah lama tak makan durian, mau berbulan kot. Sekali tadi nak balik kerja, KakSu menginform ada pesta durian dekat Ampang Waterfront. RM9.90. Terus nafsu nak makan durian membuak-buak.

Shawal sampai je terus ajak dia pi sana. Mula-mula dia taknak, dan aku sangat sentap sampai menitiskan air mata. Hahaha, tak dapat makan durian nak drama bagai. Sudahnya dia u-turn. Alah, aku tau dia pun jugak kansss..

On the way, siap calling-calling KakSu takut terlepas tempat, sekali tengah on phone nampak khemah 3 ketul kat depan CIMB Bank. Makin menggelupur la. Mujur parking banyak. So kitorang parking betul-betul dekat dengan khemah tu. 



Bukak pintu kereta je, terus menusuk kalbu bau durian. Kat bawah khemah tu adalah dalam sepuluh meja kot. Yang kosong ada la dua tiga, yang lain-lain aku tengok tengah layan gila makan durian. Masing-masing atas meja kulit durian membukit. 

Shawal pun tanya la yang bayar RM9.90 tu kira macam mana. Sekali tokey tu cakap, bayar untuk satu kepala makan lah sampai meletup perut. Maknanya selagi kau nak makan, makanlah sampai rasa nak pengsan. Sebelah kita kitorang ada group of 3, tengah makan. Atas meja kulit durian dah membukit, kat tepi diorang ada bakul besar penuh dengan kulit durian. Padahal badan masing-masing kecik je.

:: opening act ::
Boleh pilih sama ada nak dia hantar atau pilih sendiri. Kalau nak diorang hantar lambat sikit la sebab memang kelam kabut kot, dengan orang yang non-stop mintak refill dengan yang nak bungkus bawak balik. Diorang sekali hantar dua biji, bila dah habis mintak la lagi dua biji. Agak lama la nak menunggu untuk round kedua. Yang group of 3 tadi siap bungkus bawak balik. Sebab isi durian dia memang nice. Aku pun yang dah lama tak lama makan secara menggila pun tiba-tiba naik hantu.

:: sampai stim mata layan durian ::

Tengah makan-makan, Shawal kol bapak dia. Ingatkan taknak datang, sekali sanggup redah jem semata-mata demi durian. Maka bertiga lah kitorang mentekedarah durian. Belakang kitorang ada old Chinese couple. Sampai merah-merah muka tapi dok bedal jugak. Diorang lagi la, kalau dapat durian memang appreciate gila menda alah ni. Wife Cina tu sangatlah kecoh, nampak sape-sape macam dah tak larat terus dia mintak durian tu. 

:: hasil tangkapan. 1/4 daripada jumlah sebenar ::
Kalau ikutkan kitorang la champion kat situ. Kalau kira aku rasa dalam 20 biji ada kot kitorang bedal. Nak dekat sejam jugak la kitorang kat situ. Nak dekat-dekat pukul 7 gerak balik. Sekali kau, jem macam nak mati. Dari Ampang nak ke rumah macam aku nak balik Kuantan. Yang Shawal buat pasal, asyik sendawa dalam kereta. Sangat la azab...

Tapi, walaupun azab namun hati sangat bahagia. Lalalala.. tengok la kalau larat esok boleh repeat lagi (lepas tu tengok la blood pressure ko naik ke tak kan)..

Untuk para penggemar durian sekitar KL, kalau rasa nak lepas gian boleh la pi ke Bandar Baru Ampang. Sebelah Ampang Waterfront, depan CIMB. Diorang start berniaga dari pukul 2 sampai habis stok durian. Tapi pastikan makan banyak-banyak. Rugi lah bayar sepuluh ringgit makan sebiji je. Diorang buat promosi ni seminggu je start hari ni. Sebab pakcik kedai tu cakap kalau buat lama-lama nanti diorang bankrap (lagi-lagi kalau dapat customer cam kitorang)..

:: lokasi berlakunya kejadian ::


p/s: Kalau kepanasan jangan risau sebab air mineral adalah percuma..




No comments: