Sunday, February 6

nostalgia

menggoogle web yang review pasal henfon. suka tau tengok-tengok henfon canggih manggih ni.

tengah-tengah browse terjumpa ini


Inilah henfon pertama aku. tu pun dapat setelah arwah bapak aku tukar ke Nokia batu bata. (dapat sisa-sisa je kot, nak baru sila makan penampar).

Operator pertama aku guna adalah 017xxxxxx (masa tu still guna nama TIME). Tapi tak lama pun dapat pakai sebab tah hape aku tekan terus sim lock, lepas tu henfon rosak terus bapak aku bebel-bebel2. Tapi bila ingat balik memang lawak la, phone ni gedabak kot. kecik sikit je dari botol air berbentuk henfon tu. kalau sumbat dalam poket memang boleh rabak la poket seluar kau tu. Lepas tu kalau bercakap thru this phone pun rasa macam letak batu tepi telinga hehehe..

Lepas 1st henfon aku rosak, kumpul duit sendiri plus duit raya yang dapat masa balik kampung plus bodek-bodek mak aku sikit, merasa la pakai Nokia 3310, tu pun yang second hand. Masa ni aku pakai CELCOM. Tak silap aku starter pack dia 70 ringgit kot. yang tu la paling murah masa tu. Lain-lain sume 100 dan ke atas. Time tu pakai Nokia 3310 ni feeling dia sama macam pakai I-phone 4 walaupun game paling advanced hanyalah snake yang terhasil dari titik-titik, habis segala aksesori aku taruk. Casing pun tukar kepada yang boleh see through kaler pink gitu. Lepas tu letak aksesori gantung-gantung yang kalo de call or message masuk dia berkelip-kelip tu. Nak lagi kreatif kawan aku ajar cabut skrin phone letak gambar kat belakang dia. so, feeling-feeling la pakai skrin kaler.

Aku dah hujung-hujung sekolah baru nak rasa pakai henfon, final year baru merasa pakai laptop sebab nak kena buat industrial training report yang tebal macam nak buat novel plus assignment yang berlambak-lambak. Budak-budak sekarang kecik-kecik dah dapat i-pad. Kalau setakat PSP tu dah macam main tetris zaman aku dulu-dulu. Henfon pun kalah orang yang dah kerja bertahun-tahun.

See how the world is changing?

1 comment:

TheLastAyam said...

hehe..pakai Nokia 8210 baru rasa cam Iphone 4..