Friday, November 12

kau dari ceruk mana kot?

Semalam, lepas opis hour singgah JJ Wangsa Maju. Masa nak masuk parking ada dua orang budak lelaki lebih kurang umur tujuh lapan tahun dok main-main kat area parking kitorang nak masuk. Shawal dh masuk masuk parking pun still budak2 tu dok lompat macam beruk. It's like, wth. Mana mak bapak korang main biar-biar anak main bersepah2. Kang kena langgar nak salahkan org lain. Aku dh start bebel2 dalam kereta.

Selang satu kereta ada sorang Indian lady bawak Viva. Maybe baru dapat kereta, dari kitorang sampai till dah parking nak kuar dia masih ejas2 parking. Okeh, kitorang dah siap parking segala, aku ngah setting brg nampak ada sorang Malay lady ngn  sorang makcik ni datang dekat Viva tadi, Malay lady ni jerit-jerit marah kat Indian lady tuh. Shawal adalah paparazzi, saje je dia keluar lambat2. Teruk kan? Aku tak dengar pe dia ckp sebab still dalam kereta, yang aku dgr hanya bunyi mcm kucing bergaduh. Tapi haruslah org lain pun tgk, sbb 1 parking area kot boleh dgr, sampai akak guard yang duk depan pintu  terjenguk-jenguk. Sampai sorang Chinese lady ni patah balik tak jadi pi kat kereta dia sbb terkejut (kereta dia parking sebelah Viva tuh).

Tak lama lepas tu driver Viva tu blah. Yang perempuan Melayu ni masuk dalam JJ. Sebelum tu sempat dia mengadu dekat akak guard kononnya driver Viva tu yang salah. Sebelum lupa, dua budak kecik tu tadi adalah bersama mereka. Kononnya driver Viva tu nak langgar anak-anak dia la. Okeh, maybe la betul sbb aku tgk driver Viva tu nak masuk parking pun macam bawak Ferrari.  But, from the other view kenapa kau nak biar anak kau main2 dekat parking area.

Ok, case closed. Aku pun masuk dalam JJ, pusing-pusing cari barang. Tengah belek-belek handbag kat depan kaunter, aku nampak lagi budak-budak dua org tu main hide and seek di celah-celah display kat situ. Apakah wei? Moden sgt ke mak kau. Sampai anak pun nak lantak2 macam tu. Tapi tgk appearance perempuan tu mmg la macam urban lady. Macam jela kan. Jalan pun nak mendongak je.

Dah jumpa brg yang aku nak, pi kat kaunter nak bayar. Sekali jumpa lagi pompuan tadi. Hishh, panjang tul jodoh aku ng dia. Kali ni dia dok bawak sandal sebelah, bising-bising kat cashier. Dengan slang mat salleh yang tak berapa org putih tu dia cakap,
"boleh tak tolong carikan ni, budak tu tadi lama sangat la".
Cashier dh tercengang-cengang. lepas tu cashier tu jawab dia cari stok. jarak antara display dengan stor diorang agak jauh la. sape2 yang biasa masuk JJ Wangsa Maju taula susun atur dia mcm mana. Lagipun tu JJ je kot. Tak perlulah mengharapkan layanan 5 star. Kalau nak rasa sales assistant tu ikut bontot kau memanjang pergi jela kat butik-butik yg mahal2 tu. Tu pun kalo nak cari saiz yang lain dari display, kena tunggu jugak kan. Mak dia pun boleh tahan gak, dok bebel2 dalam loghat utara kat tepi display tu.

Tak lama lepas tu, sales assist yg entertain minah tuh dtg, tah hape2 dia bebel kat budak tu. Kesian lak aku tgk budak tu serba tak kena nak layan mokcik diva tu. Aku ni pun kadang cerewet gak, tp tgk situation la. Kalau SA tu layan elok je, takdela aku nak diva2 bagai. Lain la kalau aku ckp elok2, tiba2 kena jeling2 tak tentu hala. tu memang cari sakit la.Takdela nak kekwat tak bertempat.

p/s : Sales assistant pun adalah manusia biasa, ada hati dan perasaan. Lagi tak sampai hati nak marah kalau muka habis innocent dan buat kerja betul2. Kalau dh stok takde takkan nak suruh dia carikan gak.

A reminder for myself: Kadang-kadang diri sendiri yg tak berapa nak kaya ni lagak melebihkan org yang harta berkepuk.

update :
aku dah habis shopping pun mokcik diva tu masih membelek-belek sandal dekat display tepi escalator.

4 comments:

.ieLah. said...

harusla aku memahami.. kate aku SA kan..wahaha

Wan Nurzalia Wan Saelan a.k.a NoZ said...

dia takde duit la tu nak beli kann..
sebab tu kengkadang SA tanak layan kite,sbb perangai mokcik perasan diva ni la..huhuhu

aliaaroslan said...

kalo diva sangat, makcik tu takyah belek lama2, beli terus aje. kalo balik rasa tak best, buang or baagi orang aje. tu baru diva. ampeh orang camtu. kecoh tak tentu tempat.

Huda Ramlee said...

ielah,
kalo la aku SA itu harus aku baling sandal tu ke muka mokcik diva itu.

nurzalia,
yela kot.ada tapi tak cukup dan terpegang sandal tu. haruslah feeling diva sbb nak cover hihii..

alia,
ni diva tak cukup pulus..