Wednesday, November 10

mengidam cincang kambing.

Malam semalam, selepas puas ronda-ronda kat Low Yatt pada petangnya, aku ajak Shawal makan lamb chop dekat AU2. Puncanya, sebab baca entri peejburhan dia makan lamb chop kat medan selera AU2 tu. Haruslah menitis air liur tengok gambar2 yg dia snap.

Jadi dengan penuh harapan, aku Shawal dan Ayai (kawan Shawal) bergerak ke sana dalam kul 8pm.Sampai terbayang-bayang la gravynye yang melimpah ruah tu.

Elok sampai kat AU2, nampak papan tanda kedai western tu trus teruja-teruja. Dapat parking je laju je jalan ke kedai tu. Tapi apakan daya, tutup rupanya. Tu lah teruja sangat sampai tak tgk dah meja2 kat kedai tu elok je berlipat. Tapi, selera tekak ni kena dipenuhi gak. Kang menetes air liur aku. Tinjau-tinjau la kalau de lagi kedai makan western kat situ. Nampak satu, sebelah Kerisik. Tapi tutup gak. Sampai Ayai cakap,"hari ni hari sewestern tutup". Sengal mamat tuh.

Masuk dlm kereta dok bincang-bincang nak makan kat mane. Kat Haji Tapah taknak sebab regenya tak berbaloi dengan rasa. Kitorang pusing-pusing la dekat area situ mana tau de jumpa kedai makan western lain.

Jalan punya jalan, maka jumpalah kedai ni.

fiskesateria, siap de alamat lagi
Location dia dekat-dekat situ jugak. Selepas traffic light depan kilang PERNEC. Ayai boleh buat lawak,'jangan-jangan diorang serve ikan je sbb nama dia fiske'. pastu dok ulang2 perkataan fiske tu banyak2 kali.

ngah memilih nak makan pe
Aku order grill lamb chop, yang dua orang lagi order lamb chop biasa. food variety kat sini ok la. dan harganya sangat la berbaloi. Dan lagi murah dari rege lamb chop Haji Tapah. Sebab tempat dia cam eksklusif sikit, so takkan terfikir harganya sama macam makan kat medan selera. Air kosong pun free, tapi self service la. Nak minum sampai kembung pun takpe. Side order adalah mushroom soup with garlic bread. Mushroom soup dia sgt pekat dan likat manakala garlic bread dia sedap. Rangup-rangup je.

Ayai yang pemalu. Berlakon jer ni
Encik Gemuk
grill lamb chop

lamb chop. di bawah 2 keping daging itu terselit segala makhluk halus
pineapple pe tah. tapi sgt shedapp
mushroom soup with garlic bread, sebelah dia red bean
Aku tamak, tambah lagi order red bean. Sudahnya tak habis. Rate yang aku boleh bagi kat sini 8/10. Yang kurang sket just kambing dia tak berapa nak lembut, tapi takdela liat sampai takleh telan. Budak dua orang tu la cakap. Sebab aku punya just fine. Maybe sebab grill kot.

burp..alhamdulillah
Jadi,lepas ni kalau tekak rasa dh teringin sgt nak makan western, tak payah pergi jauh-jauh sampai Kg.Baru. Kat sini pun dh ok. Cuma aku tak perasan diorang ade serve t-bone ke tak. Kerana aku juga adalah penggila T-Bone.

p/s: Dulu kalo makan kambing terus nak rasa pening-pening, tapi setelah tiap-tiap malam bantai lamb chop RM7.90 tiba-tiba hilang eh pening tu.

p/p/s: Selain western, diorang ade sediakan masakan melayu. Nasi diorang bentuk petak. 1st time jumpa, kira bab2 food presentation kat sini A+ la.

2 comments:

Tijah said...

ni yang aku tiba2 nak jadi pengusaha kambing yg berjaya nih.

Huda Ramlee said...

jah,
sila-sila.ko nak ternak aku skali pun vole...wawawawa