Friday, February 11

bila si penjaga tepi kain berubah menjadi si penyelak kain

bagi aku, tak salah nak jaga tepi kain orang. paling tak kalau kita ada masalah, ada orang yang yang tahu apa punca masalah kita dan kalau untung badan dapatlah pertolongan dari si penjaga tepi kain tu. dan apa yang aku maksudkan kat sini adalah menjaga tepi kain orang lain dengan cara yang positif.

tapi, yang menjadi masalah nya apabila si penjaga tepi kain tu berubah menjadi si penyelak kain. habis semua benda dalam kain nak dikoreknya. cukup-cukuplah kau jaga tepi kain je, tak perlu lah sampai nak selak apa isi dalam kain tu. tu bukanlah prihatin, tu dah jadi penyibuk namanya.

dan yang apa paling buat aku berbulu, bila si penyelak kain tu menegur dengan cara yang sangat menjengkelkan. memanglah niat tu konon nak menasihat, tapi janganlah orang penat-penat balik kerja tiba-tiba bambu tak tentu pasal. dan bercakap seolah-olah kau tak pernah buat kesalahan yang sama. kalau tak takdelah orang melayu dulu bagi pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. orang sekarang belajar dari apa orang dulu pernah buat. jadi, janganlah masa bercakap tu setakat ikut sedap mulut. renung-renungkan lah sekali masa silam kau tu.

harap-harap bila aku dah tua, aku tak jadi penyelak kain anak-anak. cukuplah sekadar menjaga tepi kain mereka.

5 comments:

Tijah said...

kannnn? aku pun pesen malas nak jaga tepi kain org...unless org tu bukak kain dia tunjuk kat kita. isk. cam flasher lak bunyi eh...

Huda Ramlee said...

kak jah,
tapi jgn silap selak lak..hihi

kau kesah ke?? said...

aku tak jaga aku tengok je. ok ke??

aliaaroslan said...

jaga sudah. selak jangan.

i.am.belle said...

faham sgt. semoga kita tak mcm tu. amin.