Sunday, March 7

.: orang malaysia dan seks ni memang tak boleh dipisahkan ker :.

aku sebenarnya nak tulis entri pasal ni..tertulis plak entri sebelum ni bila mengenangkan seseorang. well, dua hari di kampung maka tak adelah astro..so, tengok la saluran tivi standard yang ada di setiap umah di malaysia.

aku pelik la iklan-iklan kat malaysia sekarang. sejujurnya aku bagitau, iklan kat malaysia ni kebanyakkannya lebih meransang ke arah seks. macam semalam, aku tengah tengok berita tengah hari..boleh plak ade iklan mouth spray brand 'Malam Jumaat'..iklan tu tunjuk staff-staff kat satu kompeni kelam kabut nak balik bile tgk jam dah pkul enam kalo tak silap aku..pastu de la sorang staff ni pelik tgk apsal semua lintang pukang macam nampak hantu.pastu dia jumpa mouth spray. sudahnya, dia pun kol bini dia cakap dia balik awal. pastu siap bisik-bisik malam jumaat. apa motip tu? malam jumaat macam-macam lagi boleh buat selain dari seks..

tu satu, kalau penah dengar kat stesen radio yang tengah meletop kat malaysia ni iklan binari..bini dia guna barang binari pastu kat hujung iklan tuh bunyi katil patah. laki dia siap mention, "patah lagi"..aduh, aku yang dah jadi bini orang pun segan la dengar iklan tuh..lagi la kalau terdengar iklan tu ramai-ramai.segan wey..

tu belum lagi sensaoil la, pe benda oil lagi.dulu aku rasa kalau iklan unsur-unsur lucah xde nak ditayangkan waktu-waktu prima.kalau ade pun malam-malam buta nun, time anak-anak dah tido. ni dibuatnya budak-budak kecik tertengok ke terdengar ke pastu diorang tanya pe nak jawab.

belum kira bunting (tul ke aku eja ni) yang bersepah-sepah tergantung kat tiang letrik promote ubat kuat. macam-macam ada noo...

nampaknya kita ni memang betul-betul berfikiran terbuka. dah takde segan silu dah. kalau boleh nak expose semuanya biar satu dunia tahu..

1 comment:

Tijah said...

mmg malu tengok iklan spray tu. nak2 bila kita dok ramai2 tengok tv ngan mak bapak dik beradik. vangang tol. tu sbb aku lebih suka tgk AXN