Friday, March 5

.: kalau kau teringin nak makan something maknanya ko preknen la eh :.

aku naik rimas bila aku wat statement nak makan itu ini, mesti ada feedback "dah berisi ker?", "dah berapa bulan?"..siap sanggup nak private message ngan aku semata-mata nak dapatkan kepastian..rimas la wey..dari teringin nak buat anak trus jadi stress..meh sini aku nak bagitau..nak buat anak ni bukan macam kau beli ikan kat pasar..

nak beli ikan pun kena pandai pilih..silap pilih dapat ikan busuk..tu semua rezeki tuhan..belum masa tuhan nak bagi..kalau aku dah kawin nak dekat dua tahun tapi tak preknen maknenya aku tak usaha la eh..hallo, kalau kau balun hari-hari pun tapi kalau tuhan tak nak bagi lagi, takkan aku nak salahkan tuhan lak..kadang-kadang aku pelik kenapa pemikiran mereka-mereka harus macam ni..bila aku cakap xde pape lagi, cakap aku merancang..haish, pandai betul korang buat keputusan untuk aku..

macam ada sorang pakcik kat tempat keje aku, dia rekomen suruh pi urut kat sorang makcik ni..okeh, mula-mula berminat la gak.yela, sape yang dah kawen tak nak anak bodohla orang tu, takpun kepale dia senget skit..tapi kalau hari-hari pantang nampak muka dok cakap benda yang sama tak ker jadi bosan..last-last aku malas nak layan..

ingat aku tak usaha ker..tapi takkan lah sampai aku kena crite ngan semua orang hari ni aku beromen dengan laki aku..itu dah kira bukak aib sendiri..tolonglah jangan sempitkan fikiran itu..dah kawin bertahun tapi still tak ada anak bukan makna orang tu mandul atau merancang..faham la konsep qada' dan qadar..semua jadi bersebab..

aku sendiri ada sorang sepupu yang dah enam tahun kawin baru dapat anak. lagi sorang sepupu aku sampai sekarang dah dekat sepuluh tahun kawen pun still tak ada anak..nak kata tak usaha, aku rasa tiap-tiap minggu pi urut..check doktor pun takde doktor cakap dia mandul. tapi bila cerita kat orang luar, pandai-pandai diorang cakap mandul..diorang lak lagi pandai dari doktor..tu semua kerja ALLAH la..

lepas ni kalau sape2 tanya aku dah mengandung ke belum aku nak jawab ''saya ni keturunan lambat mengandung"..tanya lebih-lebih aku sepak mulut..

dan tak semestinya kalau aku nak makan sesuatu tu maknanya aku ngidam..aku preknen okeh..jangan tutup sangat fikiran tu..xpe, kalau la ditakdirkan satu hari nanti tuhan nak bagi rezeki aku buat press conference biar satu Malaysia tau aku preknen..puas hati?


4 comments:

Tijah said...

ala. aku yg dah ada seketul ni pun bising gak org tanya. siap kongajar tanya "ko dah ikat ke?"

tak ko rasa nak mencarots kat situ nok...

Huda Ramlee said...

kak jah,
ko ikat balik org tuh kat btg pokok..nak tau sgt ikat tak ikat..

slalu tnye lebih2 mcm la diorg nak sponsor bil bersalin kat sepital private..

i.am.belle said...

kdg2 ada org tak tahu when to stop asking the same fcking question.

sabar eh. buat pekak je dah blah dr org tu.

Huda Ramlee said...

belle,
thanks dear (",)..