Friday, April 15

berebut-rebut nak kumpul sijil.

Isnin ni ada interview, senak perut jap. Sebabnya aku bakal diinterview oleh bos sendiri. Dahla sebelum tu ada test, tapi buat kat tempat aku. Tapi okla kot untuk test tu, takdelah nanti-nanti terkejut-kejut. Kira gabra tang tang situ kurang la sikit kot.

Cuma tang interview tu aku pening. Pe nak goreng eh? Kalau orang luar boleh gak aku kelentong kasi sodap sikit. Mintak-mintaklah mokcik tu (wah, sedap gigi panggil bos sendiri mokcik) tanya simple-simple je memandangkan baru balik dari umrah. Mana tau hati tengah sejuk ke.

Maka, sekarang ni tengah lah sibuk mensusun balik sijil-sijil kat dalam folder. Yang mana tak patut kuarkan dulu (takkanla nak tunjuk skali sijil nikah kot). Bila tengok balik sijil2 tu, teringat zaman-zaman sekolah di mana aku sangatlah gigih mengumpul sijil-sijil ni. Yela, ingat lagi dulu syarat utama nak masuk 'U' ko kena aktif gila dalam aktiviti ko-kurikulum.

Nak guna kudrat nak aktif sukan, saya tak terdaya. Jadi, gunakanlah otak dan bakat yang hidup segan matik tak nak mati ni. Sebab apa aku cakap bakat, ni meh akak nak story, jangan taktau akak dulu wakil nasyid skolah ko. Siap main kompang, tapi menangnya tak penah sebab main kompang tak ikut tune.Kahkahkah.Mana taknya naik stage je terus rasa pijar semacam muka ni. Akak ni ada masalah darah terlalu gemuruh lagi-lagi kalau tengok audien ramai sangat. Tau-tau dengar bunyik kelentang kelentung macam org tumbuk sambal je.

Apa je yang aku tak join, bahas pantun sume aku langgar. Kata gila glemer. Jawatan dalam persatuan taknak kalah. Lagi-lagi masa form 5, haruslah pandai melobi cikgu dan junior-junior. Kenalah jadi akak senior muka manis, nanti nama naik. Padahal kalau tengok kad kedatangan koku, aku paling sikit. Hujung tahun mintak cikgu sign, baik kan perangai.

Tapi kalau nak compare dengan sorang kawan, aku ni boleh dikategorikan biasa-biasa je. Kawan aku lagi la sijil dah sama tebal dengan novel. Itu lagi buruk akhlak, kalau boleh tolong cikgu angkat buku pun nak mintak sijil. Bila masuk poli, aku slowdown sikit (banyak kot). Aku bo layan sume aktiviti-aktiviti yang melibatkan kudrat ni. Baik aku tido dalam bilik.

Nak sambung buat kerja.

p/s: harap-harap tak jadi keghairahan kegabraan melampau masa intervienw nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminn..

1 comment:

SueGinola said...

Good luck ye...jangan lupa tiup-tiup sikit muka bos tu..kuikukuikui...