Tuesday, November 30

sanggul siput

Rambut aku ala-ala sederhana panjang. so kalau nak pakai tudung tu kenalah sanggulkan terlebih dulu. tapi yang geramnya mesti nak terlerai tak lama lepas tu. dah jadi satu kerja aku nak kena ulang ke toilet nak betulkan sanggul.

Semalam menyinggah ke Kassis (ala-ala kedai Sinma) ke area depan rumah ni.  Ternampaklah benda ni....


Aku tengok ramai perempuan pakai benda alah ni sekarang. Nampak macam kemas je. Lupa lak nak betau, benda ni sepit rambut, tapi ada kelonsong (betul ke aku sebut ni) untuk letak rambut korang. Jadi bila pakai, takdela rambut tu nak berselerak sana-sini.

Maka, tanpa niat aku telah membeli benda ni. Try pakai hari ni, elok je terletak kat kepala aku sepanjang hari. Rambut pun tak kusut, selesa je pakai.



comel je saiznye


Benda ni ada dua saiz, yang aku beli ni rege RM 4.90, ada yang kecik sikit RM 2.90. Tapi rasanya kalau yang kecik tu untuk budak2 boleh la kot. Sebab comel sangat.

Lepas ni kalau pagi-pagi nak pi kerja tak payah la aku nak kelam kabut cari hairband segala, nak betul2kan kan rambut. Gulung-gulung sepit dah siap dah, selagi tak usik sampai ke petang la macam tu. Cuma aku ni selalu bernasib malang dengan sepit2 ni, mesti riwayat diorang tak lama. Hehehe...

p/s: Namanya 'Gary', Shawal yang bagi. Sebab katanya bentuk sepit macam siput babis..Bongok je.

4 comments:

aliaaroslan said...

rambut aku ni antara pendek dengan panjang. laaagggi rimas.

Huda Ramlee said...

alia,
aku pun baru pas potong,asik gugur je. kalo tak lagi la rimas..

i.am.belle said...

suka tgk 'Gary'. mungkin ni yg org guna siput rambut dalam tudung eh?

Huda Ramlee said...

belle,
sanggul arab tu lagi godang,de sorg mokcik kat opis aku pkai..adik beradik la tu hihi..