Thursday, October 21

kau dan aku tak sama cara.

Bila duduk sorang-sorang selalu terpikir, macam mana agaknya cara aku akan mati? mati sakit tua ke? mati eksiden otak terbarai atas jalan ke? atau mati dalam tidur? Sebab aku tulis macam ni, hari-hari aku berhadapan dengan risiko untuk ditimpa kecelakaan. Sebagai contoh, hari-hari aku akan berjalan kaki dari stesen putra Jelatek menuju ke opis ku di Jalan Ampang.

Keadaan jalan kat situ pagi-pagi agak gerun, sebab kereta laju-laju. Aku selalu membayangkan macam mana tengah-tengah aku nak lintas jalan tu, tiba-tiba ada kereta bawak laju macam haram, gedegangg...aku tergolek tengah jalan. Hidup lagi tak agaknya aku lepas tu.

Macam yang jadi dua hari lepas, kes tayar kereta meletup dekat MRR2. Mujurlah masa tu tayar tu tak meletup secara berderai, dan Shawal bawak kereta agak berhemah. Kalau tak, aku rasa mesti kitorang dh honeymoon kat hospital sekarang ni.

Dan sekarang aku start naik tren balik, so pagi (sebenarnya lebih elok kalau sebut subuh) aku dh tercongok kat platform menunggu tren. Dalam keadaan yang masih mengantuk, aku terbayang macam mana tengah tunggu tren aku terjatuh atas landasan, datang tren gelek aku tanpa belas kasihan. Agak-agak ada yang menangis/ sedekahkan Al-Fatihah kalau aku dah takde?

Sebenarnya setiap makhluk yang bernyawa atas muka bumi dh ditentukan macam mana cara kita akan bertemu pencipta kita kan? Cuma kita sahaja yang tak tahu bila dan bagaimana caranya. Teringat kata-kata ustaz aku masa darjah lima,"kalau Tuhan tunjukkan macam mana bentuk neraka dan kiamat yang sebenarnya, rasanya kita semua ni tak sanggup nak bangun dari tikar sembahyang".

Dan bersediakah kita untuk menghadapi hari itu? Aku secara jujurnya mengakui aku masih lagi tak bersedia, bukan kerana aku tidak puas hidup kat muka bumi ni. Tapi sebab masih banyak kelengkapan yang kurang untuk aku bawak ke sana nanti.

Agak-agak esok aku masih bernafas lagi tak?