Monday, April 4

no heart feeling, tapi aku tengok memang macam hamster

Season baru AF dah start, makcik-makcik pun dah start jadi pengkritik-pengkritik bebas. Suara sape sedap, suara sape pitching lari. Konon nak kelainan untuk musim yang terakhir ni (kononnya lah kan), orang ramai boleh tengok budak-budak AF ni ikut sesi latihan secara live. Kat JUSCO AU2.

Semalam, teringin nak makan tako tao, maka bergeraklah ke JJ AU2, bukan sebab nak tengok budak-budak AF tu okeh. Bila dah sampai, dah order nak tunggu siap, jalan-jalan la ke rumah kaca tu. Takde pun penuh mana orang nak tengok bebudak ni praktis, ramai yang datang semalam pun sebab last day sale. Dalam erti kata lain, takde pun diorang herannya ngan budak-budak AF. Setakat tengok tapi tak dengar apa-apa diorang cakap walaupun aku nampak Adlin dengan Cikgu Fatimah penuh ekspresi menyampaikan ajaran mereka kat dalam tu. Tengok kat tv lagi bagus.

Apa yang paling ketara, aku nampak diorang ni hanyalah macam hamster-hamster kat dalam pet shop yang orang akan jenguk-jenguk untuk tengok apa aktiviti yang tengah dilakukan. Shawal lagi jahat. Ni sesi dialog kitorang semalam.

Shawal : Patutnya diorang letak jadual aktiviti.
Aku : Kenapa?
Shawal : Yela, nak tengok aktiviti bebas diorang. Nampak macam hamster yang ceria sikit, ni duduk statik je. Macam hamster yang pemalas.
Aku : -_-' (sapo punyo laki la ni).

Pada sapo-sapo yang fanatik bonar ngan AF ni, den mintak mahap la eh. Ni den cumo kasi pendapet jo.


No comments: