Monday, December 27

cerita sakit lagi..

Nasib lah, asal buat entri je pasal sakit. Memang 2 minggu ni aku sakit je kejenya. Cerita pasal demam, masuk hari ketiga [Jumaat lepas] dah ok, dah takde rasa gigil-gigil parkinson. Kiranya dah sihat walafiat lah ni.Tapi...

Tiba-tiba aku sakit bahu. Masuk angin ke salah bantal ke tak tau la.Sebab masa aku muntah-muntah teruk tu aku main belasah je tido, takde nak proper-proper. Sakitnya bukan sikit-sikit, berdenyut-denyut.Terus rasa macam ada hunchback kat tengkuk ni. Maka gigihlah saya mencari Ameltz Yoko-Yoko di pagi-pagi hari. Mujurlah farmasi dekat rumah bukak walaupun cuti Krismas. Maka seharian bertemankan yoko ono..eh tak yoko-yoko..

Semalam [Ahad] sakit bahu dah hilang..yeayyyy..Tiba-tiba leher pulak sakit, dah terteleng-teleng. Nak pusing kiri kanan pun haruslah berhati-hati. Yang sakit hati nya, sakit tu boleh pulak nak transfer-transfer. Kejap rasa kat belah kiri, lepas tu dia pindah belah kanan pulak.

Sekarang, sakit tu ada lagi, tapi dah kurang kot. Tapi hari ni kena pakai baju berkolar keras yang tak selesa, confirm karang aku sakit belakang [tak payah karang, sekarang pun dah rasa]..

Tak selesa la bila badan sakit-sakit ni..

2 comments:

lavidalabelle said...

musim demam dan badan sengal2. aku suka sental yoko2 tu.

kdg2 bila tengkuk rasa berat semcm teringat cerita antu 'Shutter'. ish paranoid pulak. huhu

selamat sembuh :}

Huda Ramlee said...

belle,
hihi..boleh plak pikir macam tu..