Monday, November 1

Akibat durhaka cakap ibuku..

Zaman-zaman sekolah rendah dulu aku berjalan kaki je pergi balik sekolah. Pagi-pagi buta dah keluar rumah sambil kendong beg yang saiz sama besar dengan aku. Actually, sekolah aku dulu pun takdelah jauh mana pun, dalam 15 minit berjalan kaki je kot.

Tapi namapun budak-budak kan. Keinginan tu harus ada, yela tengok geng-geng lain bawak basikal reramai pi sekolah. Rasa macam hebat je kau. Kiranya time tu sape ada basikal memang habis hebat la. Macam budak-budak sekarang la, habis sekolah mak bapak belikan kereta. Macam tu la feel nya kot. Lepas tu boleh ronggeng ramai-ramai pusing satu kampung. Wah, kecik-kecik dah nak jadi rempit kan.

So, aku pun membuat la cubaan untuk mendapatkan sebijik basikal dari mak aku. Tapi tak dapat. Masa tu aku darjah dua kot. Of course la mak aku tak bagi kan. Kaki nak jejak tanah pun terjengket-jengket. Kalau jatuh tergolek aku jugak yang melalak. Dahla aku ni memang benyeh zaman kecik-kecik. Sakit sikit je, drama nak over. Jadi tak dapatla basikal idaman aku. Maka, berjalan kakilah aku seperti biasa. Dengan harapan satu hari nanti mak aku belikan aku basikal.

Nak dijadikan cerita, ada anak jiran aku ni bawak basikal pi sekolah. Dia sama baya ngan aku. Aku panggil di Siti. Dia selalu gak offer aku naik basikal dengan dia. Aku kan anak yang jujur, apa-apa mesti inform kat mak aku. Tapi mak aku tak bagi, mana taknya basikal dia habis rempit. Dengan tayar botak, brek takde. Brek pun pakai kaki je.

Tapi aku ni degil, dalam angguk-angguk konon dengar cakap mak aku tapi aku buat jugak. Ada satu hari tu, balik dari sekolah hari baru lepas hujan. Aku sebenarnya dah dekat sangat dengan rumah aku, dalam 100 meter je lagi. Tiba-tiba Si Siti ni lalu.

Shreeettttttttttttttt...(efek brek ngan kaki).
Siti : Jom naik ngn aku.
Aku : Tanak la, mak aku tak kasi..
Siti : Jom la..
Aku : Takpe la..
Siti : Jom la, sikit je..

Budak-budak kan, akhirnya aku naik la dengan dia. Teringin punya pasal. Lantas kami berdua menuruni bukit dengan laju (nak kerumah aku kena turun bukit sikit) beserta angin sepoi2 selepas hujan menampar pipi. Tiba-tiba dalam sekelip mata Siti hilang kawalan, cubaan untuk membrek dengan kaki kali ni tak menjadi dan handle basikal tak dpt dikawal dan...gedegang!!! Aku dengan Siti tergolek kat tepi parit betul-betul belakang rumah aku. Boleh pulak time tuh ada sorang budak sekolah aku lalu dengan adik dia. Bukan nak tolong, bantai gelak adelah.

Handle dan rim basikal bengkok, Siti bertelur kat dahi. aku pulak lutut terkoyak. Agak besar la. Padahal rumah berapa tapak je lagi, tapi dapat sakit. Aku jalan terhencut-hencut menuju ke rumah. Masa tu lebih pikir takut dari sakit.

Sampai je rumah, mak aku tengok aku comot-comot. Mak aku tengok kat jalan nampak Siti tengah tolak basikal yang dah bengkok rimnya dengan benjol yg betul-betul saiz telur rebus kat dahi. Memang mak aku boleh agak lah kan. Mak aku diam, pandang aku dalam-dalam.

Tiba-tiba...

"MAK!!!AMPUN MAK!!!ORANG JANJI DH TAK BUAT LAGI, AMPUN MAK!!!", sambil melolong-lolong aku peluk kaki mak aku. Sebijik macam scene Mak Dara ngn Kasim Selamat kat kubur. Mak aku diam je. Lagi la aku melolong, sambil ulang dialog yang sama. Nampak sgt aku durhaka cakap mak aku. Mak aku buat tak tau, terus dia blah ke dapur. Lagi la sayu dan pilu hati ni, nampak sgt mak aku tak simpati kat aku. Abang aku masa tu dh gelak-gelak tgk drama aku. Sebenarnya, aku melalak sebab takut kena marah, sebab mak aku dah pesan jgn naik tapi aku tak dengar. Elok-elok boleh sampai rumah dalam keadaan sihat walafiat tak pasal-pasal dapat sakit.

Sudahnya mak aku amik minyak sapu kat luka aku. sambil tu sempat lagi dia perli aku sedas, "lain kali naik la lagi,". Heh, memang makan dalam. Dan sampai sekarang kalau berkumpul ramai-ramai kat kampung dengan anak-anak buah aku abang aku sukalah dok ulang-ulang ayat drama aku tu. Anak-anak buah aku seronok la gelakkkan aku.

Ciss betul..


2 comments:

aliaaroslan said...

mak aku pon sama, kalo jatuh basikal ke, jatuh berlari kat padang ke, kne pang / pukul dulu sedas dua baru dia sapu minyak / tampal plaster. tapi memang tak buat lagi lepas tu..

Huda Ramlee said...

alia,
hahaha..that's our mum right..tak payah bebel bakul2.