Friday, July 30

ok, no more pulang lambat.

hajat di hati nak menunggu di dalam opis sementara menunggu shawal sampai. tetapi, tidak lagi selepas ni. seram weyhhh..kalau siang-siang buta pun dah berani kuar pe cer. tengah hari tadi, aku dengan kaksu pi makan kat setiawangsa. balik dalam pukul 1 setengah..lepak-lepak borak-borak kat sofa tiba-tiba ada sorang budak accounts ni datang jumpa opis mate kitorang.

diorang duduk kat partition sebelah. tak dengarlah pe yang diorang borakkan.so, waktu berjalan seperti biasa.sampailah pukul lima. aku lepak kat kaunter lagi. barang-barang tak kemas, pc tak off lagi. yang lain-lain dah start beransur, tiba-tiba lalu la opis mate yang berborak dengan budak accounts tadi.
"nak tunggu shawal ke?" dia tanya.
"a'ah"..
"tunggu kat luar je la"..
aku tanya kenapa..dia jawab
"tunggu kat luar je la"..
aku dah pelik..
dia diam kejap..
"tadi ada orang nampak something, tinggi-tinggi, besar rambut panjang..dekat toilet"
(tempat duduk aku paling dekat dengan toilet)..
terus meremang bulu roma, terus tarik tangan kaksu ajak teman aku kemas barang-barang.
series, masa kemas barang memang terasa meremang semacam. kaksu pun sama, mulut terkumat-kamit baca ayat kursi.
setel je kemas barang, terus keluar tak pandang belakang..
lepas ni memang aku takkan tunggu kat dalam opis dah, lebih rela tunggu dekat pos guard.

rewind balik:

patutlah pagi tadi terasa semacam. aku sampai sebelum tujuh, sementara nak tunggu semua staff sampai aku tido dulu kat meja aku. baru nak lelap aku dengar orang berjalan seret kaki..(ada sorang staff kat tempat aku OKU, cara dia berjalan memang seret kaki)..so,aku ingat dia la.mata pun mengantuk, takdela aku nak menjenguk sape..tak lama lepas tu dengar bunyi orang bukak pintu depan. maknanya ada orang lain baru masuk. dan tak terpikir apa-apa pun sampai la petang tadi.staff OKU tu takkan masuk kalau takde orang lain yang bukak pintu sebab dia takde kunci. dan aku dengar bunyi kaki diseret tu sebelum pintu depan dibukak. sape yang seret kaki tuh?

masa dengar org berjalan tu pun hati ni dah tak sedap, dan selalunya aku akan jenguk dari kubikel aku sape yang lalu.ni memang aku letak kepala atas meja, menghadap dinding.dada dah dup dap dup dap..baca ayat-ayat yang patut akhirnya dapatla lelap smpai pukul lapan.

lepas ni kalau sampai awal pun aku takkan masuk opis dulu sampai ada orang lain masuk.

mujurlah pagi tadi tak gatal-gatal nak jenguk sape yang lalu. kalau tak mau pengsan aku kat situ. kak su cakap maybe ramai sangat yang buat tahlil sempena nak sambut ramadhan ni, tu yang 'benda' tu terkejut kot.

p/s: pejabat aku adalah sebuah bangunan lama yang dibina sebelum merdeka lagi, dan sangat creepy bila lalu waktu malam..

4 comments:

SueGinola said...

Mmg serem sampai la nih...takpe..kita pakat ramai2 buat selamba sudah..tmpat kita carik makan da...

kau..kau..kau..sila berambuss!!!(Waaa...berangan ngamuk dalam hati jelahhh..huwaaaaa)

Emynz said...

saje saje search google cite mistik,tetibe dia kasi link ni.
cam seram gak cite. mesti byk pengalaman pasal mistik ni kan .cite ah lagi.waah tetibe. anyway salam kenal :D

i.am.belle said...

oh. mmg gitu lah perasaan selama ni. seperti diperhatikan. seram.

Huda Ramlee said...

emynz,
thanks sudi singgah.mmg byk pengalaman..

Belle,
yang memerhatikan tu kita x nampak,lagila seram..