Thursday, December 9

tak salah pun kalau bertanya pada yang lebih muda

Kita ni hidup dalam satu unit. Kerja sama-sama. Dan masing-masing ada kemahiran masing-masing. Ada yang awak tahu, tapi saya tak tahu. Begitulah sebaliknya kan. Tapi janganlah sampai awak nak tunjuk semua benda awak tahu. Lagi-lagi depan budak baru, lepas tu tak dapat buat awak dah terkial-kial kat situ. Kan diri sendiri dah dapat malu.

Lepas tu, bila saya dah tunjuk awak nak buat muka "alah, aku tau benda ni saja je nak suruh kau tunjuk". Awak tak baik macam tu, memang lah saya lagi muda dari awak. Umur saya pun baya-baya anak awak je. Macam saya cakap tadi, ada benda saya tahu. Ada benda saya tak tahu. Tapi kalau saya tak tahu takdelah saya cakap saya tahu.

Saya tahu awak senior kat sini. Tapi bila awak buat macam tu reputasi awak yang jatuh depan budak baru tu. Silap-silap budak baru tu cakap dalam hati dia ''awak ni gaya je lebih''. Awak, tak salah bertanya pada yang lebih muda. Ilmu kita kongsi sama-sama. Tak rugi pun kan?

2 comments:

i.am.belle said...

orang tu jenis 'bodoh sombong'. biasanya akan memalukan dirinya sendiri kan.

Huda Ramlee said...

belle,
yep, agreed..