Saturday, July 24

makan kfc lagi bagus

current location: port dickson
motip: temankan shawal berjalan-jalan bersama rakan sepejabat.
memandangkan agensi tempat aku kerja ni menyediakan lodge aka rumah rehat untuk staff2nya, maka shawal dan rakan-rakan telah memplan utk buat bbq di sini.(mengada kan, nak main bakar-bakar ayam pun nak jauh-jauh).

hasil perancangan yang berbulan akhirnya sampaila kitorang kat sini. okla bayar RM15 dapat bilik ekon, mandi guna water heater, dapat tgk tv (siaran free sahaja) + astro ceria (apakah...) dan yang penting ada wifi.
maka bertolak la kitorang tengah hari tadi. sampai dalam pukul 2. perut dah lapar, lepas check in simpan-simpan barang terus pi teluk kemang nak makan tengah hari. manusia punya ramai tak payah cerita, tengah-tengah hari buta pun ada gak yang mandi. tak panas ke korang ni.

sebenarnya aku nak cerita pasal makanan kat sini yang mahal nak mampus mengalahkan kat kulompo nun.
kitorang makan kat gerai paling ujung sekali, dekat dengan orang jual cempedak goreng.
sampai-sampai je terus mintak nasi putih. maka tanpa was-was ambik la ayam goreng seketul (yang dah kecut), lauk hati masak sambal sikit dengan sambal belacan. minum air sirap laici. shawal ambik nasi putih dengan ayam masak lemak plus air kosong.

tak lama lepas tu datang la akak tukang kira kat kitorang, tup-tup tah hape dia tulis kat kertas tu, koyak..pap letak atas meja. aku ngah makan jeling sekali lalu jela.RM 10.50..gila ke hape. rasa nak tercekik jap. shawal kena RM 5.70. memang betul2 berniaga akak ni. mentang-mentang tengok kitorang datang ramai-ramai dia gulai kitorang cukup-cukup. dan rata-rata yang lain-lain aku tanya pun kena macam tu gak. kalau amik dua lauk dengan air memang sah-sah kena seplo hinggit.

eh, hallo!kalau RM10 tu kat KL aku dah dapat nasi campur membukit dengan lauk bersepah-sepah dalam pinggan.masa nak bayar tu, aku sempat cakap kat akak tu "macam makan KFC eh kat sini harganya".terus akak tu tarik muka. padan muka kau. tamak sangat berniaga sillap-silap esok lusa tutup la gerai tu.

pesanan untuk semua, kalau pergi teluk kemang jangan pergi makan dekat gerai paling hujung dekat dengan orang jual cempedak goreng, memang tahap membunuh harganya. korang makan KFC lagi bagus.

No comments: