Tuesday, July 12

Kalau tak mula dari sekarang bila lagi

Setelah hampir dua bulan tiap-tiap weekend pusing kat area Kota Damansara, akhirnya dapat jugak cari rumah sewa yang bersesuaian dengan bajet kitorang. Sesuai tak sesuai pun memang kena ikat perut jugaklah nanti. Aku  sewa flat sahaja, itupun sewa dah cecah RM500. Hampir separuh gaji nanti habis kat situ. Zaman sekarang mana nak cari rumah yang murah. Beli atau sewa sama je. Ada tu mungkin lah, tapi dah hujung-hujung KL.

Dapat sewa flat pun dah bersyukur sangat, lagipun kitorang berdua je. Kalau besar sangat pun mau seram jugak kalau time2 Shawal ada kelas aku tinggal sorang-sorang. 

Orang baru nak mula hidup sendiri, macam-macam kena fikir. Nak beli barang-barang basic pun paling tak kena ada 2k baru boleh fikir. Tu belum kalau nafsu buaya datang, nak TV plasma bagai. Lepas bayar duit booking hari tu, aku hari-hari dok buat list apa barang yang perlu ada. Dah habis minimum dah list tu.

Bila fikir-fikir balik macam tak sanggup je. Yela, sejak kahwin dah masuk 3 tahun duduk dengan parents Shawal. Secara tak sengaja dah terbiasa selesa. Yela, macam masuk rumah sewa fully furnished. Tapi tak guna jugak luar selesa, tapi dalaman bernanah. Majoriti kawan-kawan aku maksimum 1 tahun je boleh duduk dengan in laws. Tapi kalau tak mula dari sekarang, bila lagi kan. Mungkin dulu kitorang silap sebab tak terus pindah lepas kahwin. Jadi sekarang situasi sama je macam orang baru kahwin. Macam-macam nak kena beli.

Walaupun sekadar rumah sewa, tapi terujanya sama macam dapat beli rumah sendiri. Insyaallah petang setelkan deposit dengan sign agreement, ambil kunci. Lepas ni nak basuh rumah, pack barang-barang lepas tu pindah. Tahun ni sambut puasa kat rumah baru. Ish, betul-betul rasa macam org baru kawen.

p/s: Barang macam tak banyak, tapi bila kira-kira balik dapat lah jugak penuhkan lori 1 tan.

2 comments:

SueGinola said...

Tahniah sebab nak duduk rumah baru...
Nanti raya tahun ni jangan lupa buat openhouse tau...hihihhihi

lavidalabelle said...

asalkan org tersayang ada bersama kat mana-mana rasa bahagia.

aku tak boleh duk serumah dgn mertua. panasss.