Wednesday, December 1

perlu diasah.

Zaman sekarang kalau nak pi interview mana-mana, macam dah jadi syarat wajib kan kena fluent in English. Dalam syarat-syarat kelayakan pun dah tulis siap-siap.

Frankly speaking, I'm not that good in English. While writing this, i'm sure there must be grammartical error in my sentence.

Sebab tu aku lebih selesa menulis dalam Bahasa Melayu, tu pun selalunya tatabahasa tunggang langgang. Memang diakui kalau Bahasa Inggeris sekarang dah menjadi kewajipan dalam kehidupan bekerjaya.

Sebagai contoh, apply kerja kat mana-mana company. Ada dua resume, satu dalam Bahasa dan satu lagi dalam English. Agak-agak mana yang akan dibaca dulu. Lagi-lagi kalau boss kat situ adalah Cina. Apatah lagi masa interview. Pernah pengalaman yang aku sendiri lalui, temuduga di sebuah bank di ibu kota. Jawatan hanyalah kerani biasa, tetapi dari awal hingga akhir aku ditanya dalam Bahasa Inggeris. Mau tak berpeluh masa tu.

Dan sejujurnya aku sangat dengki dengan mereka-mereka yang fasih berbahasa Inggeris ni. Bak kata orang, cakap berhabuk. Tak perlu nak fikir-fikir nak susun ayat. Dan orang cakap kalau kita mahir berbahasa Inggeris ni, confidence level kita akan lagi tinggi.

Tapi, benda-benda ni semua hanya perlukan latihan. Aku pernah tengok satu rancangan kat TV di mana budak-budak sekolah dari kawasan kampung ataupun yang memang tak tahu langsung berbahasa Inggeris dihantar ke US selama 6 bulan untuk program student exchange. Ada sorang budak ni, dari Kedah. Dengar accent Inggeris dia sedap je bunyi, sekali cakap Melayu memang habis utagha lah. Rupa-rupanya sebelum dia join program tu, memag dia tak tau langsung nak speaking ni. Tapi disebabkan kat US nun takde orang yang boleh cakap Melayu, nak tak nak kena belajar la kan untuk survive.

Nampak tak betapa berkesannya latihan ni kan. Macam pepatah orang Melayu "belakang parang di asah lagikan tajam" dan bak kata orang putih "practice make perfect". Jadi, ada siapa-siapa nak jadi online tutor aku?

Bukan setakat berbahasa Inggeris saje, apa-apa pun kalau selalu berlatih mesti akan bertambah baik kan?

2 comments:

aliaaroslan said...

salah satu cara, tengok movie / drama english tanpa ada sarikata. ataupon hafal lagi2 english.

Huda Ramlee said...

aliaa,
thanks for the tips.