Sunday, March 14

.: my wishlist...kalau anak aku perempuan :.

  1. no pink-pink..biar dia tau variety of colour.ni tak, kasut pink, baju pink, sume pink..sampa tanya nak kete kaler pe pun pink kaa...
  2. aku tak nak my little girl dihujani dengan fairy tales, cinderela la, snow white la..biar dia tahu realiti hidup ni tak seindah cerita-cerita  dongeng omputih tu..
  3. aku nak ajar anak aku jadi tough skit..bukanla tough badan ketul-ketul tu..tough di sini bermaksud kalau dah besar campak ke mana pun boleh survive..xdela nak merengek je kejenya..biar dia belajar berdikari sket.
  4. setiap kesalahan ada hukuman..biar dia tau tak semua benda adalah betul..actually aku pantang kalau tengok budak kecik tak faham bahasa terloncat-loncat kat umah orang and mak dia wat tak tahu jer..(ngan mak dia pun aku hangin)..sebab bila dalam situasi macam ni, orang tak salahkan anak..orang salahkan mak tak pandai ajar anak.
  5. kalau nak ajar dia speaking,biar satu ayat tuh full in english..bukan macam ni ''mummy,NAK eat''.tak mau rojak2..hantar ke kelas pun aku sanggup sebab mak dia ni tak terer hihihi..
  6. yang penting aku tak nak bakal anak perempuan aku jadi 'spoil brat'..dan aku akan usaha untuk tidak ke arah situ..hurm, mungkin boleh kot.sebab anak-anak buah di kampung cukup menggeruni kegarangan aku hehehe..jeling saja sudah cukup..
sebenarnya banyak lagi wishlist aku, tapi di atas ni adalah yang terpenting seandainya..SEANDAINYA okeh aku dikurniakan zuriat perempuan dalam tempoh terdekat ni..mungkin cara ni macam konservatif, macam mak-mak zaman dulu, garang sebab mak-mak muda zaman sekarang open minded, bagi kebebasan kat anak-anak. sampai anak meloncat-loncat macam kera kat public pun tak kesah..aku bercakap melalui realiti yang ada disekeliling aku..

kat sekolah, anak buat salah cikgu hukum..mak bapak datang nak saman balik cikgu tu..sebab tu anak jadi makin mengada.tapi insyaallah, aku akan cuba tak jadi macam tu.salah hukumla..tapi jangan sampai patah riuk..sebab aku dulu pun macam tu, salah sendiri, sendiri tanggung la. ngadu ngan mak aku pun takde hasil..yang dapat "padan muka, sape suruh tak siapkan kerja sekolah".

mendidik anak zaman sekarang lagi mencabar berbanding zaman dulu. lagi-lagi kalau duduk kat tengah-tengah KL ni. cakap je, semua ada.mak bapak je korang tak bleh cari..

p/s: rasa-rasa macam nak lari balik kampung kalau bakal 'anak-anak' dah besar sket..

3 comments:

.ieLah. said...

weh, ko sedang berisi kah??

Huda Ramlee said...

ielah,
oh tidakkk..belum ada apa2 lagi okeh..
tu hanya wishlist aku..

.ieLah. said...

isk...
kalo ade bgtau oke.aku belikan pink set..siap aku buatkan baju kurung kaler pink kalo da setaun oke?
hahaha