Friday, October 22

aku nak dapat menantu

November ni aku bakal dapat menantu. betul, tak tipu..
Camne tuh kan? anak pun belum ada, tiba-tiba nak dapat menantu pulak.
Actually, anak buah aku akan mendirikan rumah tangga November ni. So, secara otomatik aku akan dapat menantu sedara la.

Tunang anak buah aku tu dh pernah la aku jumpa sebelum ni, masa raya hari tu. Macam kelakar la pulak dia panggil-panggil aku 'Mak Lang'. Wah, advance ko eh, belum pape dh panggil aku Mak Lang. Umur aku ngn dia beza dua tahun je, tapi kerana pangkat macam jauh beza bunyi nye. Tak kesahla, janji dia pandai berbahasa.

Malam tadi berborak la dgn Shawal.

Aku : Eh, kalo Liani (anak buah aku) dapat anak nanti, kite jadi atuk ngn nenek la eh?
Shawal : Apsal lak? (buat-buat blur)
Aku : Yela Liani tu anak sedara org, kalau dia dapat anak jd cucu sedara kita.
Shawal : Dh tu kena pggil atuk la ni. Tak bestnya..
Aku : Ok la tu, muda-muda dh dpt title datuk.
Shawal : Datuk dpt duit xpe. Ni datuk kena keluar duit (maksudnya kat sini list penerima duit raya akan bertambah hahaha..)

Orang lain baru nak jadi mak-mak, aku dh nak jadi nenek-nenek. Adakah ini bermakna aku kena kawan dgn nenek-nenek lepas ni??

P/s: Belum apa-apa dh berangan sampai bercucu bagai. Takpela bak ayat sentap yg mak aku bagi,"tak merasa cucu sendiri, tumpang cucu org dulu". Memang nak cari gaduh kan?

2 comments:

julie^beth said...

nasib adik aku dah kasi mak aku cucu. selamat aku utk beberapa bulan. hehe.

Huda Ramlee said...

julie,
=p..