Terasa sangatttttt laaaaa panjang [panjang kan?]. nak tunggu sampai jumaat esok terasa lambat je waktu ni berlalu. dahla dua tiga hari ni Kuala Lumpur disimbahi hujan lebat ya amat. Boleh pulak pagi tadi hujan lebat semahu-mahunya. Ish, mujurla makan gaji. Kalo tak, takdenya aku nak bangun subuh-subuh mandi. Tarik comforter lagi adalah kot.
Esok aku raya, yeayyy! Aku jela, sebab dah selamat mengganti hutang-hutang puasa tahun lepas. Dah alang-alang kantin tutup baik aku puasa terus.
Sabtu ni nak pergi tengok rumah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin..Tak nak lah ajak orang-orang yang tak berkaitan, kang jadi macam tahun sudah. Benda dah depan mata tapi sebab ada mulut-mulut busuk terlepas semuanya.
Semoga 2011 akan membawa seribu kebaikan dalam hidupku.. Aminnn..
p/s: orang lain dah pasang azam awal-awal aku dah seminggu baru nak berazam..hehe
No comments:
Post a Comment